Perak vs Selangor
yob4ever  - Padang Rengas  <03.05.2002>

Gambar  Skuad Presiden Perak
yob4ever - Padang Rengas  <03.05.2002>

Semua peminat yang akan ke Stadium untuk menyaksikan perlawanan ini diharap dapat memakai baju yang berwarna kuning. Saya dimaklumkan rombongan KL/SPARK akan datang bersama 4 buah bas tidak termasuk kenderaan persendirian. Tiket akan dijual lebih awal bagi mengelakan kesesakan kerana perlawanan ini dijangka akan dibanjiri oleh lebih ramai peminat bola sepak Perak.

Seperti yang dijanjikan gambar sekitar perlawanan Skuad Piala Presiden Perak melawan Skuad bawah 20 tahun kebangsaan di Kelana Jaya tempoh hari boleh dilihat di sini...

Rushanizam pula terpaksa berehat..
yob4ever  - Klang  <02.05.2002>

Khalid ke Jerman
yob4ever - Klang  <02.05.2002>

Setelah dimaklumkan bahawa pemain yang lebih dikenali dengan panggilan "Botak" menjalani rawatan di Wisma FAM semalam, Saya dan beberapa wakil KL/SPARK cuba menziarahi beliau di sana, tapi malangnya kami terlewat beberapa jam, kerana selepas dihubungi beliau telah pun dibenarkan pulang ke Ipoh. Dari berita tak rasmi beliau dikatakan mengalami kecederaan tersebut ketika beraksi bersama skuad kebangsaan di Medan Indonesia. Botak tidak menyertai rakan-rakanya yang lain keTrengganu dan  lebih malang lagi kemunkinan beliau tidak beraksi sekurang-kurang 3 perlawanan selepas ini. Semoga beliau cepat sembuh unutk kembali beraksi bersama rakan yang lain di padang.

Itulah berita yang diterima, pemergian beberapa anak muda Malaysia termasuk Khalid & Akmal Rizal berserta beberapa yang lain sebagai persediaan menghadapi perlawanan persahabatan dengan Brazil nanti. Menurut salah seorang pengendali Skuad U20 M'sia tarikh berlepas masih belum dipastikan kerana tiket masih belum diperolehi. Mereka akan menjalani latihan dengan beberapa Kelab di sana dan dijangkakan tempoh latihan tersebut mengambil masa 3 minggu. Ketiadaanya beraksi meletakan persaingan merebut "kasut emas" Premier 1 terbuka lebih luas. Sementara itu Ugbade pemian Import kedua Perak dari Nigeria telah pun menandatangani kontrak bersama Perak. Apa pun tidak dapat dipastikan bila beliau mula boleh beraksi, dipahamkan pendaftaran beliau telah dihantar ke FAM Sabtu lepas (27/4/02).
Menurut laporan akhbar hari ini(3May02) Khalid telah berangkat ke Jerman dan akan berada disana sekurang-kurangnya seminggu.

Penyu menangis lagi..
yob4ever  - Klang  <01.05.2002>

Rombongan menyaksikan Seladang vs Giant
yob4ever - Klang  <01.05.2002>

Pertemuan pertama sebelum ini di Ipoh yang memihak kepada Seladang, bakal menyaksikan aksi kali ini dijangka lebih... Lagi..

Tarikh : 04 May 2002
Hari     :  Sabtu
Waktu Bertolak  : 3.00 Petang dan 6.00 petang
Bayaran (TambangBas&Tiket) : RM 25.00 (Ahli) & RM 30.00 (Bukan Ahli)
Berminat sila hubungi :
En. Ali Rahim  016 - 364 8569  ( PJ )
En. Sahabudin 019 - 350 0492  ( PJ )
En. Sani 019 - 364 2606  ( Cheras )
En. Sarikal 013 - 206 7240  ( Bangi )

Skuad Presiden Perak (SPP) vs Malaysia U20
yob4ever  - Klang  <30.04.2002>

Berikutan perlawanan MPPJ vs Tentera yang ditangguhkan akibat hujan lebat semalam telah merubah jadual perlawan persahabatan ini ke padang PKNS pada jam 5.00 petang. Perlawanan ini juga digunakan untuk menguji 2 pemain baru dalm skuad ini di mana salah seorangnya Harizul Izuan  berusia 20 tahun bekas pemain Perak musim lepas yang berhijrah Ke TNB Kelantan awal musim ini. Beliau kini diserapkan kembali Ke Skuad Muda Perak ini. Langkah jangka panjang PAFA dalam membentuk skuad pelapis untuk Perak akan datang. Juga beberapa anak Perak yang bermain dengan Kelab di Malaysia sedang dalam proses membawa pulang mereka ke Perak. Terdapat juga seorang pemain Skuad Presiden Perak yang kini berlatih di bawah Suad kebangsaan bawah 20 tahun ini.

Perlawanan ini berkesudahan dengan Perak tumpas 2-0 dimana pada kedudukan separuh masa pertama Perak ketinggalan 1-0. Turut beraksi petang tadi adalah Norsyazwan yang baru semalam kembali ke kem latihan setelah bercuti selama 2 minggu kerana pemergian ayahnya ke Rahmatullah. Pada jam 5.00 petang 15.05.2002 pasukan ini akan menetang Malaysia B di komplek sukan Bangi untuk aksi seterusnya dalam Liga Piala Presiden dan menanti kedatangan Pulau Pinang di Ipoh. Untuk melihat anak muda ini sila klik disini. Gambar yang lain akan diupdate sedikit masa lagi.

Untuk perlawanan Trengganu vs Perak malam ini tiada berita dapat dimasukkan ke laman web kerana saya akan berada dikawasan yang talian internet sukar didapati. Kepada anda yang mempunyai maklumat perlawan tersebut sila postingkan ke ruangan forum untuk tatapan semua peminat. Harap Maklum.

Tarikh Tuan rumah Tetamu Keputusan
Piala FA
9 Feb (Selasa) PERAK PERLIS 5-3
5 Mac (Selasa) PERLIS PERAK 1-1
9 April (Selasa) K. LUMPUR PERAK 1-3
23 April (Selasa) PERAK K. LUMPUR 2-1
7 Mei (Selasa) TRENGGANU PERAK  
4 Jun (Selasa) PERAK TRENGGANU
Pusingan 1
26 JAN (Sabtu) JOHOR FC PERAK 1-0
2 Feb (Sabtu) PERAK TRENGGANU 1-0
9 Feb (Sabtu) SELANGOR PERAK 0-2
16 Feb (Sabtu) MELAKA PERAK 0-3
19 Feb (Selasa) PERAK PENANG 1-0
26 Feb (Selasa) SARAWAK PERAK 0-1
2 Mac (Sabtu PERAK N. SEMBILAN 5-1
9 Mac (Sabtu) K. LUMPUR PERAK 0-2
19 Mac (Selasa) PERAK KELANTAN 1-0
23 Mac (Sabtu) PERLIS PERAK 0-1
26 Mac (Selasa) PERAK NS CHEMPAKA 1-1
2 April (Selasa) PAHANG PERAK 1-2
6 April (Sabtu) PERAK SABAH 1-0
Pusingan 2
13 April (Sabtu) SABAH

PERAK

2-2

20 April (Sabtu) PERAK JOHOR FC

1-0

30 April (Selasa) TRENGGANU PERAK 0-1
4 May (Sabtu) PERAK SELANGOR  
11 May (Sabtu) PERAK MELAKA  
28 May (Selasa) P.PINANG PERAK  
8 Jun (Sabtu) PERAK SARAWAK  
15 Jun (Sabtu) N. SEMBILAN PERAK  
18 Jun (Selasa) PERAK K. LUMPUR  
22 Jun (Sabtu) KELANTAN PERAK  
29 Jun (Sabtu) PERAK PERLIS  
2 Julai (Selasa) NS CHEMPAKA PERAK  
6 Julai (Sabtu) PERAK PAHANG  
Tamat
Kedudukan Liga Perdana 1 selepas perlawanan 20/4/2002
No

Pasukan

Perlawanan

Menang

Seri

Kalah

Jaringan

Bolos

Mata

1.
Perak 16 12 2 2 23 8 38
2.
Selangor 16 11 3 2 23 13 36
3.
P. Pinang 16 7 5 4 29 20 26
4.
Kelantan 16 8 2 6 21 22 26
5.
Terengganu 16 8 1 7 24 15 25
6.
Perlis 16 6 7 3 21 13 25
7.
Johor FC 16 7 3 6 22 15 24
8.
Sabah 16 6 6 4 20 19 24
9.
Melaka 16 6 1 9 15 27 19
10.
Sarawak 16 4 6 6 17 17 18
11.
Pahang 16 3 6 7 29 26 15
12.
NS Chempaka 16 3 4 9 16 28 13
13.
N. Sembilan 16 2 4 10 17 41 10
14.
Kuala Lumpur 16 2 4 10 15 28 10