Kelab peminat Cawangan Lembah Klang  dilancarkan.
14 Jan 2002

Pemain dan jurulatih import tiba di Ipoh.
21 Jan 2002

Kelab Peminat Bola Sepak Perak D.R telah mengembangkan sayapnya ke Lembah Klang. Kelab ini yang asalnya ditubuhkan lebih kurang 2 bulan lalu berpusat di Taman Dato' Harun, Petaling Jaya telah diterima menjadi cawangan Kelab Induk yang sedia ada yang perpusat di Ipoh. Penerima cawangan kelab terbaru ini telah dibuat dalam majlis Jamuan Aidil Fitri Kelab Peminat di Ipoh pada hari Sabtu (12/1/2001).Alamat adalah seperti berikut: NO.102 BLOCK 2 ,FLATS TAMAN DATO HARUN, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR.

Pemain import pasukan Perak dari China tiba semalam(Ahad) di Ipoh bersama calon jurulatih Perak dari Brazil yang dikenali sebagai Netto....mereka akan diuji dalam perlawanan persahabatan menentang Kedah di Stadium Darul Aman malam ini...penyokong perak di kedah dan perlis bolehlah ke Stadium Darulaman untuk memberi sokongan kepada pasukan perak.
Laporan:ASRUL ZAMANI AZIZUL RAHMAN <asrul_bit@hotmail.com> Ipoh.

Fu Ling tiba di Ipoh Ahad ini.
Klang 10 Jan 2002

Berita terkini dari Ipoh
13 Jan 2002

Fu Ling pemain import dari China tidak dapat datang bersama pemain yang lain berikutan masalah visa yang tidak sempat di siapkan. Pemain tersebut dijangkan tiba di Ipoh Ahad ini. Dalam pada itu perlawan persahabatan dengan Selangor yang dijadualkan pada Ahad ini juga dibatalkan berikutan pasukan tersebut yang masih lagi berada di Australia. PAFA akan mengatur perlawan persahabatan dengan pasukan lain bagi menguji pemain import dari China ini, dijangkakan perlawanan tersebut akan diadakan pada hari Isnin.
 

Pemain import Perak dari China tidak dapat hadir ke Perak pada hari Ahad(13/1/2002) kerana masalah visa dan biokrasi dari kerajaan China. Pemain ini dijangkakan tiba di Ipoh pada hari Khamis(17/1/2002). Menurut percakapan salah seorang pemain pasukan Perak,pemain itu bertubuh kecil seperti bekas pemain Perak zaman Azizul Abu Hanafiah dulu iaitu Mohd Zaidi Napiah. Menurut sumber dari Persatuan Bolasepak Perak,pasukan Liga M Perak akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kedah pada hari Selasa(15/1/2002) di Kuala Kangsar dan tempat perlawanan belum diketahui lagi. Pada hari Jumaat(18/1/2002),pasukan Liga M Perak akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga M Kuala Lumpur di Stadium Perak pada sebelah malam.
Laporan dari:ASRUL ZAMANI AZIZUL RAHMAN <asrul_bit@hotmail.com> Ipoh.

Ingin menjadi ahli "Kelab Peminat Bola Sepak Perak D.R."?

Bagi anda yang ingin menjadi ahli kelab Peminat Sila dapatkan borang dengan mendownload dari alamat ini https://kejoryobkejor.tripod.com/kelab_peminat.xls (MS Excel - 18kb). Bagi pendaftaran bayaran adalah sebanyak RM 5.00 dan yuran tahunan adalah RM 12.00. Jumlah kesuluruhan adalah RM 17.00. Sertakan juga 2 keping gambar bersaiz lesen memandu dan salinan Photostat kad pengenalan. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diterima. No pendaftaran kelab adalah 4196/96 Pk.

Borang boleh dihantar melalui pos bersama Wang Pos ke :-
Kelab Peminat Bola Sepak Perak
120 , Tingkat Zarib 3 , Taman Pinji Mewah ,
31300 Lahat, Perak Darul Ridzuan.

Manakala borang juga boleh dihantar terus kepada :-
Khalid  ( 012-5217644)
di Kedai # 64 Pusat Makanan Gerai
Stadium Perak . Masa : 9pg - 11pg & 4ptg - 7mlm

Pada Tahun ini Kelab menyediakan kelebihan menjadi ahli seperti berikut :-
1 ) Sticker kereta @ Motor percuma
2 ) Tiket Kelab peminat boleh dibeli untuk setiap perlawanan bernilai RM6 (harga biasa RM8) Maksima 3 keping.
3 ) Menyertai Rombongan ke perlawanan luar dengan harga tambang "AHLI" ,contoh tahun 2001 ke Perlis RM12 untuk Ahli & bukan Ahli RM20.
4 ) Pelbagai barangan "SOUVENIR" menanti untuk dijual dengan harga murah untuk ahli kelab (Beza 20% - 50% untuk ahli & bukan Ahli).
 

 Majlis Hari Raya Kelab Peminat Bola Sepak Perak D.R.

Skuad Perak Ke China

Majlis tersebut yang dijadualkan pada 5/1/2001 ditunda ke 12/1/2001. Bagaimana pun masa dan tempat masih tidak berubah. Pihak Kelab memohon maaf diatas penundaan tarikh tersebut kerana berlawanan dengan akitiviti yang lain. Semua pemain turut serta menyertai majlis tersebut.
 

Skuad 2002 Perak terbang ke China sambil mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan Kelab Div. 1 di China. Disamping menguji barisan skuad 2002 yang sebelum ini menewaskan Selangor 2-1 dalam perlawanan persahabatan, PAFA juga dikatakan cuba mencari pemain import dari sana bagi memantapkan lagi bahagian midfield yang sedia ada. Walaupun 2 pemain import yang datang ujian baru baru ini, hanya pemain dari Croat yang dikatakan mampu mendapat tempat, bagaimana pun seorang lagi pemain dari Uzbek dikatakan gagal mendapat tempat dalam senarai pemain import. Mereka akan pulang pada hari Rabu ini (8 Jan). Seorang pemain dari China yang telah dikenal pasti akan dipanggil untuk menjalani ujian samaada dapat menyesuaikan diri dengan cuaca disini.

Perak 2002

Persediaan skuad 2002 "kejor yob kejor" semakin kepenghujung, selepas 20 pemain yang sudah menandatangani kontrak musim ini kini hanya baki kouta 4 pemain yang belum diisi. Perak yang sebelum ini melepaskan 7 pemain musim 2001 lebih awal supaya mereka dapat mencari majikan baru tanpa perlu menuggu hingga tempoh tamat kontrak, agak memeranjatkan para penyokong kerana beberapa pemain tersebut tidak dijangkan akan dilepaskan oleh PAFA,. Jika difikirkan secara positif perkara ini sebenarnya mengutungkan juga para pemain tersebut yang juga kerap membarisi bangku simpanan. Malahan khabar yang didengar dari utara, Liew Kit kong kini diletakan dibarisan utama bersama Rafdi Rashid bagi membantu skuad Kedah musim 2002.

Dalam pada itu Perak dikejutkan dengan penghijrahan Azrul serta Azlisham, tindakan mereka bencari majikan baru tanpa mendapat pelepasan dari PAFA sebelum itu nyaris membawa padah apabila tiada tindakan yang berat diambil oleh PAFA terhadap mereka. Dalam mengarungi liga Profesional Malaysia, masih terdapat pemain yang tidak memahami kandungan kontrak yang mereka tanda tangani sebelum ini. Semoga perkara yang sekecil ini tidak akan berulang dimasa hadapan kelak. Yang boleh menjejaskan persiapan sesuatu pasukan. Dalam kesibukan PAFA mencari pemain membuatkan Penasihat Teknikal 2001 Perak M.Karathu pula yang sebelum ini masih belum mendapat  kata putus dari PAFA mencari majikan baru di Singapura. Hingga ke hari ini masih belum ada jurulatih untuk Perak, walaupun ada ura-ura Wan Jamak akan dipanggil, tetapi sebenarnya beliau harus mendapat pelepasan majikan beliau dahulu sebelum menandatangani konrak bersama Perak.
 

Senarai pemain yang digugurkan:

1 - Liew Kit Kong    ---> Kedah

2 - Harizul Izuan    ---> Kelantan TNB

3 - Zamri Mat Aris ---> Kelantan TNB

4 - Raja Azlan Soib -->Jurulatih remaja

5 - P. Gunasekaran

6 - Shamsul Akamar Japperi

 

Pemain yang keluar:

1 - Azrul Amri ---> Kelantan TNB

2 - Azlisham    ---> Selangor

Pemain Import:
1.Jasko Farac (LULUS)- Croatia
Umur: 30 tahun
2.Noman Hassanov - Uzbekistan
3. Gao Fu Ling - China
Umur: 28 tahun
Rekod: 1995-Skuad Kebangsaan China

Senarai pemain  2002:
1.  Chan Wing Hoong
2
Norizam b. Ali Hassan
3
K.Rajini
4.  Ahmad Shahrul Azhar b. Sofian
5. Chan Kok Heng
6. Tay Sin Kiat
7. V Saravanan
8. Mohd Khalid Jamlus
9.
Syamsul b. Mohd Saad
10. Faizal b. Zainal
11. Nantha Kumar a/l Kalliapan
12. Abu Bakar b. Fadzim
13. Nor Syazwan B. Mohd Nor
14. Indra Putra b. Mahayuddin
15. Rushanizam b. Mohd Idrus
16. Azizon Kadir
17. Mohd Hamsani b Ahmad
18. T. Prasad
19. Shahrul Nizam Mustafa
20. Roshaidi b Wahab
21. M. Nagaraja

Electronic Wallchart For World Cup 2002 sila download di http://kejoryobkejor/world_cup_2002.xls