Foto Perlawanan antara Perak dan Johor FC di Ipoh
yob4ever - Klang  <20.04.2002>

Aksi perlawanan (Klik pada gambar untuk imej yang lebib besar)

Perak tewas 2 kali dalam pusingan pertama Liga M Perdana 1 2002. Malah ketika itu peminat amat terkejut kerana lawan yang menumpaskan mereka adalah dari pasukan Kelab Johor FC (JFC). Rupanya si Lebah yang mereka hadapi ketika itu bukanlah anak lebah yang baru belajar menyengat. Episod membalas dendam bukanlah mudah kerana selain Seladang banyak Pasukan lain yang telah disengat sang Lebah dari Johor ini. Dalam suasana berbeza malam tadi JFC  bermula garang apabila pada awal pemainan seorang pemain mereka terlepas perangkap Offside dan berhadapan satu sama satu dengan Tay Sin Kiat, tetapi bola  yang dikuis terkena kaki Tay Sing Kiat lantas menarik nafas lega 15,000 peminat yang terpaksa bermandi di Stadium akibat hujan lebat pada separuh masa pertama. Keadaan padang yang licin meyukarkan kedua-dua pasukan mencari peluang. Pengatin baru dalam skuad Seladang menjadi penerima kad kuning pertama kerana menarik pemain JFC dalam usaha mengengkang serangan mereka. Episod kad kuning tidak berakhir disitu apabila 3 kad lagi dilayangkan untuk Perak dan 3 untuk JFC yang mana salah seorang pemainya dikeluarkan kerana 2 kad kuning pada malam itu dalam separuh masa kedua. Ketika rehat separuh masa hujan mulai reda dan para pemain menukar jesri yang kering untuk saingan seterusnya.

Pada babak kedua Perak terus mengandakan usaha mencari gol pendahuluan. Usaha Khalid dan Indra masih belum menemui jawapan memaksa Netto menukar startegi dengan memasukan Saravanan dan dikeluarkan Rushanizam. Ternyata bagai tak cukup padang Saravanan berlari kesetiap ruang mengucar ngacirkan pertahan JFC lantas membuka peluang Indra menghantar bola rendah untuk disudahkan oleh pemain yang baru masuk itu 10 minit sebelum permainan ditamatkan. Sebelum itu Khalid yang djatuhkan diluar kotak penalti nyaris menambah koleksi golnya apabila tendangan percuma yang diambil berjaya ditepis penjaga gol JFC.

Dengan kedudukan ini Perak terus merajai tahta liga dan bagi anda para peminat Pasukan Bola Sepak Perak pada 4.5.2002 ini nanti kedudukan tahta liga akan ditentukan di Stadium Ipoh. Bagi Selangor yang masih belum pernah menang sejak 3 tahun lepas dengan Perak  tentu sekali mempunya 2 misi dalam perlawanan ini nanti. Kunjungilah Stadium untuk memberi sokongan kepada pemain dan PAFA telah mula menjual tiket lebih awal dari biasa bagi kemudahan peminat semua.


Hujan lebat di Ipoh...


tetapi permainan masih diteruskan


dan peminat masih belum mengalah


laluan air terpaksa dibuka

pengadil memeriksa keadaan padang

Khalid

Nanthakumar

Khalid


Khalid


Indra terbang


Khalid mencuba dari luar kotak penalti


tapi masih belum berhasil


 


Sara mengantikan Botak


Lantas mengucar


kacir


pertahanan


Johor FC


akibatnya hantaran dari Indra...


ditanduk oleh Sara untuk gol kemenagan


 


Chan Wing Hoong


kad kuning kedua untuk pelakon


antara senarai 18 pemain


Faizal Zainal


Gandingan Khalid dan Sara antara stategi Netto


Kapten Malaysia


Salah seorang pemain import yang mencuba nasib bersama Perak


Shahreez Penjaga gol kedua semasa ketiadaan Hamsani


Lincah

Galeri Peminat


KL SPARK waiting area

Antara ribuan penonton

Cikgu disiplin KL SPARK

 

Sarikal, antara pengujung laman web ini

 

PAFA tersenyum bigini bilangan penonton

 


Hujan masih tak mengalah, akibatnya tak berbaju dalam bas


Kedai Kelab bersama De Kapitan


Gerai Makan Kelab Peminat