Perak raih
Intensif RM40,000 |
|
Hujan yang turun pada petang sebelum perlawanan sedikit pun tidak menjejaskan kehadiran peminat ke Stadium, malah saya diberitahu oleh rakan awal 10 minit pertama permainan terdapat kaunter tiket yang telah kehabisan tiket dan 5 minit selepas itu, tiada ruang kosong di kerusi penonton Stadium. Bilangan peminat yang datang mencecah 25,000. Perlawanan yang menjadi tumpuan seluruh peminat "Kejor yob kejor" kerana keputusan juara liga pusingan 1 hanya dapat diketahui selepas 90 minit berakhir di samping satu lagi perlawanan yang memerlukan ehsan supaya Sang Badak dapat menumpaskan Seladang untuk memintas disaat akhir. Bersama 2 buah bas dan kenderaan persendirian peminat dari lembah klang turut tidak mahu melepaskan peluang meraikan satu lagi juara yang belum pernah dimiliki sebelum ini. Jadual perlawanan yang mencecah separuh musim liga M 2002 semalam, menyaksikan beberapa tonggak utama tidak dapat menyarung jersi beraksi di padang. Khalid yang menjaringkan 2 gol di Kuantan didalam masa kecederaan selasa lepas direhatkan kerana kad kuning ke 2, Jasco yang diturunkan di Kuantan walupun masih belum pulih dari kecederaan terpaksa berada dikerusi penonton, Norizam juga dengan masalah yang sama dan Hamsani yang dilihat telah dibuka simen yang membaluti tangannya agak menggoyahkan perasaan para peminat. Apakah Pasukan Yob harus melepaskan begitu sahaja kepada Gergasi merah Juara Pusingan pertama setelah sekian lama berada di takhta liga. Perlawanan ini turut di saksi oleh Weigang bekas jurulatih Perak sebelum ini. Perlawanan dalam separuh masa pertama melihatkan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan. Tay Sin Kiat terpaksa bekerja lebih keras berbanding Khairul Azman mengawal pintu gol masing-masing. Gandingan jentera serangan Saravanan dan Robson yang dikatakan mengikat kontrak secara bulanan, serta percubaan meletakan Faizal Zainal di posisi tengah masih belum menampakkan hasil apatah lagi Saravanan yang dikawal ketat oleh 2 pertahanan Sabah. Kedudukan separuh masa pertama kekal 0-0 |
Selepas rehat Perak mula kerap melancarkan serangan walaupun
menyedari kududukan seri memadai untuk meraih status Juara Liga pusingan
1. Kesilapan ketua pasukan Sabah Jelius Ating pada minit 62 yang dikesan
oleh penjaga garisan kerana menjatuhkan Saravanan, telah membuka peluang
Perak mendapat gol apabila pengadil Kassim Kadir Bacha dari Melaka
menghadiahkan sepakan penalti untuk Perak. Pemain Sabah yang meluru kearah
pengadil kerana membantah keputusan tersebut telah dibaling oleh penonton
yang berada di sebelah kanan grand stand. Satu tindakan kurang
bijak penonton kerana menurut Peraturan am Liga Malaysia 2002 artikel 12,
pasukan tuan rumah adalah bertanggung jawab atas:- PERAK: 22-Tay Sin Kiat, 4-Faizal Zainal, 5-Syamsul Mohd Saad,
7-Ahmad Shahrul Azhar, 8-Chan Wing Hoong, 9-M.Nagaraja, 13-Indra Putra Mahayuddin, 14-Rushanizam Mohd Idrus, 17-K.Nantha Kumar, 18-Robson Pereira Da Silveira, 21-V.Saravanan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Foto & Laporan : yob4ever (Thanks to Prisiden KL/SPARK) |