Khalid diburu ....
yob4ever - Klang 28.4.2002

Pencapaiannya dalam arena bola sepak tanahair tak dapat disekat lagi. Sejak dipilih menyertai skuad Olimpik 2000  namanya terus dicemburui lawan mahupun peminat bolasepak tanahair. Agak pendiam dan sukar dirapati oleh peminat pemuda berusia 23 tahun berbintang Pisces kelahiran Kuala Lumpur ini terus meletakan namanya disinggah sana perdana 2002. Masih mengekalkan rekod penjaring terbanyak, sekali gus mampu mencipta rekod untuk Perak apabila 2 tahun berturut-turut pemainnya menerima anugerah "kasut emas". Masih terlalu awal untuk memperkatakanya kerana kedudukannya kini terus diburu. Terbaru Warawut Srimanka pemuda dari Thailad yang mula mewakili skuad Kelantan selepas Liga Perdana 1 dimulakan, makin menghampiri kedudukannya. Kawalan ketat pada setiap perlawanan serta terpaksa direhatkan akibat kad kuning sedikit sebanyak menyekatnya untuk menambahkan lagi koleksi jaringan. Terlepas dari masalah kecederaan bagaikan bonus untuk beliau. Bagaimana pun beliau juga tidak tamak menambah koleksi sekiranya peluang yang lebih baik dimiliki oleh rakan yang lain. Cuma kadang kala kita menpunyai tafsiran berbeza atas setiap tindakannya diatas padang. Sekiranya ini menjadi kenyataan 2002 bakal menyaksikan Prestasi cemerlang Perak dibawah pengendalian Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah kerana semakin banyak kejayaan makin menghampiri selepas menjuarai Pusingan 1 Perdana 1 2002. Sebelum iniPerak dicap sebagai pasukan "lambat panas". Perak telah menempah tempat disuku akhir Piala FA dan akan berhadapan dengan degan lawan di Perlawan akhir Piala Malaysia 2001 Skuad Trengganu. Pada 2 Feb lalu Perak menumpaskan Trengganu hasil Jaringan Khalid sendiri di Ipoh. Sekiranya selasa ini Perak mampu menumpaskan Trengganu dalam liga M di tempat lawan Tonny Netto boleh menconngak lebih awal startegi untuk Piala FA terhadap pasukan yang sama. Jangan kita lupa Trengganu lah yang mengahalang kita memenagi Piala Malaysia tahun lepas.

Hamsani selepas insiden di Perlis
Foto: Star Online

Bagi episod yang lain Selangor satu pasukan yang akan kita hadapi pada 4 Mei ini masih mempunyai dendam peribadi keatas badi mereka sejak 3 tahun lalu. Terbaru menang 2-1 diShah Alam bukan alasan untuk Perak bermain mudah kerana Perak kini kehilangan antara mereka yang bermain cemerlang ketika itu. Pemain yang mempunya tarikh lahir 2 hari berbeza dengan Khalid Jamlus ini masih lagi menjalani rawatan pemulihan akibat insiden di Perlis. HamsaniAhmad  tidak dapat kekecewaan apabila peluang beraksi bersam skuad kebangsaan terpaksa dilupakan akibat insiden tersebut. Beliau tidak berehat di Ibu Kota malah turut hadir bersama bapa saudaranya memberi sokongan pada setiap perlawanan membabitkan Perak. Bagi para peminat anda seharusnya tidak memberi sokongan ketika menang dan mencaci ketika kalah kerana setiap pemain tetap inginkan kejayaan dalam karier meraka. Penuhi setiap ruang Stadium Perak kerana disamping memberi sokongan, kantung Persatuan juga akan berisi seterusnya pemain dapat menumpukan permainan tanpa memerlukan memikirkan bilakah gaji mereka akan keluar. Ini bukan perkara pelik di tahun 2002 , kerana saya mendapat maklumat (tidak pasti betul atau tidak) ada pasukan yang beraksi di perdana satu masih mempunyai tunggakan gaji pemain. Tetapi saya juga pernah diberitahu oleh salah seorang pemain Perak musim ini yang mereka berpuas hati dengan pihak pegurusan  dan tiada masalah gaji berbangkit dalam Pasukan Perak. Malah Perak antara pasukan yang lebih awal melaksanakan cara yang sitematik keatas cara pembayaran gaji pemain.

Tidak setakat pemain malahan masalah peminat juga diambil berat oleh PAFA, setiap masalah yang difikirkan relevan terus diambil perhatian. Terbaru masalah peminat yang dikemukakan di buku pelawat laman web PAFA telah diambil perhatian. Apa lagi yang kita mahukan? Ketika Persatuan lain terus menutup "Guest Book" atau buku pelawat dilaman web mereka akibat tindakan pelawat yang tidak bertanggung jawap, laman web PAFA terus dibuka , namun janganlah kita mengunakan peluang  ini untuk memuji ketika menang dan mencaci ketika kalah. Teruskan memberi cadangan yang bernas untuk dimanafaatkan. Kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan masih ada jalan untuk memperbetulkannya. Kalah menang kita tetap bersama menyokong pasukan Perak. KEJOR YOB KEJOR..

Selepas menumpaskan N9 dalam perlawanan akhir Piala Malysia 2000