Perak vs Trengganu - Suku Akhir ke dua Piala FA di Ipoh 04.06.2002 |
|
Kemenangan skuad Terengganu keatas Perak di Final Piala Malaysia lalu rupanya masih tidak berpanjangan. Pasukan Perak menewaskan Terengganu 2-0 dalam perlawanan pusingan kedua suku akhir Piala FA selepas masa tambahan Sudden-Death. Gol itu berpunca dari sepakan percuma yang diambil oleh K.Rajini dan disambut oleh Syamsol Saad walaupun di cabar oleh penjaga gol Terengganu, Zubir Ibrahim. Bola yang terlucut dari beliau terus dirembat kencang oleh Mohd Khalid Jamlus ke dalam gol dan membuatkan pemain Terengganu tergamam ketika perlawanan berbaki 5 minit sebelum sepakan penalti dijangkakan menjadi penentuan keputusan. Gol Pertama Perak dihasilkan oleh pemain tengah kebangsaan, Indra Putra dengan rembatan deras dari jarak dekat selepas 2 minit separuh masa kedua bermula. Gol itu berpunca dari sepakan V.Saravanan yang terkena penjaga gol dan muntah ke kaki Indra dan terus rembat ke arah gol. Pada separuh akhir nanti, Perak akan bertemu dengan Telekom Melaka. Bagaimanapun beberapa pemain Perak perlu berhati-hati kerana mengutip kada kunung malam tadi termasuk kapten pasukan Ahmad Shahrul Azhar. Kehadiran kurang 10,000 peminat Perak walaupun demam piala dunia telah bermula sejak akhir bulan 5 lalu jelas menampakan kegembiraan selepas kedua-dua pasukan berbalas serangan diminit akhir perlawanan. SAMBA PERAK… |
|
![]() Indra mengasak |
![]() dan diasak |
![]() Saravanan |
![]() Zubir diasak berkali-kali |
![]() |
![]() Gol pertama oleh Indra 2 minit selepas rehat |
![]() Aggreget 1-1, Zek & Netto tak boleh duduk |
![]() Shahrul cuba menewaskan Zubir |
![]() Rempuhan.... |
![]() lintang pukang |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() Jenuh abang nie keluar masuk padang |
![]() |
![]() |
![]() Nie bukan Karate Kid... |
![]() Mak aih |
![]() Guling lagi |
![]() dan penyudah.. |
![]() Trengganu mampu bertahan hingga 10 minit ke dua Sudeen Death |
![]() Dato' Jamal mendapat anak dihari perlawanan. Tahniah Dato' |
![]() Mana poie oii, sikit jo yang datang |
![]() |
![]() |
![]() Fan dari KL/SPARK |
|