Ulasan perlawanan
Perak vs N9 |
|
Pemain Perak: 23-Mohd Hamsani Ahamad (PG), 3-Chan Kok Heng
(12-Roshaidi Wahab), 5-Syamsul Saad, 7-Ahamad Shahrul Azhar (K) 9-M.Nagaraja,
13-Indra Putra, 14-Rushanizam Idrus, 17-K.Nanthakumar, 19-Jasko Farac,
21-V.Saravanan dan 25-Khalid Jamlus.
Perak memulakan perlawanan dengan formasi 4-4-2 lebih
menguasai permainan pada minit awal. Bagaimana pun pada minit ke 10 pemain yang
berusia 34 tahun yang juga pemain terbaik Perak 2001 Chan Kok Heng terpaksa
dikeluarkan akibat kecederaan. Bekas pemain Trengganu 2001 Roshaidi Wahab dibawa
masuk mengantikan beliau.Gol pertama N9 diperolehi pada minit 15 oleh K.Rajan yang
berjaya melepasi perangkap off side Perak dan melepaskan sepakan kencang
menewaskan Hamsani Ahmad. Perak yang mempunyai rekod pertahan yang baik dengan
hanya dibolosi 1 gol dengan Johor FC sebelumini nyaris diaibkan gol kedua N9
selepas itu apabila Rushanizam melakukan kesilapan membuat clearance
kearah Syamsul Saad tetapi dapat dipintas oleh Azmi Muhamad. Hanya kesilapan
Azmi menguis bola menyipi kearah kiri pintu gol Perak melegakan peminat Perak
tetapi Penjaga gol Hamsani tidak dapat menahan kemarahan beliau diatas kecuaian
Rushanizam itu.
Jentera serangan Perak diketuai oleh Shahrul yang bijak
mengumpan bola kearah penyerang menjadi nadi setiap gerakan jelas
megucarkacirkan petahan N9. Gol pertama Perak dimiliki hasil sepakan M. Nagaraja
yang ditanduk tinggi oleh Khalid Jamlus seterusnya Saravanan meluru untuk
mengatasi Sufian penjagal gol N9 dan meyudahkan hanya dengan sedikit tandukan
bagi mengegarkan Stadium Perak. Jelas gol tersebut membuka semangat pemain untuk
terus menguasai permainan selepas itu. Pada minit ke 44 separuh masa pertama,
Shahrul melakukan satu lorongan cantik kesebelah kanan untuk Saravanan yang
tidak dikawal dan sekali lagi membawa bola berhadapan Sufian malang bola
tersebut terkena penjaga gol. Bola tersebut terus di kejar oleh Sara
sambil Khalid yang bersedia di pintu gol menunggu hantaran dari Saravanan
menanduk rendah kearah kanan pintu gol N9 untuk gol kedua Perak. Separuh masa
pertama Perak menguasai dengan 2-1 selepas 3 minit masa tambahan diberikan oleh
pengadil Sukiden dari Pulau Pinang.
Separuh masa kedua Perak terus memburu gol dan pada minit ke
12 taktik satu setuhan antara Shahrul -> Khalid -> Shahrul berjaya
menewaskan Sufian yang berkerja keras untuk menolak bola keluar tetapi hanya
dapat menyentuh sedikit sahaja dan mengubah kedudukan kepada 3-1 hasil jaringan
pertama Ahmad Shahrul Azhar dalam Primier 1 musim 2002 ini. Jurulatih Perak
Tonny Netto melompat gembira meraikan gol yang menarik tersebut. Ahmad Sharul
Azhar dikeluarkan selepas itu dan digantikan dengan Faizal Zainal mungkin ini
untuk merehatkankan beliau memandangkan Selasa ini Perak akan ke Perlis untuk
perlawanan Piala FA. Syamsul Saad mengambil alih tugas sebagai Kapten dan Indra
Putra mengemudi bahagian tengah. Selepas itu rentak permainan Perak
diperlahankan dengan bertukar hantaran antara satu sama lain dan ini tidak
digemari oleh peminat yang hadir. Indra yang diminit akhir mendapat peluang
keemasan dari Saravanan gagal untuk menolak tepat kearah pintu gol N9 yang
ternganga apabila menolak ke kanan pintu gol N9. Indra dilihat bermain dibawah
tahap sebenar pada malam ini. Dalam masa tambahan 3 minit yang diberikan Perak
mendapat satu tendangan percuma dari sebelah kanan. Faizal yang mengambil
sepakan tersebut menghantar tepat untuk Khalid yang dikepung oleh pemain N9.
Beliau berlari sambil melompat menanduk kearah kanan pintu gol untuk gol ke 4
Perak dan gol ke 7 beliau dan terus meletakan nama beliau sebagai penjaring
terbanyak Primier 1 2002 setakat ini. Tak cukup dengan itu selang seminit
kemudian giliran Saravanan yang berhadapan seorang sahaja pertahanan N9 berjaya
melepaskan diri dan mudah menewaskan Sufian bagi kali ke 2, seterusnya mengubab
papan markah stadium dengan Perak 5 N9 1.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|