KL/SPARK terima sumbangan dari PAFA
Abot KL/SPARK - P.Jaya  27.04.2002

Kelab Peminat KL/SPARK ditubuhkan demi untuk menyatukan seluruh peminat Bola Sepak Perak di Lembah Klang supaya bersama-sama memberi sokongan yang tak berbelah bahagi terhadap pasukan Bola Sepak Perak. Selain itu ia juga telah membentuk sebuah pasukan Bola Sepak terdiri dari kalangan ahli-ahli kelab. Pasukan ini dibentuk bertujuan menaikan lagi nama negeri Perak di Lembah Klang dengan menyertai perlawanan yang dianjurkan dan mengadakan perlawanan persahabatan. Secara tak langsung ia juga dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan. Bagi merilisasikan hasrat tersebut pada tanggal  20 April 2002 selepas perlawanan Perak dan Johor FC, Bendahari PAFA Tuan Haji Mansur yang mewakili PAFA telah menyerahkan sumbangan berupa jersi sebanyak 17 pasang kepada Presiden KL/SPARK En. Abdul Rahman B. Mohd Rashid Shaari. Diatas sumbangan tersebut diharap dapt menyemarakan lagi KL/SPARK untuk berjuang demi Sukan Negeri Perak .

 

Bendahari PAFA Tuan Haji mansur sedang menyerahkan sumbangan kepada Encik Abdul Rahman Presiden KL/SPARK

Foto: yob4ever