Kedudukan terakhir Perak VS Penang (1-0)
18 Feb 2002

Keputusan kekal hingga waktu penamat, Ahmad Shahrul yang tidak diturunkan akibat demam sejak semalam jelas menampakan kepincangan dalam pasukan Perak mengharungi perlawanan ini. Dengan keputusan Singa utara yang diberitakan seri dengan Pahang telah mengubah kedudukan Perak teratas ditahta Liga perdana 1. Lain-lain Keputusan :
Negeri 9 (0) vs Terengganu (1)
selangor (1) vs Sarawak (0)
Pahang (1) vs Perlis (1)
Johor fc (2) vs KL (1)
NS cempaka (1) vs Melaka (2)
Sabah (1) vs Kelantan (0)

Pada 26/2/2002 Perak akan ke Sarawak untuk perlawanan seterusnya. Sementara itu esok pemian import dari Brazil akan meneruskan ujian kelayakan sebelum keputusan diambil oleh PAFA samada layak atau tidak untuk bersama Perak bagi musim 2002.
Laporan : Yob 4ever via Radzmie (Stadium Perak)

 

Kedudukan terkini Jam 10.30 pm Perak VS Penang (1-0)
18 Feb 2002

Separuh  masa pertama 0-0. Ahmad Shahrul tidak diturunkan. Permainan dikuasai oleh pelawat. Separuh masa kedua Norizam yang baru dibawa masuk mengantikan Saravanan berjaya menjaringkan gol pada jam 10.25 pm (waktu sebenar belum dipastikan) . Hamsani bemain cemerlang  mengengkang serangan Pulau Pinang.
Laporan : yob4ever via Radzmie (Stadium Perak)

Garang... Seladang semakin garang.
18 Feb 2002

Garang , Seladang semakin garang mungkin itulah yang pasukan lain fikirkan di minda mereka setelah melihat sendiri aksi Perak menumpaskan pasukan Melaka di stadium Hang Tuah Sabtu yang lalu. Aksi menarik hantaran pendek & kelincahan pasukan serangan & tengah Perak semakin ghairah dan cukup mengerunkan pertahanan pasukan lawan. Khalid yang turun dengan kaki yang masih dalam kesakitan mampu menjaringkan 2 gol untuk membantu Perak membenam Melaka 3-0 , Saravanan turut meletakkan dirinya sebagai penjaring setelah menyumbat gol ke-3 Perak .

    Pasukan Melak yang turun dengan semangat yang jitu untuk mengutip 3 mata di Stadium Hang Tuah agak goyah pada keseluruhan perlawanan, namun ketidak tepatan barisan penyerang serta ketangkasan Hamsani dapat menafikan beberapa serangan pasukan Melaka yang berputih mata akhirnya. Walaupun jika dilihat Perak tidak bermain seperti mana mereka bermain ketika menumpaskan Selangor minggu sudah tidak menunggu lama untuk membuka jaringan. Pada minit ke 10 Khalid Jamlus , idola ribuan peminat Perak membuat satu tendang mudah tetapi penuh skil setelah Rushanizam atau lebih dikenali "Botak" membuat larian di bahagian tepi kiri Melaka untuk menerima hantaran 1-2 Kapten Shahrul Azhar lalu melorongkan pada Khalid. setalah itu penyerang Perak ketumpulan idea dan ketidak tepatan tendangan terutamanya Saranavan & Indra Putra menyaksikan Melaka mencuri tumpuan dengan beberapa serangan menarik namun ketangkasan Hamsani serta kombinasi pertahanan Shamsol , Josko , Chan Kok Heng & Rushanizam dapat mengekang serangan tersebut.  

    Corak serangan sekali sekala Perak berhasil apabila pada minit terakhir separuh masa pertama Khalid sekali lagi menjadi Hero setelah menyudahkan corak hantaran " 1 touch " yang bermula dari Nagaraja seterusnya , Chan , Shahrul & Khalid , membuat tendangan mudah untuk menewaskan penjaga gol Melaka , Zainal Rabin yang menjadikan 2-0.

    Separuh masa kedua , permainan agak lembab dan serangan yang tidak menjadi dari kedua-dua pasukan menjadikan penyokong terumanya penyokong Tuan rumah Melaka menjadi bosan dan memarahi pemain meraka namun dalam pada itu V Saravanan menceriakan hampir 200 peminat setia dimana 100 daripada mereka datang dari Ipoh menaiki bas Kelab peminat setelah menjaringkan gol Ke -3 hasil hantaran Indra pada minit ke-76. Norizam yang dimasukkan bagi mengantikan Khalid Jamlus telah menerima bola dan menampannya memudahkan V Saravanan melepaskan rembatan betul betul dihadapan penjaga gol Melaka, untuk gol peribadinya yang pertama dalam liga .

    Dengan keputusan 3-0 Perak kini menduduki tangga kedua dengan perbezaan gol , juga yang mengembirakan adalah Khalid kini berada ditempat pertama sebagai penjaring terbanyak iaitu dengan 4 gol bersama pemain impot perlis Alberto De Souza.

     Pada malam itu juga peminat pasukan Perak diceriakan lagi dengan kehadiran bekas jurulatih Perak Karl Weigang & juga bekas penyerang impot Perak yang mana pernah menjadi penjaring terbanyak pasda musim 1998 , Lazlo Repasi. Difahamkan Repasi kini menjadi ejen pemain impot profesional dan beliau ada berbincang dengan Dato Jamal untuk menawarkan pemain berkaliber dari Hungary untuk membantu Perak musim ini. Apakah nasib pemain dari Brazil yang meletakkan hampir RM200,000 sebagai wang perpindahan Robson ??. Sama samalah kita nantikan ,

 Walau apa jua keputusan pihak Pafa, Peminat tetap berada dibelakang pasukan untuk memberi semangat yang penuh demi kejayaan pasukan.
Penyu pulang dengan tangisan,
Red Giant tersembab dilaman sendiri;
Hasrat Sang Kancil tidak kesampaian,

Pasti kedatangan Harimau ,Seladang menanti.

Laporan & photo: Radzmie <anemei@tm.net.my> AJK Kelab peminat

Gambar sekitar perlawanan Melaka-Perak
18 Feb 2002


Pemain sedang memanaskan badan.


M. Nagaraja


Salah satu percubaan dari Saravanan


Percubaan dari pemain pertahan, Syamsul Saad


Saravan selepas gol sulung unkuk musim 2002


Norizam mengantikan Khalid


Khalid yang cuba megelecek pemain Melaka


Khalid lagi


....dan hasilnya gol untuk Perak.


Menerima tahniah dari rakan


"Botak"(Rushanizam) turut membantu bahagian serangan


Kepuasan di wajah pemain


Weigang kini bersama Johor


Fan Melaka yang kecewa


Repasi kini kembali sebagai ejen pemain Profesional


Kelab Peminat yang datang dari Ipoh dan Lembah Klang


Peminat Perak dari Melaka


Kaum Hawa turut sama memberi sokongan


Ahli Kelab bergambar semasa singgah di Port Dickson


antara yang ditemui... Pak Latiff Ibrahim

Perak TKN berjaya melahir pemain berkaliber
18 Feb 2002

Ketika menyaksikan perlawan persahabatan Perak State dan Perak TKN pada 31 Ogos 2001 tahun lalu, hanya beliau seoang sahaja pemain kelab tersebut yang masih saya ingati hingga hari. Ini kerana aksinya yang berani dan agresif, telah dihadiahkan Kad merah bersama pemain ujian Perak dalam perlawanan tersebut. Walupun diturunkan dalam masa yang singkat cara permainan beliau yang rajin mengahalang setiap serangan dari lawan menarik perhatian saya.

Namun ketika menyaksikan ulasan perlawanan di TV 1 malam semalam, saya terkejut kerana wajah tersebut muncul kembali, tapi kini bersama Pasukan Kuala Lumpur. Beliau yang beraksi diposisi yang sama memakai jersi No. 3. "Lai" nama panggilan rakan-rakan dahulu adalah antara pemain yang pernah beraksi dengan Perak TKN musim lepas dan kini membawa haluan berbeza ke persada yang lebih mencabar bersama Pasukan Kuala Lumpur. Semoga beliau terus berjaya bersama Kuala Lumpur. Pada 5/3/2002 Lai bersama pasukan Kuala Lumpur akan kembali Ke Ipoh untuk bertemu dengan Kelab lama beliau Perak TKN untuk perlawanan ke 2 Piala FA.

Pemain import kedua masih dalam pencarian..
18 Feb 2002

Pemain import kedua Pasukan Liga M Perak masih belum ditentukan lagi kerana pada hari Isnin(18/2/2002) adalah hari pertama pemain dari Brazil, Robson berlatih bersama Pasukan Liga M Perak. Pemain itu masih belum dapat memuaskan hati pengurus pasukan Perak, Datuk Jamal Nasir untuk menurunkan dan mengambilnya menjadi pemain import kedua. Menurut Datuk Jamal lagi Robson akan dicuba lagi seminggu untuk melihat aksi Profesionalnya dan kemungkinan dia tidak diturunkan menentang Pulau Pinang di Stadium Perak hari Selasa(19/2/2002) ini. Beliau mungkin diturunkan pada perlawanan dengan Sarawak di Kuching selepas Hari Raya Haji nanti atau kita boleh lupakan dia dan menguji pemain import lain. Ini terpulang pada pihak pengurusan menentukannya....Samba Perak…
Laporan: ASRUL ZAMANI AZIZUL RAHMAN <asrul_bit@hotmail.com> Ipoh

Perak di tangga ke 2
17 Feb 2002

Perak melonjak ke tangga kedua selepas menumpaskan Melaka 3-0 di Stadium Hang Tuah. Khalid Jamlus terus menepati sasaran apabila menyumbangkan dua gol untuk Perak pada minit ke-11 dan 45 sebelum V. Saravanan menambah pada minit ke-77.

Senarai AJK Kelab Peminat Bola Sepak Perak
12 Feb 2002

Klik disini Sila hubungi mereka yang berkaitan sekiranya ada apa-apa pertanyaan atau maklum balas.

Perlawanan Perak dan Melaka  bertukar tempat
10 Feb 2002

Perlawanan Liga Perdana Satu antara Perak dan Melaka yang dijadualkan di Ipoh Sabtu ini akan bertukar tempat ke Melaka. Pertukaran itu dibuat bagi menghormati majlis perayaan rumah terbuka Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan yang diadakan di sini pada hari yang sama. Berikutan itu perlawanan kedua Melaka dan Perak pada 11 Mei ini akan diadakan di Stadium Perak.

 

Note: Kalau tak ada aral melintang, pemain import kedua Perak, Robson akan diturunkan pada perlawanan itu. Kita saksikan kelibatnya nanti dan berdoa agar semua yang dirancang oleh pihak Pengurusan berjalan dengan lancar tanpa apa-apa gangguan dari luar. Kepada penyokong pasukan Perak di Melaka, kita serbu Stadium Hang Tuah ramai-ramai. Samba Perak.......
Laporan : ASRUL ZAMANI AZIZUL RAHMAN <asrul_bit@hotmail.com>
 

Bagi anda yang ingin rombongan ke Melaka sila hubungi AJK Kelab Peminat untuk tempahan tempat. Bagi warga Kuala Lumpur & Selangor yang ingin menjadi ahli kelab peminat boleh berhubung dengan AJK Kelab Cawangan KL/Selangor, jika ada sambutan kita juga akan menganjurkan rombongan Ke Melaka sabtu ini. Klik pada Kelab Peminat untuk contact number. Jangan lepaskan peluang menjadi ahli Kelab. Berita terbaru yang diterima ahli kelab akan mendapat diskaun 20% untuk product dari penaja 2002-Diadora, jangan cari harga tu kat kedai biasa memang tak dapat. Tunggu kami akan paparkan gambar product apabila ia dilancarkan.

Badi Red Giant dengan Seladang berulang lagi ....
10 Feb 2002

Status pendahulu liga pada 2 perlawanan sebelum ini dan juara Piala Sumbangsih bukanlah satu petanda gergasi merah akan terus membenamkan lawan yang dihadapi. Sebaliknya berdepan dengan Seladang yang dianggap badi bagi mereka sejak 3 tahun lalu ternyata masih liat untuk ditumpaskan malah gergasi pula tersungkur di gelangang sendiri. Peminat Perak yang datang bersama 2 bas dari Ipoh disamping warga Perak di KL & Selangor jelas pulang dengan perasaan gembira.
 

Perak yang yang turun dengan jersi serba putih, nyaris dikejutkan dengan gol pada minit awal permainan tetapi hanya tiang gol menjadi penyelamat. Aksi perlawan separuh pertama agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling serang menyerang. Cuma corak permainan yang agak keras tidak menaruh simpati kepada Pengadil Ahmad Khalidi dari Kedah untuk melayangkan 2 kad kuning untuk Perak dan 5 untuk Selangor dan bonus tambahan 1 kad merah untuk Fareed Shah dari Selangor kerana mengasari Rushanizam dari arah belakang. Perak mendapat gol pertama pada minit ke 41 melalui sepakan penalti apabila Saravanan dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Mohd Amri. Khalid tidak mengahadapi masalah untuk menyelesaikan tugasnya.
 

Separuh masa kedua permainan Perak lebih menyerlah dengan beberapa percubaan kearah pintu gol Selangor. Beberapa peluang yang didapati oleh Indra dan Saravanan tidak cukup kencang untuk menewaskan Azmin. Perak telah memasukkan Faizal Zainal mengantikan Nathakumar serta Norizam bagi mengantikan Khalid. Pada minit ke 79 akibat kekeliruan antara pertahan Selangor dan penjaga gol memberi peluang kepada Norizam untuk memintas dan menjaringkan gol ke 2 Perak. Keputusan kekal hingga minit akhir Seladang menanduk gergasi 2-0.

Separuh masa: Selangor 0 Perak 1.
Penjaring: Perak: Mohd Khalid Jamlus (minit ke-41, penalti), Norizam Ali Hassan (minit ke-79)
Selangor: 21-Azmin Azram Aziz (kapten), 3-Shamsul Amri Abu Bakar, 5-Mohd Nizam Jamil, 6-M.Karunakaran, 12-Muhd Shukor Adan, 13-S.Sivaram, 15-Tengku Hazman Raja Hassan, 16-Mohd Aiman Wong Abdullah, 17-Mohd Amri Yahyah, 19-Azman Adnan (9-Rusdi Suparman), 20-Mohd Nizaruddin Yusof (14-Mohd Fareed Shah Hassan).
Perak: 23-Mohd Hamsani Ahmad, 3-Chan Kok Heng, 5-Syamsul Saad, 7-Ahmad Sharul Azhar(kapten), 9-M.Nagaraja, 13-Indra Putra Mahayuddin, 14-Rushanizam Mohd Idrus, 17-K.Nantha Kumar (4-Faizal Zainal), 19-Josko Farac, 21-V.Saravanan, 25-Mohd Khalid Jamlus (10-Norizam Ali Hassan).
Pengadil: Ahmad Khalidi Supian (Kedah).

Kad kuning 1st half - Selangor 4 (Amri Yahyah,Shukur Adan,Nizam & ?)
Kad kuning 2nd half - Perak 2 (Ahmad Shahrul & ?) Selangor 1 (Nizaruddin)
Kad merah 2nd half - Selangor (Fareed Shah)
As for Perak, perjalanan masih jauh. Tapi berdasarkan performance di stadium tadi, they're definitely the team to watch this season... Tu belum introduce Mat Brazil lagi! Kejor Yob Kejorrrrrrrrrrrrrrrrrrr... (V6 Silver from MSO forum)


Hamsani.. masih kebal di Shah Alam


Josko & Shamsul mengemudi benteng pertahanan


... antara serangan dari Selangor


yang memaksa Hamsani berkerja keras


Indra... tendanganya tidak dapat menewaskan Azmin


Shahrul menerima arahan dari Hamsani


Benteng yang diperkuatkan...


dan lagi....dan lagi...dan lagi


Kutipan kad kuning silih berganti


tetap bersama mu ... peminat Perak


Josko ... masih menati rakan import kedua


Serangan dari Selangor


Zek tidak berpuas hati apabila anak buahnya dikasari


St. John keluar masuk padang.. kesian dia orang


Semangat kesukanan...Saravanan yang dijatuhkan


Senarai pemain utama


Nampak ke... layan je le


Camera cikai, player speed hanya bayang yang nampak


pengadil berjaya mengawal perlawanan dengan baik...


tapi kad merah dapat kat baju merah

Laporan & photo : yob4ever.... kantoiii, aku tertinggal bateri kat rumah... hanya 1/2 game je boleh ambik gambar.... pulak tu bawak pen tak berdakwat... badi betul stadium nie.

Bonus untuk anda..... Wall paper Perak 2002
8 Feb 2002

Gambar sebelum perlawanan Perak Terenganu di Ipoh pada 2 Feb 2002. Gambar di ambil oleh Saudara Ahmad Razmi Kamaruddin yang juga merupakan Salah seorang AJK kelab Peminat. Beliau beliau juga antara mereka yang sering menghantar berita dari Ipoh untuk tatapan anda dilaman Web ini. Juga Terima kasih saya kepada kepada Saudara Asrul Zamani Azizul Rahman sorang pelajar universit di Australia yang kini sedang bercuti juga sering menghantar berita ke Laman Web ini. Saya mengalu-alukan sebarang berita dari anda samada berita pasukan utama atau pasukan Kelab. Tak ketingggalan untuk rakan setugas saudara Azhar dari www.kelate.xs3.com yang turut membantu dalam menyiapkan wall paper ini. Sila klik 1 untuk saiz 800x600 dan klik 2 untuk saiz 1024 x 768.

Lagi berita pemain import terbaru....
8 Feb 2002

Pengurusan pasukan Perak telah menguji pemain import dari Brazil dalam perlawanan persahabatan Liga M Perak dengan Liga Simpanan Perak (Piala Prisiden). Pemain itu baru sampai tengahari tadi di Ipoh dan tak sampai 6 jam berehat dan terus diturunkan untuk diuji. Pemain ini berpotensi besar untuk diserapkan dalam pasukan Liga M Perak sebagai pemain import kedua.Kita lihat dahulu perkembangan dalam masa dua minggu ini.
Laporan: ASRUL ZAMANI AZIZUL RAHMAN <asrul_bit@hotmail.com> Ipoh

Hatrik Pertama Khalid, modal 2 Gol buat Perak
5 Feb 2002

Tiga Jaringan Khalid Jamlus pada minit ke 23, 57 & 80 memberikan modal 2 gol untuk Perak bertandang ke Kangar pada 5 Mac nanti bagi menghadapi perlawanan timbal balik pusingan pertama dalam pertandingan piala FA 2002.

Perak yang menemui rentak pada perlawanan menentang Terengganu pada sabtu lalu memulakan perlawanan malam tadi dengan agak perlahan, akibatnya Feriza pemain tengah Perlis merembat hantaran silang pemain Import dari Brazil mereka. Ini berlaku pada minit ke 13. Perak yang tersentak dengan jaringan tersebut menambah asakan keatas benteng Perlis hasilnya pada minit ke 23 Khalid yang mendapat hantaran Ahmad Shahrul tidak menghampakan hampir 2000 peminat yang datang menjaringkan gol sulung buat Perak malam tadi .

Keputusan terikat seri 1-1, namun ianya tidak dapat bertahan lama, ini kerana Feriza sekali lagi menghukum kealpaan benteng Perak hanya seminit selepas jaringan Khalid , pada mini ke 24 dengan melepaskan tandukkan yang deras setelah menerima hantaran dari pemain tengah Perlis. Jeritan peminat semakin rendah pada ketika itu. Kapten Ahmad Shahrul dengan tidak mengendahkan keadaan yang tegang itu dapat mengembalikan moral pemain dengan cepat setelah menjaringan gol penyamaan pada minit ke 26. Separuh masa pertama berakhir dengan 2-2.

Pemain perak memasuki padang pada separuh masa yang kedua dengan penuh semangat. Asakan semakin menjadi tetapi hanya penjaga gol Perlis Amran Omar yang menidakkan gawangnya dibolosi oleh kombinasi  " SKS " (Sara - Khalid - Shahrul). Kubu Perlis walaupun dapat bertahan, Sara yang membuat larian solo pada minit 57 disebelah kiri benteng Perlis telah disambung hantarannya oleh khalid untuk menjadikan kedudukan 3-2. Serangan seperti kilat dilancarkan oleh Perak bertubi-tubi ke gawang Perlis namun tidak berhasil akibat kecekapan penjaga gol & pertahanan Perlis, namun kesilapan pemain pertahanan Perlis dengan membentes khalid diluar kotak penalti pada minit ke 60 telah memberikan tendangan percuma hanya sekaki diluar kotak penalti kepada Perak. Indra yang melencongkan ke kanan gawang perlis dengan penjaga gol Amran omar tersalah langkah merebahkan badan ke kiri pintu gol telah memberikan gol ke 4 buat perak . 

Perlis hanya dapat bertahan untuk tempoh 20 minit lagi sebelum Khalid Jamlus melengkapkan hatriknya pada minit ke 80 setelah menyambung tandukkan Nathakumar hasil tendangan sudut Shahrul Azhar. Kealpaan pertahanan Perak dengan lebih bertahan untuk tempoh 5 minit terakhir telah membawa padah setelah pemain lincah Perlis Amirul Jefri melepaskan tendang deras pada minit ke 90 untuk menewaskan Hamsani dan itu menjadikan keputusan muktamat Perak berjaya menewaskan Perlis dengan 5-3. 

Dalam perlawanan ini juga Khalid Jamlus telah dilayangkan Kad Kuning oleh Pengadil setelah mengasari pemain import dari Brazil dari Perlis itu. Dalam pada itu Irfan Bakti, Jurulatih pasukan Pulau Pinang & juga Abdul Rahman, Jurulatih pasukan Selangor telah turun untuk menyaksikan KEHEBATAN pasukan Perak dimana pasukan mereka akan menghadapinya pada 9 Feb (lwn Selangor) & 19 (lwn P.Pinang) .

Persoalanya apakah mereka mengeruni pasukan KEJOR YOB KEJOR ini sehingga datang sendiri untuk mengetahui rahsia kehebatan atau hanya datang kerana pasukan mereka tidak bermain malam tadi ???? Apapun kita tunggu 9 & 19 feb ini hasil risikkan mereka sama ada pasukkan mereka mengigit jari atau Seladang yang mununduk layu !!!

Apapun Seladang tetap Gah
Pasukan lain mula Resah

Laporan dan Photo: Radzmie-Ipoh <anemei@tm.net.my>

Sementara itu di Stadium KLFA Cheras Perak TKN membuat kejutan dengan keputusan seri 1-1 ditempat lawan. Gol TKN dijaringkan pada minit akhir perlawanan. Seandainya kedua-dua pasukan ini menang pada perlawanan pusingan kedua pada 5/3/2002 nanti maka perlawanan adik abang akan berlaku pada 7/5/2002 dan 4/6/2002 nanti untuk pusingan suku akhir Piala FA 2002 ???????????????


Barisan pemain utama yang diturunkan


Shamsul Saad juga ingin meletakan namanya dalam senarai penjaring gol.


Pemain yang terpaksa direhatkan pada akhir tahun lepas akibat kecederaan


... tapi masih menjadi sasaran pertahan lawan


Khalid, aksinya masih digeruni lawan..


pemain harapan 2001, menjaringkan 1 gol melelaui sepakan percuma


Sepakan yang mengelirukan Amran Omar untuk gol peribadi Indra


 


Roshaidi Wahab pemain baru di kem Perak 2002


Hatrik dari Khalid


Ucapan tahniah darri rakan untuk Khalid


Ucapan tahniah dari Netto


Antara ribuan penyokong Setia Kejor Yob Kejor

Pemain import terbaru....
5 Feb 2002

Pemain import kedua Pasukan Perak dijangkakan tiba pada hari Selasa(5/2/2002) pada sebelah Tengahari.Beliau merupakan tonggak sebuah kelab dalam liga di Brazil dan penjaring terbanyak kelab itu musim lepas.Beliau dikenali sebagai Sequira.

Laporan: ASRUL ZAMANI AZIZUL RAHMAN <asrul_bit@hotmail.com> Ipoh

Perlawanan Piala FA 2002
3 Feb 2002

TARIKH TUAN RUMAH TETAMU KEPUTUSAN
5.2.2002 (Selasa)
8.45 malam
Perak Perlis  
Kuala Lumpur Perak TKN  

Bagi penyokong Perak yang tinggal di Lembah Klang dijemput untuk datang ke Stadium KLFA Cheras bagi memberi sokongan pada pasukan satu satunya Kelab dari Perak yang beraksi dalam kancah Piala FA 2002, bagi mereka yang tinggal di Perak sudah semestinya perlawanan di Ipoh pada malam tersebut tidak di lepaskan, Ayuh YOB kita ke Stadium.

Perak TKN (Wakil Kelab Perak dalam Kancah Piala FA 2002)

Kehadiran mereka dalam kancah bola sepak kurang diberi sambutan. Mereka tidak dikenali seperti pemain Skuad Negeri yang lain. Malahan yang lebih menyedihkan ada antara mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan masih bergantung kepada keluarga untuk menyara hidup. Bukan mereka tidak mahu berkerja, tetapi mereka hanya mempunyai satu pilihan antara Bola sepak atau kerjaya lain. TKN bukanlah satu Kelab mewah, saya dimaklumkan TKN hanyalah sebuah syarikat kuari di Perak. Tetapi TKN mampu menyediakan 2 pasuka dalam kancah Bola Sepak. Jangan biarkan Kelab yang ada ini berkubur kerana masalah kewangan. Mereka bukan sahaja memerlukan penaja untuk terus mengharungi  setiap perlawanan, malahan mereka ANDA memberi sokongan moral dalam setiap perlawanan. Biar punya hanya dibayar elaun, semangat mereka tetap tidak akan luntur.... malahan kelab yang kurang dikenali inilah yang telah mengenetengahkan beberapa pemain yang ternama hari ini (saya dipahamkan Liew Kit Kong juga pernah beraksi dengan Kelab ini satu ketika dahulu... maaf jika maklumat ini salah). Pada perlawanan Selasa ini Perak TKN akan bertemu dengan Pasukan Kuala Lumpur. Jika anda ada kelapangan jemputlah ke Stadium sambil memberi sokongan untuk mereka.

Gambar ketika Perak TKN dan Perak FA (friendly game) pada tahun Aug. 2001 di Ipoh


Salah seorang orang kuat (kanan) Kelab TKN


 

Seladang Mula Bersamba , Penyu Bersambung Menderita
3 Feb 2002

Hampir 10 ribu penonton turun menyaksikan perlawanan sulung pertandingan Liga M pertemuan antara tuan rumah Perak menentang Terengganu. Kesebelasan utama yang diturunkan oleh coach Antonio Gonzaga Netto menjadi tanda tanya kepada kebanyakkan penonton. Ini kerena ketiadaan Khalid Jamlus , Nagaraja & kemasukkan Norizam & pemain baru Shahrul Nizam. Ketumpulan di bahagian serangan serta ketandusan idea di bahagian tengah perak menjadi punca utam perak kurang menyerlah pada separuh masa pertama. Namun pada itu Terenggan gagal menggunakan beberapa peluang yang terhidang hasil kesilapan bek perak gagal dimanfaat oleh mereka terutamanya Issifu , Wan Rohaimi, & Hairuddin ini semua adalah kerana ketangkasan Hamsani yang berjaya menidakkan semua peluang Terengganu . 

    Pada minit ke 21 satu tendang half volley dari luar kotak penalti oleh Jasco Farac , pemain import perak hanya terkeluar beberapa inci dari pintu gol terengganu walaupun Zubir Ibrahim tertewas. Indra Putra Mahayuddin turut mendapat peluang pada minit ke 37 dimana hasil hantaran ketua pasukkan setelah menerima dari cham wing hong, dirembatnya dengan deras tetapi melepasi palang . satu lagi peluang keemasan yang diperolehi pada minit ke 40 ole saravanan setelah mendapat hantaran 1-2 dengan Shahrul Azhar juga gagal di rembat kemas untuk memperolehi gol pendahuluan.

Segala rentak permainan berubah pada babak kedua Netto telah memasukkan Ayam tambatan Khalid Jamlus & Nanthakumar bagi mengantikan Norizam & Chan Wing Hong. Kemasukkan Khalid telah memberi tugasan tambahan buta Pertahanan Terengganu. Keligatan Saravanan , Khlaid dan juga idea - idea dari ketua pasukkan Shahrul azhar berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Terengganu. Pada minit ke 49 sekali lagi Indra putra mendapat peluang yangg cukup baik dari Shahrul namun tendanganya melepasi palang gol Terengganu.

Dalam masa yang sama Terengganu turut menadapat peluang namun gagal disudahkan untuk menghasilkan gol. Segala penantian penonton , Pegawai Pafa untuk menyaksiakn gol pertama perak 2002 berakhir pada minit 82 apabila permainan 1-2 oleh Ahmad Sharul & Khalid Jamlus di rembat kemas oleh Khalid ke kanan pintu gol Terengganu sekali gus menewaskan Zubir Ibrahim. Jeritan penonton semakin ghairah dan semangat pemain Perak semakin menebal.

Khalid buat Penyu pulang berduka, Seladang pula mula bersamba
Laporan & photo  Radzmie


Antara yang diturunkan

Jasko aksi pertama di Liga M

Peminat yang hadir

Khalid menerima penerangan sebelum dimasukan

Saravanan

Shahrul ketika bertelagah dengan pemain Trengganu

Khalid & Sara selepas jaringan gol sulung

Pemain harapan 2001-Indra

Netto, jurulatih dari Brazil

Malam Mesra 2002 PAFA.
1 Feb 2002

Malam Mesra 2002 PAFA - telah berlangsung di Casuarina Park Royal. Dihadiri hampir 600 jemputan merangkumi  Pemain 2002 Perak , TKN, Lintau, Jenderata, Taiping Indian, Perak Piala Presiden, Veteran, Penaja, pengadil, Kelab peminat & AJK Pafa sendiri. VVIP pada malam itu ialah Raja Nazrin & MB Dato seri diraja Tajol Rosli. Pada malam itu juga telah dianugerahkan pemain terbaik 2001 , pemain harapan 2001 & pemain Veteran yang dikenang.
Pemain terbaik 2001 - Chan Kok Heng
Pemain Harapan 2001 - Indra Putra Mahayuddin
Pemain Veteran Dikenang - Yussuf Bakar
Laporan & photo Radzmie-Ipoh

Gambar sekitar majlis tersebut.


Presiden PAFA - Raja Nazri ketika memberi ucapan


Menteri Besar, Presiden PAFA dan Pengurus.


Pemain yang turut serta bersama keluarga


Chan Kok Heng, Yussuf Bakar dan Indra Putra


Sebahagian dari AJK Kelab Peminat

Perak akan menguji pemain dari Brazil.
1 Feb 2002

Pengambilan seorang lagi pemain import ketiga Perak akan ditangguhkan sehingga seorang lagi pemain Brazil tiba ke Ipoh untuk ujian percubaan . PAFA setelah mendapat nasihat Jurulatih , supaya mengambil satu pemain import untuk posisi penyerang. Ini bermakna pengambilan Gou Fu Ling akan ditentukan setelah menapis pemain Brazil dan juga pemain China ini. Yang pasti perak akan memiliki dua pemain import ketika menentang Selangor pada 9 Feb di Shah Alam. Ini kerana pemain Brazil & juga pemain China ini telah memiliki ITC .
Laporan: Radzmie-Ipoh

Berita Kelab Peminat.
1 Feb 2002

Kelab akan keluarkan Buletin Bulanan (Majalah Bola Perak) , keluaran pertama akan muncul dipetengahan bulan Feb dan kandunganya adalah 100 % berita bola, profail pemain , Poster perak, Sejarah & banyak lagi harga belum ditetap kan lagi .
Laporan: Radzmie-Ipoh