Chan Kok Heng kembali beraksi
yob4ever - Klang  <13.04.2002>

Setelah hampir sebulan tidak beraksi di padang, Kok Heng akan kembali ketika menetang Sabah di Penanpang petang ini. Kehadiran yang amat diperlukan bagi memantapkan barisan belakang setelah Jasco juga sedang mengalami masalah yang sama.  Terlepas 5 perlawanan  sejak 9 Mac  memastikan bahawa tempatnya  diambil oleh bekas pemain Piala Presiden Rushanizam Idrus pelatih skuad kebansaan fasa 1 lalu. Toni Netto sangat amat gembira dan mengalu-alukan kehadiran Kok Heng semula. Dia dalam keadaan cergas dan berazam hendak membuat suatu "comeback” yang berjaya . Kehadirannya akan menambahkan lagi kekebalan dibarisan terakhir Perak. Walau bagaimanapun Rushanizam, Josko Farac dan Nagaraja masih berada dalam senarai kecederaan. Farac masih sedang dirawat kerana hamstring dan Nagaraja pula mengalami kecederaan ketika bertemu Kuala Lumpur pada hari Selasa lalu. Tetapi Netto tidak terlalu bimbang ketika ini kerana menganggap dia mempunyai boleh pemain yang boleh diharap sebagai pengganti. Ini  dibuktikan oleh Faizal Zainal bermain dengan baik ketika mengambil alih tugas daripada Farac dan Shahrul Nizam Mustapa yang mengantikan Nagaraja. Khalid Jamlus penjaring 10 gol, pastinya mahu terus menambahkan keloksi jaringanya petang ini.

Sementara itu Sabah pula berhadapan masalah besar petang ini  apabila “Pahlawan sulu” Joshua Seton terlepas perlawanannya yang kedua berturut-turut kerana kecederaan groin berserta Zainizam Marjan dan midfielder Rosdin Wasli. Dengan penggantungan Jelius Ating (kad merah) di backline Dan Reithuddin Awang Embran (dua kuning) memberikan Ken Worden  dengan masalah besar untuk bertemu Seladang. Kita mengharapkan kecemerlangan pasukan Kejor Yob Kejor akan berterusan. Samba Perak.