Tahukah
anda ?
Berita terbaru scroll sampai bawah |
|
|
|
|
|
|
-
Perbicaraan terpanjang dalam
sejarah bola sepak Malaysia apabila jurulatih Perak, Karl Heinz
Weigang, dihukum gantung sehingga hari terakhir musim 1999.
Keputusan itu diumumkan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) selepas tiga mesyuarat yang memakan masa
hampir 10 jam, termasuk dua penangguhan, bermula dengan
mesyuarat pertama pada 28 Oktober 1999.
|
-
3/11/99 - RISIKO yang diambil
pengendali Perak, Karl Heinz Weigang dengan hadir di Stadium
Perak nyata berbaloi apabila anak buahnya mengukir kemenangan
2-1 ke atas Terengganu di Ipoh. Weigang yang dimasukkan ke
sebuah hospital swasta mengingkari arahan doktor supaya berehat
kerana sedar kehadirannya di tepi padang amat diperlukan.
|
-
Nov 1999 - Langkah menurunkan
pemain muda seperti Indra Putra Mahayuddin dan K Nanthakumar
dalam saingan bola sepak Piala Malaysia musim ini terutama
ketika menentang Selangor bertujuan `membunuh dua burung dengan
satu batu'. Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang berkata
tindakan itu bertujuan memberi pendedahan kepada mereka.
|
-
Oct 1999 - Pengendali Perak, Karl
Heinz Weigang menuntut corak agresif dan bukan perlakuan kasar
daripada anak buahnya apabila turun menentang Selangor dalam
saingan bola sepak Piala Malaysia. "Saya berharap pemain
Perak memahami istilah agresif yang sebenarnya. Ia tidak sama
dengan bertindak kasar terhadap lawan," katanya.
|
-
Oct. 1999 -Tuntutan Karl Heinz
Weigang mengenai bayaran khidmatnya yang masih terhutang ketika
menjadi jurulatih negara, 18 tahun lalu, enggan dilayan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pendirian itu dinyatakan
Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, yang tampak tersinggung dengan
cara Weigang mengemukakan tuntutan itu menerusi media massa.
|
-
Oct. 1999 - Pengendali pasukan
bola sepak Perak, Karl Heinz Weigang, semalam membuat laporan
polis terhadap dakwaan serius yang dilemparkan kepadanya oleh
pegawai perlawanan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang
disiarkan media massa tempatan. Pengendali dan jurulatih Perak
itu membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh
kira-kira jam 2.45 petang berikutan dakwaan pegawai perlawanan
dan FAM, kononnya dia menawarkan RM25,000 setiap seorang kepada
pegawai perlawanan Perak menentang Pulau Pinang, selain
melemparkan kata-kata kecaman terhadap mereka sebaik tamat
perlawanan.
|
-
Oct. 1999 - Bekas Presiden
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamzah Abu Samah
dan bekas setiausahanya, Datuk Paul Murugasu diminta menjawab
kesahihan dakwaan bahawa badan berkenaan masih berhutang dengan
bekas jurulatihnya, Karl Heinz Weigang. Weigang yang kini
jurulatih Perak, berkata badan itu tidak menunaikan janjinya
selepas memimpin pasukan kebangsaan lewat 70-an dan awal tahun
80-an.
|
-
25 Oct. 1999 - Pengendali Perak,
Karl Heinz Weigang mempertikai langkah Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) menugaskan empat pegawai dari Selangor bagi
mengendalikan perlawanannya dengan Pulau Pinang di Stadium
Bandaraya, malam kelmarin. "Bagaimana mereka boleh
menghantar empat pegawai dari Selangor untuk mengadili
perlawanan ini sedangkan Selangor juga berada dalam kumpulan
yang sama dengan kami.
|
-
25 Oct. 1999 - Kemarahan
jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang terhadap pegawai perlawanan
tidak dapat dibendung hingga mendorongnya menegur mereka selepas
perlawanan dengan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, malam
kelmarin. Weigang yang masuk ke padang selepas perlawanan untuk
mengucapkan tahniah kepada anak buahnya berikutan persembahan `menakjubkan'
menegur dua pengadil, S Selarajan dan Azmi Abdullah serta dua
penjaga garisan, Mohd Rodzali Yacob dan Danny Ong Kim Heng -
kesemuanya dari Selangor - dengan berkata - "Tidak malukah
anda dengan apa yang anda lakukan, malam ini."
|
-
Sept. 1999 - Pengendali Perak,
Karl Heinz Weigang, mencipta sejarah apabila menjadi individu
pertama dianugerahkan denda tertinggi oleh Lembaga Disiplin
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Weigang diarah membayar
denda berjumlah RM8,000 selepas didapati bersalah dalam
kedua-dua kes disiplin membabitkannya yang diadili oleh lembaga
itu, semalam.
|
-
9/10/2000 ...tetapi apa sahaja
bentuk bantuan dan kelebihan yang diberikan kepada Selangor oleh
pegawai perlawanan, saya percaya mereka tidak akan menjadi juara
Piala Malaysia tahun ini,'' dakwa Weigang lagi.
Dalam perlawanan separuh akhir pertama itu juga, Weigang
menyifatkan pemain-pemain Selangor, termasuk pemain kebangsaan,
sebagai ''pelakon terbaik''----> Kenyataan Weigang selepas
perlawanan Perak Selangor di Shah Alam.
|
-
13/04/1999 Hukum saya bukan
Perak.'Jika FAM berasa tidak puas hati dengan saya, hukumlah
saya tetapi jangan babitkan pasukan Perak,'' kata Weigang. Perak,
juara Piala Malaysia musim lalu, tumpas buat pertama kali di
gelanggang sendiri dalam aksi Perdana Satu, tumpas 2-3 kepada
Brunei, Sabtu lalu. Perak bermain 10 orang pada minit ke-73
selepas penjaga golnya, Razmi Razuan dibuang padang kerana
mengasari pemain Brunei, Ali Momin yang dikatakan membangkitkan
kemarahan Weigang.Tindakan pengadil perlawanan, B. Pandian
memerintahkan penjaga gol itu keluar padang menyaksikan Weigang
melutut dan menyembah Pandian dan penjaga garisan, Mohd. Sukri
Mat Amin sebagai tanda tidak puas hati seolah-olah tindakan
pengadil itu sengaja menganiaya beliau''Saya tidak tahu sama ada
tindakan itu ditujukan kepada saya atau Perak tetapi jika saya
tidak disukai di Malaysia, saya boleh pergi,'' ujar Weigang yang
menafikan tindakannya bukan kerana pasukannya tewas kepada
Brunei.
|
-
10/12/98 Ibarat gunung berapi
yang sedang menunggu masa untuk meletup, begitu jugalah rahsia
yang selama ini cuba ditutup oleh pengurusan pasukan Perak,
akhirnya terbongkar jua. Hakikatnya, ketegangan hubungan antara
jurulatih Karl Weigang dan penyerang import, Laszlo Repasi
sampai ke kemuncaknya petang kelmarin apabila mereka terbabit
dalam satu pergaduhan. Difahamkan, punca Weigang benci kepada
Repasi bermula apabila pemain itu dikatakan sengaja memberi
alasan cedera agar tidak diturunkan dalam perlawanan peringkat
kumpulan Piala Malaysia yang lalu. Berikutan itu, Repasi tidak
pernah diturunkan dalam empat perlawanan terakhir termasuk dalam
perlawanan separuh akhir menentang Negeri Sembilan.
|
-
02/06/98 Weigang akan berlepas ke
Paris hari ini untuk menerima anugerah khas dari Persekutuan
Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana jasa-jasanya dalam
meningkatkan mutu bola sepak. Selepas itu, jurulatih dari Jerman
tersebut akan melaksanakan beberapa tugas yang diberikan oleh
FIFA di Pyongyang, Korea Utara.
|
|
|
|
|