Make your own free website on Tripod.com

Skuad Presiden Perak (SPP) vs Malaysia U20
yob4ever  - Klang  <30.04.2002>

Berikutan perlawanan MPPJ vs Tentera yang ditangguhkan akibat hujan lebat semalam telah merubah jadual perlawan persahabatan ini ke padang PKNS pada jam 5.00 petang. Perlawanan ini juga digunakan untuk menguji 2 pemain baru dalm skuad ini di mana salah seorangnya Harizul Izuan  berusia 20 tahun bekas pemain Perak musim lepas yang berhijrah Ke TNB Kelantan awal musim ini. Beliau kini diserapkan kembali Ke Skuad Muda Perak ini. Langkah jangka panjang PAFA dalam membentuk skuad pelapis untuk Perak akan datang. Juga beberapa anak Perak yang bermain dengan Kelab di Malaysia sedang dalam proses membawa pulang mereka ke Perak. Terdapat juga seorang pemain Skuad Presiden Perak yang kini berlatih di bawah Suad kebangsaan bawah 20 tahun ini.

Perlawanan ini berkesudahan dengan Perak tumpas 2-0 dimana pada kedudukan separuh masa pertama Perak ketinggalan 1-0. Turut beraksi petang tadi adalah Norsyazwan yang baru semalam kembali ke kem latihan setelah bercuti selama 2 minggu kerana pemergian ayahnya ke Rahmatullah. Pada jam 5.00 petang 15.05.2002 pasukan ini akan menetang Malaysia B di komplek sukan Bangi untuk aksi seterusnya dalam Liga Piala Presiden dan menanti kedatangan Pulau Pinang di Ipoh. Untuk melihat anak muda ini sila klik disini. Gambar yang lain akan diupdate sedikit masa lagi.

Untuk perlawanan Trengganu vs Perak malam ini tiada berita dapat dimasukkan ke laman web kerana saya akan berada dikawasan yang talian internet sukar didapati. Kepada anda yang mempunyai maklumat perlawan tersebut sila postingkan ke ruangan forum untuk tatapan semua peminat. Harap Maklum.

KL/SPARK terima sumbangan dari PAFA
Abot KL/SPARK - PJ  <27.04.2002>

Khalid diburu....
yob4ever - Klang 28.4.2002

Berita selanjutnya...
 

Pencapaiannya dalam arena bola sepak tanahair tak dapat disekat lagi. Sejak dipilih menyertai skuad Olimpik 2000  namanya terus dicemburui lawan mahupun peminat bolasepak tanahair. Lagi...

Jadual Piala FA
yob4ever - klang  <24.04.2002>

Berita Skuad Piala Presiden/Sukma

Tarikh : 07.05.2002 (Selasa)
1- Terengganu vs Perak
2- Selangor Public Bank vs Telekom Melaka
3- Sabah vs Kedah
4- N. Sembilan vs Pulau Pinang
Tarikh : 04.06.2002 (Selasa)
1- Perak vs Trengganu
2- Telekom Melaka vs Selangor Public Bank
3- Kedah vs Sabah
4- Pulau Pinang vs N. Sembilan
p/s: apply le  cuti pada 4.6.2002 tu awal-awal (untuk Fan luar Ipoh je)

Satu perlawanan persahabatan di antara pasukan Piala Presiden/Sukma Perak dengan pasukan Skuad Kebangsaan Bawah 20 tahun akan diadakan pada hari Selasa 30 April 2002 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Kelana Jaya. Perlawanan akan bermula pada jam 7.30 malam. Perlawanan persahabatan ini adalah sebagai jemputan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk persiapan pasukan Bawah 20 tahun Malaysia. Orang ramai adalah dijemput hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut.
Sumber www.pafa.org.my
Ulasan Oleh Shazrir Enterprise

Barangan Diadora di Gerai Kelab
yob4ever - Klang  <24.04.2002>

Mampukah Perak terus bertahta di Singgahsana Liga M
Asrul Zamani - Ipoh  <26.04.2002>

Klik....
 

Klik...
 

Perak (2) vs KL (1)  FA Cup
yob4ever - Klang  <23.04.2002>

Rombongan KL/SPARK ke Kuala Trengganu
yob4ever - Klang  <24.04.2002>

 Pertemuan kedua dalam kancah Piala FA malam ini menyaksikan Perak tidak menganggap jumlah gol sebelum ini mencukupi apabila terus menambah jaringan, Gol pertama malam ini dijaringkan oleh pemain yang berjersi No. 9 Indra Putra pada minit ke 10, babak seterusnya pemain yang sebelum ini mengisi tempat Jasco Farac dan belum pernah menjaringkan gol sebelum ini tidak mahu melepaskan peluang megisi nama sebagai penjaring pada minit ke 30, Faizal Zainal yang  bermain diposisi pertahanan meletakkan kedudukan 2-0. Kedudukan aggreget sekarang 5-1. Separuh masa kedua Kuala Lumpur mendapt 1 gol selepas Perak mula bermain secara bertahan semasa ketiadaan Shahrul dan Nagaraja dan Sayamsul Saad yang dikeluarkan. Perak akan bertemu Trengganu untuk Perlawanan Piala FA seterusnya
Sumber dari SaniKL/SPARK di Stadium Perak - Ipoh.

Tarikh    : 29 April 2002
Hari    :  Isnin
Waktu Bertolak   : 11.00 malam
Bayaran (TambangBas&Tiket) : RM 65.00 (Ahli) & RM 70.00 (Bukan Ahli)

Berminat sila hubungi :
En. Ali Rahim  016 - 364 8569  ( PJ )
En. Sahabudin 019 - 350 0492  ( PJ )
En. Sani 019 - 364 2606  ( Cheras )
En. Sarikal 013 - 206 7240  ( Bangi )

Presiden Kelab antara penerima Anugerah
yob4ever - Klang  <19.04.2002>

Perak vs Johor FC.
yob4ever - Klang  <21.04.2002>

Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak Encik Jamil menerima anugerah  Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dari Duli Yang Maha Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah Ghafarullahu-Lah sempena Ulang Tahun Baginda yang Ke-74.
" SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PEMERINTAH BERJIWA RAKYAT DULI YANG MAHA MULIA TUANKU "
Sembah Takzim daripada seluruh warga kerja Kelab Peminat Bola Sepak Perak di Ipoh dan Kuala Lumpur / Selangor dan para peminat Bola Sepak Perak

Klik untuk laporan ringkas dan photo

Sabah vs Perak
yob4ever - Klang  <13.04.2002>

Kedai "GIANT" Kelab peminat di Stadium Perak
yob4ever - Klang  <19.04.2002>

Keputusan dari Penampang Perak seri 2 sama. Gol pertama Sabah  dijaringkan oleh Shahrin Majid dan di balas oeh Perak melaui Indra Putra, sementara gol kedua dijaringkan oleh Khalid Jamlus dan dibalas oleh Sabah melalui K. Sanbagamaran.

Kelab Peminat akan membuka Kedai GIANT minuman MILO bersama "De Kapitan" di pintu masuk E (belakang obor) dengan harga RM1.00 secawan dan pada masa yang sama akan dijual aiskrim dari Nestle. Bersama kita kunjungi Kedai Kelab Peminat.

yob4ever II
yob4ever - Klang  <13.04.2002>
Chan Kok Heng kembali beraksi
yob4ever - Klang  <13.04.2002>

Memandang masalah bandwith akan terus dihadapi oleh pengunjung laman web ini, yob4ever membuka satu lagi laman web yang sama di alamat http://yob4ever.tripod.com . Ini merupakan laman web yang sama dengan  http://tob.4ever.cc . Jika anda mempunyai pandangan untuk menyelesaikan masalah ini sila kemukan kepada saya melalui email. Harap maklum

Setelah hampir sebulan tidak beraksi di padang, Kok Heng akan kembali  Lagi...

Berita  dari KL/SPARK
yob4ever - Klang  <10.04.2002>

Majalah Kejor Yob Kejor edisi 2 di pasaran
yob4ever - Klang  <10.04.2002>

Dimaklumkan bahawa Mohd. Farizal B. Ngah Aziz bukanlah AKJ KL/SPARK  bagi urusan pendaftaran keahlian atau apa-apa urusan Kelab Peminat KL/SPARK. Anda diingatkan bahawa hanya AJK yang disenaraikan dibawah ini sahaja yang bertangungjawab atas sebarang urusan pendaftaran keahlian bagi KL/SPARK.
EN. SAHABUDDIN ABDUL SAMAH  019 - 350 0492
EN. ALI RAHIM   016 - 364 8569
EN. SHAHBUDIN MOHD AZIZ  013 - 326 4739
EN. SANI 019 - 364 2606
Harap maklum
 

Antara menarik:
-Wawancara bersama kapten pasukan perak.
-Ulasan perlawanan bulan March 2002
-Kenali Skuad piala Presiden
-Teka silangkata (untuk ahli) Hadiah barangan Diaodaro
-Harga RM3.00 dapatkan di Gerai Kelab Peminat Ipoh atau hubungi AJK Perak di Ipoh. Stok terhad siapa cepat dia dapat.. Kualiti yang lebih bagus dari keluaran Sulung
Kenapa bayar lebih !!!!  Jersi Perak 2002 (original) kini dipasaran. dapatkan dari Kelab Peminat Bola Sepak Perak (Ipoh). 20% potongan untuk ahli, Gerenti anda tidak akan dapt harga tersebut dimana mana kedai di Malysia. Jangan tak caya. Macam biasa hubungi AJK Ipoh, No phone atau alamat gerai disini untuk maklumat lanjut.

Perak raih Intensif RM40,000
yob4ever - Klang  <07.04.2002>

KL menjerit part II
yob4ever - Klang  <10.04.2002>

Hujan yang turun pada petang sebelum perlawanan sedikit pun tidak menjejaskan kehadiran peminat ke Stadium, Lagi...

klik untuk laporan

Dari Peminat untuk Peminat ....
Sarikal - Bandar Baru Bangi <04.04.2002>

Mampukah Perak ungguli Liga Perdana Satu..
Asrul Zamani - Ipoh  <05.04.2002>

Asalamualaikum ... saya setuju dengan kata-kata Lagi...

Sejak akhir-akhir ini, prestasi pasukan Seladang nampaknya begitu  Lagi..

No

Pasukan

Perlawanan

Menang

Seri

Kalah

Jaringan

Bolos

Mata

1.
Perak 16 12 2 2 23 8 38
2.
Selangor 16 11 3 2 23 13 36
3.
P. Pinang 16 7 5 4 29 20 26
4.
Kelantan 16 8 2 6 21 22 26
5.
Terengganu 16 8 1 7 24 15 25
6.
Perlis 16 6 7 3 21 13 25
7.
Johor FC 16 7 3 6 22 15 24
8.
Sabah 16 6 6 4 20 19 24
9.
Melaka 16 6 1 9 15 27 19
10.
Sarawak 16 4 6 6 17 17 18
11.
Pahang 16 3 6 7 29 26 15
12.
NS Chempaka 16 3 4 9 16 28 13
13.
N. Sembilan 16 2 4 10 17 41 10
14.
Kuala Lumpur 16 2 4 10 15 28 10