http://kejoryobkejor.tripod.com tidak akan diupdate lagi..
sham @ webmaster yob4ever 07.07.2002

Tamatnya Liga Perdana 1 2002 bermakna ini adalah kali terakhir web peminat dialamat http://kejoryobkejor.tripod.com  diupdate. Fail terakhir yang diupdate telah melebihi kapasiti yang dibenarkan oleh pembekal tapak sebanyak 20 MB dan saya tepaksa membuang satu fail movie bagi memberi laluan fail terbaru ditempatkan. Berita Perlawanan Piala Malaysia yang akan bermula pada 27.07.2002 dan FA Cup pada 30.07.2002 akan ditempatkan ditapak iaitu di http://yob4ever.tripod.com. Saya akan mengambil sedikit masa (2 minggu) bagi memindahkan fail ke alamat yang terbaru dan apabila siap anda akan dibawa kesana secara automatik apabila masuk melalui alamat http://yob.4ever.cc. Jadi pastikan anda bookmark alamat web site ini bagi menggelakkan masalah nanti. Terima kasih saya juga kepada Kelab peminat KL/SPARK yang menaja pengankutan saya setiap kali ke Stadium. Juga tak lupa juga untuk PAFA, pemain dan rakan dibalik tabir yang sering menghantar artikel untuk laman web ini tanpa kerja sama semua laman web ini tidak akan sampai ketahap ini. Masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki dan saya akan cuba yang terbaik untuk anda semua. Salam Hormat dari saya  Mohamad Hishamuddin Bin Kasim @ pengendali laman web peminat bola sepak Perak Darul Ridzuan....

Kasut Emas milik Khalid.
sham- 07.07.2002
 Sekitar majlis penyerahan Piala Liga di Stadium Perak
sham-03.07.2002

Tumpas 1-2 kepada Pahang pada perlawan terakhir tidak menjejaskan langsung kedudukan penjaring terbanyak Liga Perdana. Kedudukanya tidak dicabar di perlawanan terakhir malam tadi. Kesemua top 5 penjaring terbanyak premier 1 juga telah menjaringkan 1 gol malam tadi. 17 gol yang dijaring oleh Khalid menjadi hadiah untuknya yang berkemungkinan besar akan berhijrah ke German selepas ini. Kepada Khalid saya wewakili semua peminat Bola Sepak Perak mengucapkan tahniah, semoga terus berjaya didalam karier anda. Penghijrahan beliau yang harus dipandang dari sudut positif dan peminat merelakannya berdasarkan catatan survey dilaman web ini dimana dari 258  pengunjung (catatan pada 9.00 pagi 07.07.2002) 142 (55%) bersetuju dengan pengijrahannya, 66 (26%) tidak bersetuju dan 50 (19%) berkecuali. Semoga pemain lain akan mengikut jejak langkahnya disamping menaikan martabat Bola Sepak Perak ia juga secara tak lansung menaikan martabat Bola Sepak negara yang semakin menurun graf prestasinya akhir-akhir ini. Ini berdasarkan antara alasan FAMyang tidak menghantar wakil penyertaan dalam kejohanan Kelab-Kelab Asia.

Photo semasa perlawanan
Photo semasa majlis penyerahan Piala
Photo aksi peminat
 

Saingan kasut emas Premier 1 2002 milik siapa?
sham 04.07.2002

Perjalan Liga premier 1 akan tamat Sabtu ini. Perak yang akan turun sekadar melengkap jadual kemunkinan akan menyimpan beberapa tenaga penting bagi mengelak kecederaan. Piala Liga yang sudah digengaman juga kemunkinan akan diserahkan di Stadium Perak Sabtu ini. Tetapi Perak masih lagi mempunyai bonus walaupun ia dalam bentuk penghargaan peribadi dan bukan kepada pasukan, tetapi Perak turut akan mencatatkan satu lagi rekod kerana pemainya menerima anugerah kasut emas 2 tahun berturut turut. Ini akan tercatat jika keputusan hari ini kekal selepas perlawanan terakhir tamat nanti. Khalid yang menjaringkan 16 gol (sebelum ini FAM mencatatkan 15, tetapi setelah semakan semula dibuat selepas aduan dari webmaster, FAM mengakui terdapat kesilapan dalam perlawan N9 dan Perak dalam catatan mereka) akan dicabar oleh Woorawut Srimaka (Kelantan) 13 gol dan Josiah Seton (Sabah) serta Melkinov Viatcheslav (Pahang) 12 gol. Khalid yang akan sampai di Ipoh Sabtu ini tentunya tidak mahu peluang keemasan ini lebur sekelip mata.

Beliau mungkin mahu disenaraikan dalam 18 pemain malam itu walaupun letih kerana penerbangan yang jauh masih belum hilang. Pencabarnya dari Sabah akan bertemu Selangor di Shah Alam dan pencabarnya dari Pahang pula terpaksa bermain di Ipoh dan mereka mestilah menjaringkan 5 gol untuk memintas Khalid. Saingan Khalid sebenarnya adalah pemain import dari Kelantan yang yang memerlukan 4 gol untuk memintas Khalid. Kelantan  akan bertemu N9  di Paroi telah layak untuk ke Piala Malaysia kerana apa pun berlaku mereka akan berada senarai 12 pasukan dari Premier 1 dan 4 pasukan premier 2 ke Piala Malaysia. Di atas kertas Khalid mempunyai laluan mudah tetapi masih ada 90 minit penentuan sebenar pemilik Anugerah kasut emas premier 1 2002 dan kami peminat bola sepak Perak berharap supaya FAM mengambil iktibar insiden penganugerahan Kasut Emas 2001 terhadap Norizam. Moga pisang tak berbuah 2 kali.... SAMBA KHALID

Ujian buat Perak di Negeri 9.
Asrul Zamani- 01.07.2002
Perak Juara Liga Premier 1 2002
Asrul Zamani - 03.07.2002

Pasukan Liga M Perak akan bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman,Paroi,Negeri Sembilan sebagai misi menjuarai Liga Premier 1. Lawan mereka ialah pasukan NS Cempaka yang merupakan pasukan Kelab dan berada di kedudukan yang begitu getir untuk kekal di Premier 1 musim depan. Perlawanan esok (Selasa2/7/2002) merupakan perlawanan yang juga  cukup getir buat pasukan Perak kerana keputusan esok merupakan titik tolak adakah pasukan Perak mampu untuk menjuarai liga Premier 1 musim ini. Dengan ketiadaan pertahanan kental, Syamsol Saad dan pemain tengah berbakat K.Nathakumar yang digantung satu perlawanan kerana menerima 2 kad kuning menambahkan lagi cabaran yang getir untuk pasukan Perak. Ditambahkan lagi dengan pemergian, penyerang sensasi Perak, Mohd Khalid Jamlus ke Jerman menambahkan lagi keperitan pasukan Perak. TAPI pasukan Perak  bukan sebuah pasukan yang cepat putus asa. Dengan adanya pengganti yang berwibawa seperti Norizam Ali Hassan, Nduka Ubgade dan Faizal Zainal dijangkakan sengat pasukan Perak akan sama seperti biasa. Kepada penyokong dan peminat pasukan Perak yang berada di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, N.Sembilan dan Melaka turunlah beramai-ramai ke Stadium Paroi esok untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita. Esok penentuan kita berpesta atau terpaksa menunggu keperlawanan terakhir menentang Pahang. Sokongan kita akan memberi semangatuntuk mereka….. SAMBA PERAK

Akhirnya pasukan Seladang dapat mengecapi status sebagai pemegang Piala Liga Perdana satu musim ini dengan mencapai kemenangan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Pasuka n Perak mencatatkan kemenangan 2-0 keatas NS Cempaka dan sekaligus mengecewakan musuh tradisi, Selangor untuk merebut takhta Premier satu musim ini.
 Perak memulakan rentak sumbang pada separuh masa pertama tanpa sebarang percubaan ke atas Abdul Hadi, penjaga Gol NS Cempaka yang banyak berehat tetapi rakan sejawat di sebelah pintu gol Perak, Tay Say Kiat begitu sibuk menahan asakan dari lawan.
 Pada separuh masa kedua, Perak membuat pertukaran dengan memasukkan Chan Kok Heng menggantikan Abu Bakar Fadzim memberi nafas baru pada barisan Perak. Barisan Perak hidup dengan percubaan pertama Indra Putra yang terus ke dakapan penjaga gol NS Cempaka. Gol pertama Perak dihasikan sendiri oleh pemain NS Cempaka selepas tendangan loop V.Saravanan ditolak ke gawang sendiri olehnya walaupun tiada siapa yang menekannya. Selepas gol itu Perak begitu berselara untuk menambahakan jaringan dan nyaris berbuat demikian selepas tandukan Nduka sempat di tolak keluar penjaga gol NS Cempaka di atas garisan gol. Gol kedua Perak dihasilkan berpunca dari sepakan loop oleh V.Saravanan yang ditanduk cantik Norizam Ali Hassan memperdayakan Abdul Hadi pada minit terakhir perlawanan. Selepas itu pasukan Perak merayakan kejayaaan muncul juara Liga Premier Satu….. TAHNIAH PEMINAT, PENYOKONG DAN SELURUH RAKYAT PERAK YANG TIDAK JEMU UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN KESAYANGAN KITA…… TAHNIAH PASUKAN PERAK….DUA PIALA MASIH MENANTI UNTUK DIBAWA PULANG…SAMBA PERAK
..

Klik untuk photo

Perubahan Jadual Perlawanan Piala FA & Piala M'sia.
Sham - 25.06.2002

Selepas mendapat penjelasan bahagian Media FAM, terdapat kesilapan dalam artikel asal jadual perlawanan yang saya siarkan disini hari ini. Perubahan Jadual Piala FA hanya membabitkan perlawanan separuh akhir pertama di Ipoh. Jadual asal pada 16 Julai telah ditukar ke 30 Julai. Bagaimanapun jadual separuh akhir kedua dan akhir masih tidak berubah. Walau apa jadualnya sekali pun pastikan anda ke Stadium. Harap maaf ataskesilapan teknikal.

Jadual baru yang dikeluarkan oleh FAM:

Piala FA Jadual Asal Jadual Baru
Perak vs Tel. Melaka 16 Julai 2002 (Selalsa) 30 Julai 2002 (Selasa)
Tel. Melaka vs Perak   6 Ogos 2002 (Selasa)
Akhir   17 Ogos 2002 (Sabtu)
Piala M'sia Jadual Asal Jadual Baru
Mula 20 Julai 2002 27 Julai 2002
Pusingan ke 2   20 Ogos 2002
Suku akhir pertama   15 Oktober 2002
Suku akhir ke 2   19 Oktober 2002
Separuh akhir pertama   22 Oktober 2002
Separuh akhir ke 2   26 Oktober 2002
Akhir   2 November 2002