Mampukah Perak ungguli Liga Perdana Satu Pusingan Pertama ?
Asrul Zamani - Ipoh  <05.04.2002>

Sejak akhir-akhir ini, preatasi pasukan Seladang nampaknya begitu menyerlah dan dicemburui oleh pasukan lawan. Dengan rekod  9 kemenangan 1 seri dan 2 kekalahan sahaja,tidak dapat disangkal lagi perjalanan pasukan Perak ke mercu juara liga Perdana Satu semakin nyata. Nampaknya pada zaman baru ini,pasukan dari utara tanahair lebih menyerlah kerana tahun lepas,pasukan P.Pinang menjuarai Perdana Satu,dan kemungkinan Pasukan Perak akan terus menerajui liga Perdana Satu musim ini. Pasukan Kedah telah pasti menjuarai Perdana Dua. Ini memberikan inpirasi kepada pemain pasukan Perak untuk terus mengekalkan tempat teratas liga sekarang. Mampukah Perak menjulang pasukan juara Perdana Satu pusingan pertama tanpa penyerang berbisa,Mohd Khalid Jamlus,kita saksikan beramai-ramai di Stadium Perak,Ipoh malam Sabtu nanti….Samba Perak…

 

Pada hari Sabtu nanti(6/4/2002),pasukan Seladang akan menentang pasukan Badak di Stadium Perak.Dengan kemasukan arkitek Perak dan Kebangsaan semula,Ahmad Shahrul Azhar akan menyuntik semangat anak buahnya untuk lebih berusaha ke tangga kejayaan walaupun difahamkan penyerang berbisa Perdana Satu,Mohd Khalid Jamlus tidak dapat diturunkan kerana menerima 2 kad kuning.Pasukan Perak masih lagi mempunyai penyerang yang berkaliber dan mantap iaitu bekas pemenang kasut emas tahun lalu,Norizam Ali Hassan dan pemain import Brazil,Robson untuk mencari helah menewasklan penjaga Gol berpegalaman Sabah,KhairulAzman Mohammad yang sentiasa kebal di pintu golnya.

Mampukah Perak menjulang pasukan juara Perdana Satu pusingan pertama tanpa penyerang berbisa,Mohd Khalid Jamlus,kita saksikan beramai-ramai di Stadium Perak,Ipoh malam Sabtu nanti….Samba Perak…