Make your own free website on Tripod.com

Bonus untuk anda..... Wall paper Perak 2002
8 Feb 2002

Gambar sebelum perlawanan Perak Terenganu di Ipoh pada 2 Feb 2002. Gambar di ambil oleh Saudara Ahmad Razmi Kamaruddin yang juga merupakan Salah seorang AJK kelab Peminat. Beliau beliau juga antara mereka yang sering menghantar berita dari Ipoh untuk tatapan anda dilaman Web ini. Juga Terima kasih saya kepada kepada Saudara Asrul Zamani Azizul Rahman sorang pelajar universit di Australia yang kini sedang bercuti juga sering menghantar berita ke Laman Web ini. Saya mengalu-alukan sebarang berita dari anda samada berita pasukan utama atau pasukan Kelab. Tak ketingggalan untuk rakan setugas saudara Azhar dari www.kelate.xs3.com yang turut membantu dalam menyiapkan wall paper ini. Sila klik 1 untuk saiz 800x600 dan klik 2 untuk saiz 1024 x 768.

Berita Kelab Peminat.
1 Feb 2002

Kelab akan keluarkan Buletin Bulanan (Majalah Bola Perak) , keluaran pertama akan muncul dipetengahan bulan Feb dan kandunganya adalah 100 % berita bola , profail pemain , Poster perak, Sejarah & banyak lagi harga belum ditetap kan lagi .
Laporan: Radzmie-Ipoh

 Majlis Hari Raya Kelab Peminat Bola Sepak Perak D.R.

Majlis tersebut yang dijadualkan pada 5/1/2001 ditunda ke 12/1/2001. Bagaimana pun masa dan tempat masih tidak berubah. Pihak Kelab memohon maaf diatas penundaan tarikh tersebut kerana berlawanan dengan akitiviti yang lain. Semua pemain turut serta menyertai majlis tersebut.