Make your own free website on Tripod.com


www.yob.4ever.cc

[YOB'S FOREVER CYBER CLUB]
Laman Web Kelab Peminat Bola Sepak Perak Darul Ridzuan

Last up date: 10 November, 2001

yob4ever@hotmail.com

Cabaran kian hampir...pertemuan wakil pantai timur vs wakil pantai barat
30 Oct  2001




1998 - Bukit Jalil , apakah episod ini akan kembali ?

Tiada cerita yang lebih menarik dalam minggu ini melainkan perlawanan akhir Piala Malaysia dan persiapanya oleh penyokong setianya. Bagi anda yang tinggal lembah Klang tiket akan dijual di Stadium Bukit Jalil pada Khamis ini mulai jam 10.00 pagi, Tiket dijual pada harga RM10 (tempat duduk biasa yang nampak player kecik kecik je) RM 20 (Biasa) dan RM50 (Grand Stand). Laporan sebuah akhbar harian menyebut jumlah tiket yang akan diagihkan adalah 20,000 di Bukit Jalil, 20,000 untuk Trengganu dan 20,000 untuk Perak dan akan diagihkan melalui Persatuan negeri masing-masing. Kalau jumlah yang disebut itu betul kemana lagi baki tiket itu diagihkan bila mengambil kira  sebuah stadium yang boleh menampung jumlah penonton yang lebih dari itu !!!!!! . Bagi peminat Bola Sepak Perak PAFA akan mengagihkan tiket tersebut ke 9 daerah, pastikan anda murujuk ke Persatuan Bola Sepak Daerah masing-masing untuk maklumat lanjut. Diberitakan juga 37,000 rakyat Perak, akan ke Bukt Jalil satu jumlah yang belum dicampurkan dengan bilangan Yob warga kota. Semestinya semua penyokong Yob di seru memakai baju berwarna kuning ketika didalam stadium nanti. Kita datang dengan semangat kesukanan. Apa keputusanya nanti janganlah kita caci mencaci semasa kita atau penyokong lawan. Kita adalah rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian... Jika kita menang satu lagi sejarah akan tercatat " JUARA PIALA MALAYSIA DIAWAL ALAF BARU" selepas kita berjaya menjadi "JUARA DIALAF BARU" pada tahun 2000. Kejor Yob Kejor.....

Giliran Seladang membaham Tok Gajah...
 28 Oct Sept 2001

Kunjungan Perak ke Kuantan semalam, sebenar meninggalkan seribu  persoalan dikalangan peminat. Apakah Perak mampu menghadapi anak buah Yunus Aliff yang mempunyai 2 kelebihan dengan mendahului Perak 1-0 dan bermain digelangang sendiri. Semua persoalan itu terjawap kini, malah diluar jangkaan para peminat apabila Perak berupaya membenan pasukan Tok Gajah 3-0. Saya yang  bersama rombongan 5 buah bas Kelab peminat menjadikan 22 buah bas dari daerah Perak serta tidak ketinggalan mereka yang datang dengan kenderaan persendirian dan warga Perak yang tinggal di Pahang merasa terkejut apabila mendapati Khalid yang diturunkan sebagai pemain simpanan. Terdapat penyokong Perak yang mempersoalkan taktik yang digunakan ini dan Raja Azlan antara pemain yang tidak diturunkan yang duduk di kerusi penonton dihadapkan dengan soalan tersebut. Sememangnya kita yang kurang pengalaman dalam bidang tersebut tidak wajar mempersoalkan perkara sebegini kerana pihak Pengurusan lebih mengetahui apa yang harus dilakukan.

Sememangnya taktik tersebut dimanafaatkan sepenuhnya oleh pemain Pahang yang berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Perak, menyebakan terdapat pemain pertahan yang hilang kosantrasi diawal permainan. Shahrul Azhar selaku ketua pasukan tidak dapat menahan kesabaran beliau hingga memaksa beliau membuat teguran kepada pemain terbabit. Cuma kecemerlangan Azlisham mengawal pintu gol harus diberi pujian, kerana jika Pahang memperoleh gol awal itu ianya boleh melumpuhkan terus semangat pemain Perak.  Kerasahan penyokong Seladang akhirnya terubat apabila penyerang sensasi Perak Khalid dibawa masuk bagi mengantikan Nagaraja yang dilapurkan masih belum pulih 100% dari kecederaan. Kemasukkan Khalid jelas menaikkan semangat pemain dan penyokong Perak apabila gandingannya bersama Rafdi dan dan Azrul mula berjaya menembusi pertahan Pahang. Penatian Perak akhirnya terjawap pada minit ke 43 apabila Khalid  berjaya  membocorkan gawang Pahang melalui gerakan awal dari Kapten pasukan Perak. kedudukan 1-0 tersebut kekal hingga tamat separuh masa pertama.

 Peluang Perak menambah gol melalui pemain Cili padi Rafdi Rashid yang berjaya menembusi pertahan Pahang akhirnya tersasar apabila bola hasil tendanganya melintasi palang gol Pahang pada minit ke 65. Menyedari masa semakin singkat Perak dan Pahang terus saling  mengasak ke kubu lawan masing-masing. Sekali lagi BOY (Azlisham) berjaya menafikanya peluang Pahang apabila menyelamatkan sekurang kurangnya 2 percubaan merbahaya Pahang. Pemain yang baru menamatkan zaman bujang Azrul berjaya menjaringkan gol kedua apabila pertahanan Pahang tidak mengawal beliau melalui sepakan ke penjuru kanan gol Pahang pada minit ke 77. Gol tersebut lebih menyemarakan semangat penyokong yang berkonvoi hampir 9 jam merentasi Banjaran Titiwangsa dimana  pihak PAFA telah menghadiahkan tiket perlawanan dan pengankutan bas percuma kepada penyokong dari Perak. Berita tersebut hanya diketahui setelah kami berada di dalam bas. Terima Kasih daun keladi dari Kami Penyokong KEJOR YOB KEJOR. Sesungguhnya semangat pemain yang memuncak itu tidak dapat dibendung lagi apabila di minit akhir sekali lagi Khalid Jamlus mengesakan tiket Perak ke Perlawanan akhir di  Bukit Jalil 3/11/2001. Ini sekaligus melayakan Perak untuk berturut-turut ke kemuncak persada bola sepak Malaysia. Apakah satu lagi keajaiban untuk Perak akan berlaku apabila  menjadi Pemenang Piala Malaysia diawal alaf baru ? Sesungguhnya terdapat keajaiban bagi pasukan Perak yang kerap mencipta sejarah dalam bola sepak Malaysia sejak dahulu lagi.

Sementara itu kami mendapat satu lagi hadiah oleh pihak yang tidak bertanggung jawap seketul batu sebesar penumbuk dewasa yang dibaling kecermin bas ketika perlawanan sedang berlansung dan diberitakan ia mengenai sebuah Bas dari Taiping . Ketika ditemui batu tersebut masih melekat dicermin bas. Pihak Polis telah di maklumkan tentang kejadian tersebut. Semoga pihak keselamatan tidak hanya memastikan keselamatan di dalam stadium, malah luar kawasan juga harus dititik beratkan dimasa akan datang bagi mengawal kegiatan keganasan yang pasti berlaku di setiap negeri.

Sementara itu hajat si kijang ingin membalas dendam 70 an di peringkat akhir terhadap Seladang terpaksa ditangguhkan apabila sekadar hanya mampu seri 1-1 dengan Sang Penyu di ladang sendiri sekali gus meletakan aggreget 1-3 bagi membolehkan sang penyu mara ke akhir. Dengan keputusan malam tadi Seladang akan melayan hajat sang penyu membalas demdam 1998 di tempat yang sama Sabtu ini.

Bagi penyokong Kejor Yob Kejor di Lembah Klang dan  Selatan anah air nantikan keputusan FAM tentang permualaan tarikh penjualan tiket akhir nanti. Kedegaran berita tak rasmi hanya 5% sahaja jumlah tiket yang dijual di Stadium Bukit Jalil dan kami berharap PAFA dapat mengawal pengagihan dan penjualan tiket di Perak, semoga insiden 2000 tidak berulang dimana tiket boleh didapati di pasaran gelap dengan jumlah yang banyak. Apa pun kami dipahamkan pengurusan keatas tiket tahun ini telah diberikan kepada syarikat yang berwibawa. Apapun nantikan maklumat tiket perlawanan akhir ini melalui web site ini dari AJK Kelab Peminat dan juga jangan lupa mendaftar menjadi Ahli "KELAB PEMINAT BOLA SEPAK PERAK" dimana pendaftaran keahlian akan dibuat sebelum musim hadapan bermula. Ke Bukit Jalil kite Yob .....

Terima kasih kerana berkunjung kesini.

Webmaster Yob4ever


Rombongan meminang Piala Malaysia tertanguh di Banjaran Tiriwangsa salah sebuah bas mengalami kerosakan.

Antara yang tiba awal

Shoot untuk SEN

" Piala Malaysia akan kami pertahankan"

Sessi memanas badan - tingkat 2 atas tu penyokong Perak

Sebahagian dari wakil KELAB PEMINAT BOLA PERAK

Pesta sorak selepas gol ke 2

Aksi di depan kamera Video SEN

Shahrul Azhar diserbu peminat

Pengurus dan penyokong

Anak dan Bapa je datang mak duduk rumah...

Sebahagian penyokong hadir

Antara penyokong dari Lembah Klang Zam , Bad & Harun 

Chang Kok Heng bersama penyokong

Selepas gol pertama kami sanggup berdiri dari duduk...

Norizam masuk mengantikan Rafdi

Tua muda bersama bersatu tenaga untukmu PERAK

Pasukan kompang

Demi keselamatan penyokong  melalui padang untuk keluar dari stadium.

Statistik perlawanan Perak-Pahang
 26 Oct Sept 2001

Primier 1 2001

Perlawanan

Menang Seri Kalah Jaringan Bolos Mata Kedudukan
Pahang 22 9 5 8 34 29 32 Tempat ke 5
Perak 22 8 5 9 38 34 29 Tempat ke7

Piala Malysia Kumpulan B

Pasukan

Perlawanan

Menang Seri Kalah Jaringan Bolos Mata
Pahang 6 3 3 0 8 5 12
Kelantan 6 2 1 3 7 6 7
NS Chempaka 6 2 1 3 10 10 7
Sarawak 6 2 1 3 7 11 7

Piala Malysia Kumpulan C

Pasukan

Perlawanan

Menang Seri Kalah Jaringan Bolos Mata
Terengganu 6 5 0 1 16 5 15
Perak 6 3 1 2 18 6 10
Kelantan TNB 6 3 1 2 11 12 10
Kelantan JKR 6 0 0 6 3 25 0
Keputusan Perlawanan Perak - Pahang Primier  2001
Primier 1 26/05/2001 Pahang vs PERAK 2 1 Kalah

 Khalid Jamlus (55)

Primier 1  11/08/2001 PERAK vs Pahang  1 3 Kalah

Norizam (42)

Piala Malaysia Separuh akhir 2001 23/10/2001 PERAK vs Pahang 0 1 Kalah  

Diatas kertas berdasarkan statistik 2001, kelebihan memihak kepada Pahang, tetapi kita harus ingat Perak adalah pasukan yang kerap bangkit diperingkat akhir. Ketumpulan jentera penyudah telah dikesan oleh M.Kharatu selaku jurulatih dibantu oleh Zakaria. Kembalinya beberapa penyerang yang pulih dari kecederaan memungkinkan mengubah statistik ini. PERAK BOLEH. Sesuatu akan dilakukan bagi menajamkam lagi jentera penyudah. Rafdi, Khalid, Indra,Liew, Norizam serta yang lain pasti mahu memperbaki lagi prestasi mereka. Hanya tinggal 90 minit masa dipadang dan Perak boleh melakukan. Perak akan melakukan sebaik yang boleh.

... marilah kita bersama kelab peminat Ke Kuantan Sabtu ini, bagi yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, boleh menguhubungi wakil AJK kelab untuk tempahan bas. Kalau menang kita akan ke Bukit Jalil pula, suatu tempat yang pernah melakar detik manis Perak pada Tahun 1998, Semoga berita gembira menanti kita di Kuantan Sabtu ini.

Kalau kita gagal pastikan bendera kita simpan elok untuk musim akan datang. Jangan dibakar bendera itu......!!!!!

PERAK Tumpas - Angkara Pengadil , Penyokong Bengang , PAHANG Menang
 25 Oct Sept 2001

 " Kehadiran Penonton melebihi 30 000 orang masih tidak dapat mengatasi gelagat Pengadil untuk mencapai kemenangan Perak ", Mungkin itulah kata - kata yang lebih sesuai agaknya perlu dikatakan setelah menyaksikan perlawanan malam tadi, namun kesalahan tidak sepatutnya diletakkan 100% dibahu pengadil , malah ketumpulan barisan serangan juga perlu dipersalahkan kerana mensia-siakan lebih 7 peluang keemasan di sepanjang 90 minit Perlanan Malam Tadi .

Segala bermula dengan baik pada tepat 9.50 malam di Stadium Perak , dengan dibanjiri penonton cukup ramai ,hampir segala pelusuk tempat diduduki oleh penyokong Perak .Turut disaksikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Raja Muda , Menteri Besar & Dato Bandar Ipoh , dan disemarakkan lagi dengan kedatangan hampir 100 orang penyokong Pahang.

Pada minit ke-2 ,"Ayam tambatan kembar Perak " gandingan Khalid & Rafdi berjaya memecahkan benteng pertahanan Pahang , Hasil hantaran 1-2 yang disambut oleh Rafdi ditolak mudah kegawang namun Muadzar berada pada tempat yang sepatutnya untuk menafikan kegembiraan Rafdi dan rakan - rakan.

Perlawanan yang semakin lama semakin lembab menjadikan paluan gendang semakin perlahan dan tempikan penyokong kurang kedengaran . Pada minit 27 Khalid yang menerima hantaran ketua pasukan Shahrul , atau lebih dikenali digalangan rakan-rakan sebagai "AA-AH" gagal mengawal diri dan melepaskan satu rembatan yang deras tapi melepasi palang. Indra Putra adalah
merupakan pemain perak yang paling banyak membuat cubaan tendang yang deras dari luar Kotak D namun tiada satu pun yang tepat ke gawang.

Penyokong perak dari berdisiplin menjadi tidak mengawal diri dan kecermerlangan permainan kedua-dua pasukan berubah pada penghujung babak pertama . Pengadil yang memberikan tendang percuma di luar kotak D perak kepada Pahang yang "DIKATAKANYA" Chan Kok Heng menolak Sharuddin Rosdi, namun dipertikai oleh pemain pemain perak , pengadil bertegas dengan keputusannya. Tendangan yang diambil oleh Shahruddin sendiri tepat singgan dikaki Azizul Kamaluddin , tendang Azizul yang cukup kuat namun tidak tepat ke gawang , Pengadil membuat keputusan memberikan tendangan sudut kepada Pahang walaupun bola tidak sentuh oleh mana mana pemain perak . Disinilah bermulanya segala kekecohan dan pertelagahan diantara pemain & pengadil . Tendangan sudut tersebut menghasil gol untuk perak , jaringan Rosdi telah memberikan kelebihan kepada Pahang pada minit ke 44.

Sejurus tamat perlawanan babak pertama pengurus Perak Dato Jamal Nasir menyerbu kearah pengadil dan ditahan oleh beberapa pegawai PAFA , kemarahan terhadap pengadil itu bukan hanya ditunjukkan Dato Jamal nasir , malahan lebih terserlah dari ribuan penyokong perak . Dengan dentuman mercun , Objek yang begitu banyak sekali melayang masuk ke kawasan padang dan
tempikkan yang mencaci & mengutuk pengadil.

Separuh masa kedua tidak menyaksikan sebarang perubahan terhadap permainan Perak Walaupun Karathu membawa Pemilik Kasut Emas 2001 - Norizam , Kinta Express -Nagaraja dan Idola penyokong perak tahun 2000 , Azrul Amri Borhan.

Saya lebih menyifatkan Perak Kalah Psikologi yang dimulakan oleh pengadil lalu pemain hilang konsenterasi dan sesuatu yang diluar dugaan diharapkan akan berlaku di Stadium Kuantan Sabtu ini.

Jika anda ingin bersama rombongan Kelab Peminat ke Stadium Kuantan sila ke ruangan Forum >> Aktivity Kelab

Tok Gajah menang senyum lebar  ,
Seladang tumpas lalu termenung;
Walaupun harapan tampak samar,
Sokongan peminat tetap mengunung.

Laporan & photo : Ahmad Razmie - Ipoh

Para pemain ketika latihan sebelum pertemuan dengan Pahang di Ipoh Selasa lalu

Rombongan Kelab Peminat Ke Kuantan Pahang
 25 Oct Sept 2001

Buat Peminat peminat setia Perak semua Kalau anda semua nak menyertai Rombongan Perak Ke Pahang untuk menghadapi separuh Akhir Kedua Di Stadium Kuantan Silalah berhubung ngan AJK kelab seperti dibawah :-

Khalid 012-5217644
Omie 012-5535594

atau anda boleh terus ke kedai 56 (9.00pg - 11tgh) @ kedai 64 (4ptg - 8mlm) Di kawasan Gerai Stadium Perak setiap hari,

atau melalui Email Ke Radzmie di Email >> Anemei@tm.net.my
 
Tambang Untuk Ahli Kelab Adalah RM15.00 dan bukan Ahli RM20.00 manakala Anggaran Harga tiket Grandstand adalah RM15.00
 
Jadi sebelum anda terlepas peluang untuk menyaksikan aksi Pasukan anda di Stadium Kuantan sila hubungi AJK Kelab diatas
 
Maju Pasukan Perak buat Penyokongnya
Menang Pasukan Perak Kerana Penyokongnya.


Pengerusi Kelab Peminat (Jamil) bersama Pengurus Pasukan (Datuk Jamal Nasir)

Norizam bangkit kembali... Perak ke Separuh akhir
 17 Oct Sept 2001

Sejak kehadiran Rafdi dalam skuad Perak penampilan Norizam agak tenggelam disaingi kehebatan Rafdi. Status beliau "Pemenang kasut emas" musim ini tidak cukup untuk beliau, malah turut mencipta rekod pertama penjaring hatrik sambil terus mengucapkan selamat tinggal kepada anak buah Haji Zaki pasukan yang pernah ditumpaskan oleh Yob diperingkat akhir tahun lalu. Negeri Sembilan yang mengulangi episod di Paroi Selasa lalu dengan jaringan awal Affandi Malik yang meletakan agregit 2-2 di Ipoh. Bagaimana pun dengan sokongan padu penyokong KEJOR YOB KEJOR , Perak terus mengandakan usaha dan kejayaan Norizam menjaringkan 3 gol terus mengesahkan kedudukan Perak ke separuh akhir bertemu Pahang di Ipoh Selasa ini. Bagaimana pun bekas pemain pertahanan Perak Khairul Anuar baharum di layangkan Kad Merah dalam perlawanan ini.

 

Sambil itu dalam Perlawanan lain Selangor tewas kepada Terengganu 1-3 di Shah Alam, Perlis tumpas kepada Pahang 2-3 melalui Golden gol dan perlawanan yang bekesudahan dengan tendangan penalti antara Kelantan dan Pulau Pinang dimenang oleh Kelantan 5-4 selepas kedudukan terikat 1-1.

Bagi semua peminat, saya mewakili KELAB PEMINAT BOLA SEPAK PERAK mengharapkan terus kehadiran anda ke Stadium Perak di Ipoh Selasa 23.10.2001 ini. Kehadiran anda sesungguhnya turut membantu memberi semangat kepada pemain dan sudah menjadi kemestian KELAB akan mengadakan rombongan kepada peminat Ke Kuantan Pahang pada 27.10.2001 jadi sila berkunjung kelaman web ini untuk maklumat rombongan tersebut. Perlawanan yang akan diadakan pada hari Sabtu itu seharusnya tidak dilepaskan oleh anda memandangkan diadakan pada hari cuti.

Kepada semua pemain kami tetap menyokong anda, semoga Perak berjaya dalam Separuh akhir nanti, sambil terus melangkah ke peringkat akhir. 

yob4ever Klang Selangor 
12.20 malam 21 Oct 2001

Laporan di Paroi oleh Radzmie "KELAB PEMINAT BOLASEPAK PERAK"
 17 Oct Sept 2001

Perak Berjaya menumpaskan N9 ngan jaringan 2-1. Gol pertama N9 dijaringkan oleh Wong Saik kong pada separuh masa pertama melalui satu tendangan percuma dari kanan luar kotak D perak yang cukup cantik sehinggan "BOY" Azlisham langsung terkaku dan hanya mampu melihat sahaja tendangan tersebut mencecah jaring gol perak.Namun beberapa cubaan Perak menerusi Liew Kit Kong,  Rafdi di separuh masa pertama tidak menemui sasaran , Walaupun begitu satu tendangan mudah dari Liew kit kong hasil hantaran Rafdi tersasar tinggi lepasi palang untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama . N9 yang agak Goyah pada separuh masa kedua akhirnya menemui minit kecewa mereka apabila hantaran belakang Hong Aik melalui tandukkan lemahnya berjaya disambar oleh Rafdi dan terus menewaskan Penjaga Gol N9 untuk gol pertama.
 
Saya yang bersama sama Ahli Kelab Peminat lain dan Penoyokong penyokong setia PERAK yang berada disana telah mendapati jaringan tersebut menjadi minit terakhir Rafdi dalam Skuad Perak untuk malam ini kerana Penjaga gol N9 telah mengkasari Rafdi dan pemain yang lebih digelar dikalangan Ahli Kelab " Ayam Katik " telah dibawa keluar dan digantikan ngan Faizal Zainal . Kemasukkan Faizal turut membawa erti buat penyokong Yob yang hampir 1000 orang, dimana faizal dengan kelebihan tendangan percumanya betul betul dihadapan Kotak D N9 pada masa kecederaan telah menewaskan Penjaga gol N9, setelah tendangannya melepasi jangkauan disebelah kiri Pintu gol N9.
 
Setelah tamat perlawanan kami (AJK Kelab )yang ke Bilik persalinan Pemain telah diberitahu bahawa Rafdi hanya menghadapi BENGKAK di dibahagian PEHAnya setelah dibentes keras oleh Penjaga Gol , apapun kami masih tertanya tanya apakah dia akan Pulih untuk perlawanan Sabtu ini??. Khalid yang dilapurkan menghadapi CIRIT BIRIT telah sembuh pagi Selasa tetapi dia masih belum FIT untuk game selasa sudah dan InsyaAllah AYAM TAMBATAN PERAK ini akan diturunkan Pada Sabtu ini. Persoalannya Siapakah yang akan digandingkan oleh Karathu bersama Khalid ?? Apakah mungkin Liew (tak berapa PERFORM selasa sudah), atau pun Saravanan, mahupun pemilik KASUT EMAS Kita NORIZAM ?? Sama samalah kita tunggu Sabtu ini di Stadium Perak!!!

Penyokong yang kesana melalui rombongan 3 bas telah pulang ngan selamat (sampai Ipoh jam 3 pagi )setelah di"ESCORT" oleh Pihak FRU & Polis kerana khuatir sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Saya tertarik ngan satu banner yang digantung oleh penyokong setia N9 yang tertulis "BUAH SALAK BUAH TEMBIKAI , KATO KAT PERAK BYE BYE !!!" nampaknya jangkaan penyokong mereka silap setelah VICTOR , SHAMSUL SAAD ,CHAN KOK HENG & CHAN WING HONG telah berjaya mengekang gerakan AZMAN , ZAMI & EFFENDI MALIK dan sebaliknya Khairul Anuar , Wong Sai Kong dan Hong Aik gagal menyekat kemaraan Shahrul , Rafdi & Liew Kit kong malam ini
 
Namun Apapun Kata mereka
" PERAK TERUS CERIA SANG RUSA MENJADI MANGSA SETERUSNYA".
 
jumpa anda Distadium Perak

Rusa tertewas di minit akhir
 17 Oct Sept 2001


Terpaksan dikeluarkan selepas menjaringkan gol

Liew digandingkan bersama Rafdi

Sejak mula menyarung Jersi Perak beliau sering meletakan namanya dalam senarai penjaring gol, Walaupun sebelum ini nama beliau agak tenggelam dalam kancah bola sepak Malaysia namun sejak akhir ini, setiap pasukan yang bertemu Perak pasti akan merantai beliau dari mendapat sebarang peluang. Dengan bermain bermati-matian serta larian pantas beliau juga sering membuka peluang untuk rakan lain menjaringkan gol. Itulah Rafdi Rashid anak kelahiran Kedah yang akhirnya memberi kelegaan buat lebih 900 penyokong Yob yang hadir ke Stadium Paroi pada malam ini. Dalam perlawanan berbaki 5 minit setelah Perak ketinggalan 0-1 Rafdi Rashid akhirnya berjaya mendapatkan gol semangat untuk pemain Perak. Sirusa yang pada perlawanan sebelum ini bangkit dengan jaringan hatrik mereka sedikit pun tidak menjejaskan persembahan Perak dimana penguasaan di padang lebih memihak kepada pasukan Perak.

Namun aksi beliau pada malam ini ditamatkan sebelum 90 minit berakhir setelah  menyedari kecederaan yang beliau alami serta tidak mahu memperjudikan nasib beliau. Beliau yang digandingkan dengan Liew Kit Kot terpaksa dikeluarkan bagi mengelakan mengalami kecederaan yang lebih teruk. Apapun perhitungan M.Karatu yang pernah mendidik Sirusa nyata bertindak tepat apabila memasukan Faizal Zainal bekas pemain Negeri Sembilan. Faizal yang tidak pernah menjaringkan gol dalam perlawanan sebelum ini juga melenyapkan terus sorakan penonton Negeri Sembilan dengan jaringan beliau dalam minit terakhir masa kecederaan sekali gus meletakan Perak sebagai pasukan tunggal yang menang dalam perlawanan pertama suku akhir malam ini. Pusingan kedua yang akan berlansung di Ipoh Sabtu ini akan menjadi persooalan apakah Rafdi dapat diturunkan setelah Khalid pula tidak diturunkan pada malam ini. 

Apapun sebagai penyokong setia kita tidak akan melepaskan peluang yang ada. Ayoh pastikan anda mengunjungi Stadium Perak pada Sabtu ini. Walaupun kita telah menang tapi masih ada 90 minit lagi masa penentuan. Kehadiran anda menyemarakan lagi semangat pemain... KEJOR YOB KEJOR

Keputasan suku akhir(Pusingan Pertama)
Negeri Sembilan (1) VS Perak (2)
Terengganu (2) VS Selangor (2)
Pahang (1) VS Perlis (1)
P.Pinang (1) VS Kelantan (1)

Khalid mula menyengat
Klang 10 Oct Sept 2001

Sejak mula mencipta nama bersama skuad Olimpik dengan nombor pendaftaran FAMP019OLI, prestasi Khalid Jamlus mula meningkat mendadak hingga menjadi sebutan setiap penyokong Yob. Walaupun diperingkat awal karier sukan beliau adalah seorang pemain hoki dan merupakan seorang model di Ipoh. Selepas menyarung jersi Perak Khalid tidak menoleh kebelakang dan mula meletakan nama beliau penyerang yang digeruni pertahanan lawan. Namun akhir-akhir ini beliau kerap dicemuh sebilangan kecil penonton yang tidak berpuas hati dengan prestasi beliau sama ada ketika mewakili negara atau negeri. Beliau juga pernah disingkirkan dari skuad negara ekoran ensiden Hard Rock cafe ketika mejalani latihan di Kelana Jaya. Itulah  sejarah Khalid pemain yang berusia 24 tahun sebelum ini. Tetapi pada malam ini, semua sejarah tersebut ditebus oleh Khalid apabila menyuntik semangat pemain dan penyokong di saat getir Perak dengan mejaringkan 2 gol dalam perlawanan hidup mati Perak. Perlawanan yang banyak dikatakan berpihak pada Terengganu ekoran rekod tanpa kalah mereka dalam kumpulan C nyata tidak mengerunkan Perak. 

Dengan keputusan di Stadium Perak 3-0 Perak melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dan akan bertandang Ke Paroi berhadapan dengan Negeri Sembilan pada 16/10/2001 ini. Apa pun saya selaku webmaster serta penyokong bolasepak Perak mengucapkan tahniah buat semua pemain dan pengurus pasukan Perak. Moga mutu permainan Perak akan terus di pertingkatkan dan tidak mustahil Perak akan melangkah lebih jauh lagi pada musim ini.

Jadual Perlawanan Suku akhir 16/10/2001
P.Pinang VS Kelantan
Pahang VS Perlis
N.9 VS Perak
Terengganu VS Selangor

Misi hidup mati Selasa ini...
Klang 5 Oct Sept 2001


Stategi  baru amat diiperlukan Selasa ini..

Diatas kertas peluang lebih memihak kepada TNB, kerana akan bertemu rakan senegeri JKR, yang mempunyai masalah dalaman, tetapi TNB juga mepunyai masalah untuk meneruskan misi kerana mendaftarkan 17 pemain termasuk 3 penjaga gol yang mana 2 pemain mereka tidak dapat diturunkan kerana meengutip kad.

Perak pula terpaksa menang dengan Terengganu di Ipoh selasa ini sambil mengharapkan keputusan ajaib di Kota Baharu bagi meneruskan misi hidup mati. Terengganu pula tidak akan memberi lauan muda bagi mengekalkan rekod tanpa kalah mereka serta megelakkan dari bertemu johan dari kumpulan A agar laluan mereka lebih mudah diperingkat seterusnya. 
Sekali lagi penyokong Yob terpaksa bersabar menantikan keputusan Selasa ini yang mana ianya dianggap perlawanan hidup mati Perak untuk musim 2001.
Tawa dalam tangisan
Klang 5 Oct Sept 2001

Pasukan Perak yang tidak pulang ke Ipoh selepas perlawanan dengan JKR Selasa lalu meneruskan misi Piala Malaysia dengan bertemu dengan TNB Kelantan. Kurang mengetahui corak permainan lawan melihatkan pemain Perak banyak memberi ruang kepada TNB melancarkan serangan pada minit awal, bagaimana pun Mohd Rafdi Abdul Rashid pemain yang dikatakan akan dipancing Perak untuk musim depan membuat jaringan awal pada minit ke 12 hasil tolakan Khalid Jamlus bagi menewaskan Wan Kamarul pejaga gol TNB. Tidak cukup dengan itu pemain lincah ini terus meletakan nama sebagai penyerang yang bakal digeruni 2 minit kemudian apabila mejaringkan gol ke 2 pada minit ke 17. Perak yang seolah cukup dengan 2 gol banyak bermain secara bertahan menerima padah oleh anak buah Salim Mahmud apabila sepakan sudut yang diperolehi TNB tidak disia siakan bagi merubah kedudukan separuh masa pertama 2-1.

Separuh masa kedua pula corak permainan bertahan Perak nyaris memakan diri apabila cuma tinggal Chan Kok Heng di pintu  gol sebagai penyelamat apabila menanduk keluar bola  selepas Azlisham tertewas. Memberi ruang kepada TNB untuk menyerang akhirnya memakan diri apabila tendangan sudut yang diambil bekas penyerang kebangsaan Hashim Mustapha berjaya disudahkan oleh pemain TNB walaupun hampir kesemua pemain Perak sudah berkampung dikawasan gol. Apapun dengan keputusan seri di kota Baharu meletakan keputusan satu lagi wakil kumpulan C ke perlwanan seterusnya selasa ini.

PERAK: 23-Azlisaham Ibrahim, 2-A.Victor, 3-Chan Kok Heng, 5-Syamsul Mohd Saad, 7-Ahmad Shahrul Azhar Sofian, 8-Chan Wing Hong, 13-Indra Putra Mahayuddin, 15-Abu Bakar Fadzim, 18-Mohd Rafdi Abd Rashid, 19-Liew Kit Kong, 20-Nosyazwan Mohd Nor dan 25-Mohd Khalid Jamlus.

Simpanan: 22-Tay Sin Kiat, 4-Faizal Zainal, 11-Azrul Amri Borhan, 14-Rushanizam, 17-K.Nanthakumar, 20-Norsyazwan, 21-V.Saravana


Mohd Rafdi penyelamat maruah juara Alaf baru , terdapat juga khabar pemain ini akan dibeli Perak untuk musim depan

usia Kok Heng tidak membataskan khidmatnya keatas pasukan Perak ditakkala rakan seangkatan dengannya ramai yang sudah mengantung boot

Syamsul

Wing Hong

K.Nanthkumar

 Rentak mula ditemui  ...
Klang 2 Oct Sept 2001

 Episod gembira pasukan Perak diteruskan lagi, dalam perlawanan timbal balik Perak mengulagi kemenangan minggu lalu dengan jaringan  5-0 keatas JKR kelantan, di Kota Baharu. JKR yang mengadapi masalah gaji pemain yang tertunggak kemunkinan antara pasukan terawal tersingkir dalam saingan Piala Malaysia. Bagaimana pun Terengganu pula antara pasukan yang menempah tiket awal ke Piala Malaysia, menang keatas TNB Kelantan 3-0. Cuma nasib Perak akan ditentukan Jumaat ini apabila berhadapan saingan sengit TNB Kelantan, di Kota Baharu. Jika menang, harapan Perak agak cerah kerana Perak mempunyai jaringan yang banyak sebagai cagaran bagaimanapun jika seri atau kalah Perak terpaksa menewaskan Terengganu di Ipoh atau menamatkan musim bola sepak 2001 dengan lebih awal kerana TNB Kelantan akan bertemu JKR Kelantan di Perlawanan terakhir yang mana sebelum ini TNB pernah menewaskan JKR dalam gelangang yang sama. Hanya dengan menguatkan jentera serangan  disamping teknik permainan laju yang di perkenalkan semula oleh M.Karathu sebagai tangkal azimat walaupun barisan pemain yang mampu mewarisi teknik ini masih diibelenggu kecederaan (Saravanan & M.Nagaraja). Dengan keputusan terbaru Perak melangkah ke tangga ke 2 memintas TNB dengan perbezaan jaringan gol. Untuk melihat Keputusan perlawanan dan kedudukan mata sila scoll ke bawah.


Separuh masa: Perak 5 - JKR Kelantan 0 
Penjaring:
Perak: Mohd Rafdi Abdul Rashid (minit ke-2), Indra Putra Mahayuddin (minit ke-18), Mohd Khalid Jamlus (minit ke-26 dan 35) dan Ahmad Shahrul Azhar (minit ke-29).

Pemain:
JKR KELANTAN: 22-Md Fiqri Jaafar, 2-Rosairil Asrul Mohd Nor, 3-Azaha Aziz, 5-Zahasmi Ismail (14-Talfizan Taufek), 7-Adnan Musa, 8-Mohd Azli Mahmood (18-Nik Mohd Faisal Othman), 9-Zool Ihsan Yunus, 11-Che Hishamuddin Hassan, 15-Azman Ismail, 17-Badrishan Kadir dan 24-Md Khairol Anuar.

PERAK: 23-Azlisaham Ibrahim, 2-A.Victor, 3-Chan Kok Heng, 5-Syamsul Mohd Saad, 7-Ahmad Shahrul Azhar Sofian, 8-Chan Wing Hong, 13-Indra Putra Mahayuddin (4-Faizal Zainal), 17-K.Nantha Kumar, 18-Mohd Rafdi Abd Rashid, 19-Liew Kit Kong (20-Nosyazwan Mohd Nor) dan 25-Mohd Khalid Jamlus.

Pengadil: Awaluddin Hassan.
I

 

Yob mula garang...
Klang 25 Sept 2001

Entah apa yang melanda di Stadium Perak malam ini apabila Perak mula mengamuk dengan jaringan terbesar 6-0 dalam piala Malaysia 2001 keatas Kelantan JKR. Sesuatau keputusan yang pasti memeranjatkan pasukan lain dalam Kumpulan C, tambahan dengan prestasi yang agak malap sebelum ini, Perak adalah pasukan yang sukar diramal oleh banyak pihak. Sebelum itu di Ipoh para pemain ditegur oleh Pengurus ekoran tindakan penyudah yang tumpul serta meminta pemain memikirkan sendiri tanggungjawab mereka dalam pasukan. Gol pertama perak di jaringkan oleh wakil tunggal Perak di Sukan Sea 2001, Indra Putra Mahyuddin manakala Khalid yang sejak akhir akhir ini dikritik oleh penyokong Yob kerana prestasi yang kurang memuaskan telah menjaringkan gol ke 2 Perak seterusnya melakukan hatrik pada malam ini.

Sambil itu kedukan dalam kumpulan C masih tidak berubah, Trengganu terus unggul dengan 9 mata diekori Kelantan TNB dengan 6 mata dan Perak menduduki tangga ke 3 dengan 3 mata dan Kelatan JKR masih belum memperolehi sebarabg mata. Sabtu ini Perak sekali lagi akan bertemu kelantan JKR cuma di stadium yang berlainan, Apa pun penyokong berharap agar pasukan Perak tidak menoleh ke belakang sambil mencari idea bagi menumbangkan kelantan TNB dan Trengganu kerana sebelum ini Perak tewas kepada 2 pasukan ini.

Penjaring: Perak - Indra Putra Mahayuddin (minit ke-12), Mohd Khalid Jamlus (minit ke-29, ke-37 dan ke-67 (penalti)), Liew Kit Kong (minit ke-73), Norizam Ali Hassan (minit ke-80)


PERAK: 23-Azlisham Ibrahim, 2-A.Victor, 3-Chan Kok Heng, 4-Faizal Zainal (19-Liew Kit Kong), 5-Syamsol Saad, 7-Ahmad Shahrul Azhar, 8-Chan Wing Hoong, 13-Indra Putra Mahayuddin (16-P. Gunasekaran), 17-K. Nanthakumar, 18-Mohd Rafdi Rashid (10-Norizam Ali Hassan), 25-Khalid Jamlus

KELANTAN JKR: 23-Mohd Hafiz Md Romi, 2-Rosairil Asrol Md Nor (7-Adnan Musa), 4-Zulkifli Abdullah, 5-Zahasmi Ismail (4-Zulkifli Abdullah), 6-Ahmad Perbuana Ismail, 9-Zool Ihsan Yunus, 11-Cik Hisamuddin Hassan, 14-Talfizan Taufek, 15-Azman Ismail, 17-Badrisan Kadir, 20-Ahmad Faisal Othman (18-Nik Mohd Faisal Ismail), 24-Md Khairul Anuar Ramli Pengadil: Zulkarnain Yaakob (KL)



Indra ketika bersama skuad kebangsaan dalam Pestabola merdeka

Sentuhan penyudah khalid perlu diasah lagi....

Liew Kit Kong, Jaringanya pada minit ke 7



Harapan semakin tipis ...
Klang 24 Sept 2001

Kunjungan ke Terengganu gagal menghasilkan khabar gembira buat penyokong Yob. Dengan kekalahan 2-1 meletakan Perak jauh ketinggalan dengan pendahulu kumpulan Terengganu dan Kelantan TNB dengan perbezaan 6 mata. Agak menghairankan kerana gol Perak dijaringkan oleh pemain yang dipinjamkan dari Negeri Kedah. Berbekalkan pemenang kasut emas 2001 Perak masih gagal menyudahkan peluang yang ada pada setiap perlawanan. Semoga rentak yang dicari akan menjelma dalam perlawanan seterusnya. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Perak adalah pasukan yang paling banyak membuat kejutan di saat akhir. Esok Perak akan bertemu satu lagi wakil che Siti Wan kembang di Ipoh. Semoga berita gembira menanti peminat Yob....




Perak tumpas di tangan kelab di tempat sendiri ...
Klang 18Sept 2001

Cuti panjang sempena sukan SEA yang baru habis semalam bukanlah cuti bagi pemain Perak yang sebenar, Selain perlawanan menguji pemain baru bersama Kelab TKN pada 31 Ogos 2001 dan perlawanan persahabatan dengan Kuala Lumpur para pemain telah dibawa berlatih jauh ke Grik. Dengan kehadiran 2 pemain yang di pinjam dari pasukan Kedah bagi meguatkan jentera serangan, Perak gagal menuai hasil apabila tumpas kepada pasukan Kelab Kelantan TNB 1-2. Rafdi Rashid pemain yang di pinjam dari Kedah berjaya menjaringkan gol sulong dalam perlawanan tersebut. Kehadiran penasihat teknikal yang juga bekas jurulatih Perak M.Karathu bagi membantu Zakari juga gagal mencari kemenagan sulong di tempat sendiri. Banyak yang perlu di perbaiki bagi episod seterusnya di mana Perak akan ke Trengganu pada Sabtu ini dan Terengganu telah menang dalam perlawanan sulong mereka menumpaskan Kelantan JKR di tempat lawan dengan kedudukan 2-0. Apa pun tumpas kepada pasukan kelab di tempat sendiri menimbulkan persoalan kepada peminat apa yang berlaku dalam skuad bolasepak Perak. Hanya pemain dan pengurusan yang tahu jawapanya. Namun sikap mudah melatah dengan menunding jari kearah lain haruslah dielakan bagi sesuatu pasukan terutamana bolasepak. Semoga ianya hanya "buang burok" dalam skuad Perak sebagai permulaan Piala Malysia kerana Perak pernah menumpaskan Kelantan di Kota Bharu abang kepada pasukan Kelab Kelantan TNB. Semoga Yob dapat mengejor.




Perlawanan persahabatan Perak & TKN ketika menguji pemain baru bagi episod Piala  M'sia 2001

Jadual Piala Malaysia dirombak
Klang 18 Sept 2001

Dengan kehadiran 3 pasukan dari Negeri Kelantan, perlawanan yang melibatkan mereka telah dirombak bagi menyesuaikan dengan kegunaan Stadium. Perak yang berada bersama 2 wakil mereka tidak terkecuali dari perubahan tersebut. Bagi perlwanan pada 6/10/2001 antara TNB kelantan dan Perak telah dipercepatkan sehari , iaitu pada 5/10/2001. Namum perlawana Perak yang lain masih mengikut jadual asal.

Perlawanan 14/8/2001
KLANG [14/8/2001].

keputusan di Ipoh malam ini masih belum merubah kedudukan Perak di tempat ke 8 dengan 4 perlawanan berkesudahan dengan seri. Disamping Harimau kumbang yang menjadi mangsa amukan Tok Gajah seterusnya memaksa keputusan juara liga akan diketahui pada perlawanan terakhir. Pada Hari Sabtu ini 18/8/2001 Perak akan ke Larkin bagi menghabiskan sisa perlawanan Premier 1 musim 2001, Johor yang telah menempah tiket Primier 2 musim hadapan bukanlah halangan besar bagi Perak untuk mencapai kemenangan, namun prestasi yang tak menentu Perak, sukar bagi peminat untuk membuat keputusan lebih awal apakah Perak juga akan mengiringi Johor ke persada Primier 2 ( Satu keputusan yang amat berat untuk diterima oleh penyokong Perak) Keputusan yang amat penting bagi Penyokong Yob walau pun tiada Piala yang di pertandingkan. Di atas kertas kemenangan bukanlah sukar untuk dicapai dan semoga ia menjadi kenyataan.

Keputusan Perlawanan
Perak vs K.Lumpur[1-1]
Kelantan lawan Selangor [0-0]
Terengganu vs Sarawak [1-1]
Pahang vs Penang [2-1]
Melaka vs N.9 [1-1]
Johor vs Perlis [1-4]

Laporan: yob4ever

TOK GAJAH MENGAMUK
KLANG [12/8/2001].

TAK TERKEJO YOB..Salah satu slogan minyak pelincir yang terkenal di Malaysia dan agak sesuai dengan apa yang berlaku di Stadium Perak pada malam tadi. Dalam jumlah perlawanan hanya berbaki 3, apakah Perak pasukan yang selalu lambat panas mampu meletakan nama dalam senarai pasukan yang layak ke Piala Malaysia 2001. Dengan kedudukan sekarang ditangga ke 8 bukanlah susah untuk Sarawak, Melaka dan Kuala Lumpur memintas. Sekira ini berlaku maka satu lagi sejarah akan tercatat dalam muzium bola sepak perak kerana kali pertama GAGAL ke Piala Malaysia, tetapi bukan itu yang KAMI risaukan tetapi jatuh ke primier 2 amat ditakuti, Mengambil sejarah Kedah yang suatu ketika dulu termasuk dalam pasukan yang digeruni kini berkhemah dan Primier 2,  akibatnya dalam stadium lebih banyak kerusi dari penonton. Masih belum terlambat untuk berusaha jika pemain dan PAFA tidak mengambil sikap sambil lewa bagi memperbaiki keadaan.

Petikan Berita Minggu 12/8/2001
Di Stadium Perak, pasukan tuan rumah hambar dengan aksi layu sebelum tewas kepada Pahang dengan 1-3.
Bagi Pahang, kunjungan ini amat bermakna sekali apabila merakamkan kemenangan sulung di gelanggang lawan dan jaringan minit ke-3 oleh Jalaluddin Jaafar adalah petanda awal akan habuan mereka itu.
Apapun, tiga minit sebelum babak pertama tamat, Perak berjaya menyamakan kedudukan menerusi Norizam Ali Hassan apabila bersahaja menolak masuk hantaran rakannya dari tengah.
Pahang kembali mendahului minit ke-55 apabila Ahmad Shahruddin Rosdi yang tidak dikawal itu mengutip bola dari Jalaluddin sebelum merembat masuk menewaskan penjaga gol, Azlisham Ibrahim.
Azizul Kamaluddin menambah derita Perak pada minit ke-63 apabila dia menewaskan pemain pertahanan, K Nantakumar sebelum bersahaja memperdayakan Azlisham buat kali kedua dengan bola menerjah ke penjuru kanan sekali lagi.

Keputusan Perlawanan 11/8/2001
Perak lawan Pahang [1-3]
Terengganu vs Johor [2-0]
Selangor vs Sarawak [0-0]
Kelantan vs P. Pinang [0-2]
N9 vs Perlis [1-2]
Melaka vs K.L [1-1]

Laporan: yob4ever

YOB LEBÓR DI BATU KAWAN.
KLANG [7/8/2001]

Gandingan Khalid Jamlus & Saravanan tak menjadi, malahan gelaran penyerang terbaik masa kini juga gagal di pamerkan. Dengan penguasaan lebih 60%, Skuad Harimau Kumbang melenyapkan kegembiraan Skuad Seladang dalam 2 perlawanan sebelum ini di tempat lawan. Malahan perebutan kasut emas Khalid Jamlus juga makin tercabar dengan saingan terdekat Rusdi Suparman dari Selangor.

Sememangnya agak sukar bagi Perak untuk memenagi perlawanan ini memandangkan graf  Pulau pinang yang sedang meningkat. Dengan kekalahan ini, maka Perak terkeluar dalam senarai pasukan untuk merebut Juara Liga musim 2001, satu lagi kejuaraan yang belum pernah di miliki oleh Perak sebelum ini.


Dengan kedudukan ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama, Perak cuba bangkit pada separuh masa kedua dengan memasukkan Azrul Amri Borhan  namun peluang terbaik yang diperolehi melalui Ahmad Shahrul Azhar gagal disudahkan walau pun berhadapan satu sama satu dengan penjaga gol Pulau pinang. 

Semoga dalam baki 4 perlawanan (3 di Ipoh & 1 di Johor) akan datang Perak dapat mempamerkan persembahan terbaik sebagai persediaan dalam Piala Malaysia 2001 (kalau layak le) disamping memperbaiki rekod kedudukan dalam senarai liga Primier 1 musim ini. Kedukan Perak dalam senarai liga juga berubah turun ke tangga ke 6 di belakang N.9 dengan perbezaan 1 mata.
Keputusan penuh: Pulau Pinang [3] Perak [0]... 

Lain-lain keputusan:
Pahang [0] vs Trengganu [0]
Perlis [4] vs Kelantan [0]
Sarawak [0] vs N9 [4]
Johor [0] vs Melaka [2]
K.L [1] vs Selangor [1]

Laporan: yob4ever