Aksi Perak vs
Selangor 1 of 2 |
|
Pertemuan Perak - Selangor
malam semalam seperti yang telah dijangkakan begitu sengit berakhir dengan
kemenangan kepada pasukan Seladang dengan knock-out 3-0. Kompirasi FAM ke atas
penyerang sensasi Perak, Khalid Jamlus yang dibawa ke Jerman untuk menolong
Selangor ke takhta liga musnah dengan kehebatan penyerang import baru Perak dari
Nigeria, Aduka Ubgade yang menganas di Stadium Perak malam semalam. Persembahan
Aduka begitu mengamamkan jurulatih sensasi Selangor, Abdul Rahman Ibrahim yang
sebelum itu telah menarik nafas lega dengan ketiadaan Khalid. Pertahanan
Selangor kucar-kacir walaupun diterajui oleh bekas pemain kebangsaan Malaysia
dan Croatia, B.Rajinikan dan Ivica dibuat oleh Aduka dan V.Saravanan. Kemasukan
penyerang sensasi Selangor, Azman Adnan dan Rusdi Suparman hanya jadi bahan
ketawa sahaja oleh pertahanan Perak yang begitu mudah mengawal dua penyerang
yang digeruni pada nama sahaja. Azman dan Rusdi hanya mampu berlegar sahaja di
kawasan berhampiran kotak penalti pasukan Perak. Kecemerlangan penjaga Gol Perak
juga mengamamkan jurulatih Selangor dan pemainnya dengan menepis
sekurang-kurangnya 5 percubaan tepat yang pasti gol oleh fikiran pemain dan
pengurusan Selangor. Apa yang boleh dikatakan ialah Semua jentera pasukan Perak
hidup semalam dan berharap situasi ini berterusan walaupun menentang pasukan
kerdil masa kini seperti K.Lumpur dan N.Sembilan. Permainan sambil lewa harus
dielakkan supaya hajat menjadi juara liga tidak menjadi mimpi ngeri di hujung
perjalanan. Teruskan perjuanganmu Perak dan SAMBA PERAK.... |
|
![]() Sultan Perak dan Presiden PAFA turut menyaksikan pertemuan 2 jaguh musim ini. |
![]() Percubaan pertama Aduka |
![]() No.4 dikatakan rakan kepada Jasco |
![]() Tendangan Faizal ini telah membuah gol pertama Perak |
![]() Ucapan tahniah untuk Nantha yang hasilkan gol pertama |
![]() Aduka terpinga.... sepakanya diistiharkan golke dua |
![]() Gol ke 3 Perak dari Aduka |
![]() Sara lincah menyusup masuk ke kubu Selangor |
![]() Jasco.... |
![]() membuktikan jentera pertahanannya masih kebal |
![]() Aduka, akan menjadi perhatian lagi selepas ini |
![]() Faizal satu lagi kad kuning, beliau akan direhatkan selepas ini |
![]() Rajini gagal menahan asakan Seladang |
![]() Sara gagal melepasi pertahanan Selangor |
![]() Azmin terpaksa diturunkan untuk menghalang Seladang terus mengamuk. |
![]() Dari kanan, Rajini, Shahreez & Syazwan pemain dari skuad Presiden. |
![]() 8-Chan Wing Hoong |
![]() Norizam mengantikan Shahrul |
![]() Pengadil yang akan mengadili perlawanan Piala Dunia nanti |
![]() Chang Kok Heng turut dipanggil masuk. |
Foto : yob4ever |