Mampukah Perak terus bertahta di Singgahsana Liga M |
|
Mulai bulan Mei, pasukan liga M Perak akan mempunyai agenda yang sangat penting dalam memburu kejuaraan liga kali pertama. Pasukan Perak yang sedang diekori rapat oleh pasukan musuh tradisinya, Selangor yang hanya ketinggalan 2 mata perlu menang dalam tiga perlawanan seterusnya untuk mengukuhkan lagi kedudukan liga sebelum liga ditangguh untuk pertemuan bersejarah Malaysia-Brazil dalam bulan ini juga ada satu pertarungan terlampau hebat yang ditunggu oleh peminat bolasepak Malaysia iaitu pertembungan Perak - Selangor yang dijadualkan pada 4 Mei 2002. Pertemuan ini merupakan hidup mati bagi kedua-dua pasukan. Mengikut pandangan saya, pasukan Perak lebih benasib baik kerana akan bermain di tempat sendiri sebanyak dua kali berbanding Selangor. Pada Selasa minggu depan (30 April 2002) kedua-dua pasukan akan bermain di padang lawan iaitu Perak-Terengganu di Terengganu dan Selangor-Melaka di Melaka. Selepas itu pada 4 Mei Perak-Selangor akan berlangsung dan perlawanan terakhir sebelum liga ditangguhkan sekejap adalah Perak-Melaka di Ipoh dan Selangor-Pulau Pinang di Shah Alam. Dari statistik pertemuan dua pasukan itu, Perak boleh mendahului selesa Selangor dengan kelebihan 5-6 mata selepas perlawanan tersebut diadakan. Saya berkata demikian kerana Melaka dan Pulau Pinang adalah pasukan yang kuat untuk dikalahkan oleh Selangor. Pulau Pinang seperti Perak adalah badi bagi Selangor walaupun dilangsungkan di Shah Alam. Insyallah dengan doa serta keyakinan pemain pasukan Perak, kita tak perlu menunggu lama untuk menjadi juara liga buat pertama kali pada musim 2002 ini. Datanglah beramai-ramai ke Stadium Perak dan untuk rakyat Perak di Terengganu turunlah memberi sokongan pada pasukan negeri kita pada Selasa Depan….Samba Perak…… |