Make your own free website on Tripod.com

Perubahan Jadual Perlawanan Piala FA & Piala M'sia.
Sham - 25.06.2002

Selepas mendapat penjelasan bahagian Media FAM, terdapat kesilapan dalam artikel asal jadual perlawanan yang saya siarkan disini hari ini. Perubahan Jadual Piala FA hanya membabitkan perlawanan separuh akhir pertama di Ipoh. Jadual asal pada 16 Julai telah ditukar ke 30 Julai. Bagaimanapun jadual separuh akhir kedua dan akhir masih tidak berubah. Walau apa jadualnya sekali pun pastikan anda ke Stadium. Harap maaf ataskesilapan teknikal.

Jadual baru yang dikeluarkan oleh FAM:

Piala FA Jadual Asal Jadual Baru
Perak vs Tel. Melaka 16 Julai 2002 (Selalsa) 30 Julai 2002 (Selasa)
Tel. Melaka vs Perak   6 Ogos 2002 (Selasa)
Akhir   17 Ogos 2002 (Sabtu)
Piala M'sia Jadual Asal Jadual Baru
Mula 20 Julai 2002 27 Julai 2002
Pusingan ke 2   20 Ogos 2002
Suku akhir pertama   15 Oktober 2002
Suku akhir ke 2   19 Oktober 2002
Separuh akhir pertama   22 Oktober 2002
Separuh akhir ke 2   26 Oktober 2002
Akhir   2 November 2002
Wall paper terbaru.
Sham - 25.6.2002

Kesemua wall paper adalah dalam saiz 1024 x 768 pixel, dibuat menggunakan Adobe Photoshop 5.5, Adobe Ilustrator 8 dan Ulead Photo Express 2.0 SE. Klik pada photo yang dikehendaki untuk saiz sebenar.


 

Harapan kembali cerah.
Sham - 23.6.2002

UJIAN GETIR PERAK DI PENGHUJUNG LIGA PREMIER 1
Asrul Zamani (selayang) - 17.06.2002

Tinggal 3 baki perlawanan sebelum penentuan Juara Liga 2002 dapat diketahui secara rasmi. Selangor memilih laluan getir apabila tumpas kepada singa utara di Kangar tatkala Perak menunggu ke minit ke 63 untuk gol sulung kapten pasukan di Kota Baharu sekaligus menjarak diri dari diekori rapat oleh Sang Gergasi. Melayan Singa Utara dan Tok Gajah di Ipoh pada perlawanan hari Sabtu sepatutnya akan dipenuhi oleh lautan Kuning takkala sebelum ini deman piala dunia mencacatkan kehadiran penonton ke stadium. Kehadiran kita sebagai penambah semangat pemain, disamping sebagai menambah kantung Persatuan. Ini juga boleh menarik ramai pemain luar untuk bersama Perak kerana Pengurusan yang baik adalah faktor penting dalam kiteria pemilihan seseorang pemain tehadap sesuatu pasukan. Walaupun sebolehnya kita mahukan anak tempatan berada dalam senarai pasukan tetapi kita juga tidak boleh mengelak dari mahukan pasukan yang mantap disetiap posisi. Apa pun kunjungi Stadium dan KUNINGKAN stadium kita... kejor gergasi kejor...

 Dalam kerancakan Piala Dunia yang akan memasuki peringkat suku akhir tidak lama lagi, jangan kita lupa kepada pasukan kesayangan kita, Perak Darul Ridzuan yang sedang dicabar hebat oleh musuh tradisi, Selangor Darul Ehsan. Kedudukan mata yang sama dan hanya perbezaan gol merupakan  satu detik cemas buat kedua-dua pasukan untuk merebut hadiah wang tunai  RM150,000 dan piala liga premier 1 musim ini. Pada hari Selasa ini (18/6/2002), Pasukan kesayangan kita akan menentang pasukan Kuala Lumpur yang dianggap badi kepada kita. Walaupun begitu, badi itu telah berakahir dengan kemenangan pasukan Perak ke atas Kuala Lumpur di Piala FA yang lalu. Kepada penyokong pasukan Perak, lupakan seketika Piala Dunia hari selasa ini dan kita turun ke Stadium Perak untuk memberi sokongan padu dan tak berbelah bagi. Penuhilah Stadium Perak pada hari Selasa ini. Kepada pemain pula, berusaha dan bermain bersungguh-sungguh untuk kejayaan diri sendiri dan pasukan Perak…SAMBA PERAK

Sorotan perlawanan Negeri 9 &  Perak
 Sham -16.06.2002

Perak bertandang ke Paroi dalam perlawanan liga premier 1 yang berbaki 6 pelawanan. Disamping mempertahankan kedudukan tahta liga yang diekori  rapat oleh Selangor, Khalid juga akan berusaha menambah koleksi gol dalam misi beliau merebut kasut emas musim 2002 ini. Kelab Peminat dari Ipoh yang datang dengan 2 buah bas, disamping para penyokong dari KL, N9  dan Melaka dengan kenderaan masing - masing dianggarkan 1000 kesemuanya menengelamkan penyokong N9 yang tidak dipastikan kehadiran mereka. Piala Dunia yang sedang berlansung juga mencacatkan kehadiran penonton ke stadium.

Menyedari kemenangan begitu berharga Perak memulakan permainan pada separuh masa pertama dengan banyak menbuat serangan ke kubu N9. Hanya pada minit ke 14 Khalid berjaya membolosi gol N9 untuk gol pertama Perak dan diikuti oleh Saravanan 4 minit kemudian. Tindakan penyudah yang tidak menepati sasaran menghalang Perak mengutip lebih banyak gol disini. Mendahului 2-0 telah mengubah rentak permainan Perak menjadi lebih perlahan dan kesempatan ini diambil oleh N9 untuk mencuri 1 gol pada minit 36 oleh Sharizam. Kedudukan separuh masa N9 1 Perak 2.


Untuk photo sila klik disini

Separuh masa kedua Perak masih gagal mencari gol dan N9 sekali lagi berjaya mencuri kesempatan pada minit ke 59 melalui K. Rajan sekali gus meresahkan para peminat yang hadir ke Stadium Paroi ini. Zami Mohd Noor, Kapten N9 telah dikeluarkan kerana kad kuning kedua kerana megkasari Rushanizam. Episod di Ipoh ketika pertemuan dengan Sarawak berulang lagi. Perak mendapat gol penyelamat 1 minit sebelum permainan berakhir oleh Ahmad Sharul, sekali gus menceriakan kembali peminat yang semakin resah ketika itu, tak kala mereka mengetahui kedudukan Selangor yang menewaskan KL 3-1 di Cheras. Syamsul Saad juga mengutip kad kuning dan sekiranya ini adalah kad kuning kedua bermakna beliau tidak akan diturunkan Selasa ini dalam pertemuan dengan KL di Ipoh.

Keadaan Stadium di Paroi dilihat amat menduka citakan. Salah satu lampu yang menerangi padang dari sudut kanan pentas utama gagal berfungsi dengan baik menjadikan keadaan agak suram seperti keadaan pasukan mereka musim ini. Kegagalan N9 dalam kancah liga juga menjejaskan kantung PBNS kerana bilangan kutipan tiket terpaksa bergantung kepada penyokong pasukan pelawat. Semoga N9 dapat bangkit kembali sekaligus menarik kembali penyokong mereka yang semakin menghilang. Kehadiran Kapten pasukan Telekom Melaka Khairul Anuar Baharum di Paroi dilihat cuba mengintip corak permainan Perak kerana Perak dan Telekom Melaka akan bertemu dalam separuh akhir Piala FA pada 16 Julai di Ipoh dan 6 ogos di Melaka.

Perak vs Negeri Sembilan
Asrul Zamani (selayang) - 13.06.2002

Interesting Statistics!

Pada hari sabtu ini (15 Jun 2002) adalah penentu nasib pasukan Perak adakah masih mengekalkan kedudukan teratas Liga atau tidak. Perlawanan ini akan berlangsung sengit kerana Negeri Sembilan memerlukan kemenangan multak untuk menyisihkan diri dari kelompok bawahan dan tersingkir ke Premier Dua musim depan sementara Perak pula ingin mengekalkan takha liga sekarang. Dengan pulihnya Mohd Khalid Jamlus, Jasko Farac dan beberapa pemain lain memberi peluang yang cerah untuk Pasukan Perak mengekalkan takhta Liga musin ini. Kepada penyokong pasukan Perak di N.Sembilan datanglah ke Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi untuk memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita…SAMBA PERAK

 Brazil last won the world cup in 1994.
 Before that they won it in 1970.
 Add 1970 and 1994, it equals 3964.

 Argentina last won the world cup in 1986.
 Before that they won it in 1978.
Add 1978 and 1986, it equals 3964.
 
Germany last won in 1990.
Before that they won in 1974.
Add 1990 and 1974, it equals 3964.
 
So going by this logic, the winner of the 2002 world cup
 is the same as the 3964 - 2002 = 1962 world cup.
The 1962 world cup was won by Brazil.
 
Malaysian fans too have reason to rejoice :
Malaysia has never won the world cup so we'll probably win it  in the Year 3964.
:-)

Berita terbaru Hamsani.
sham - 12.06.2002

3 bulan bersama Perak, prestasi yang ditonjolkan amat mengkagumkan para peminat bola sepak Seladang. Gandinganya bersama pemain pertahanan yang lain menjadikan kubu pertahanan Perak antara yang terbaik malah beliau pernah dianugerahkan pemain terbaik oleh Kelab peminat bolasepak KLSPARK. Namun pada 23 April 2002 kita dikejutkan dengan insiden beliau di Kangar. Ketika berusaha menyelamatkan bola di posisi 50-50 berliau telah bertembung dengan penyerang import Perlis. Insiden tersebut hampir memusnahkan kariernya bola sepaknya kerana terdapat tulang yang pecah itu hampir memutuskan urat serta sendinya tercabut yang boleh membawanya kepada lumpuh. Itulah kata doktor yang merawatnya tentang kecederaan parah yang dilaluinya. Penyertaan pertama beliau mewakili negara juga terpaksa dilupakan. Hari ini ketika dihubungi webmaster (WM) saya sempat bertanyakan perkembangan terkini beliau. Antara nya ...

WM: Bagaimana  tahap kesihatan sekarang Hamsani sekarang?
Hamsani: Alhamdulillah, semakin pulih, cuma masih ada terasa sengal-sengal sikit. Saya telah pun menjalani latihan walupun masih ada cuti sehingga 24.6.2002 ini.
WM: Jadi 24.6.2002  ini Hamsani akan jalani pemeriksaan lagi?
Hamsani: Ya, jika masih tak boleh pulih juga kemungkinan pembedahan susulan akan dilakukan kerana kecederaan tersebut menyebabkan bukan saja patah, tapi terdapat tulang yang pecah dan sendi yang tercabut. Kata doktor, kalau lambat hantar hari tu, tak tahu la macamanana jadinya.
WM: Bilakah jangkaan Hamsani dapat kembali beraksi ?
Hamsani: Insyaalah ketika Piala Malaysia ini. Jadual perlawanan sekarang yang padat menyukarkan Perak mengadakan perlawanan persahabatan. Saya perlu menjalani ujian kecergasan sebelum bermain kembali. Hampir 3 bulan tidak bermain jurulatih dam pengurusan tidak tahu tahap kecergasan saya sekarang.
WM: Bagaimana pandangan Hamsani terhadap pemburuan Perak selaku Juara liga musim ini?
Hamsani: Saya merasa yakin Perak boleh menjadi juara liga musim ini. Malahan perhubungan antara pemain, jurulatih dan pengurusan amat baik sekali. Kini hanya saya dan Nduka sahaja yang masih belum boleh bermain. Rushanizam telah mula bermain ketika bertemu Sarawak tempoh hari.
WM: Kita tukar topik pulak, sekarang ni World cup sedang berlansung. pasukan mana favorites Hamsani?
Hamsani: Yang oren tu la (Belanda) tapi tahun nie Belanda tak dapat masuk, lagi satu Portugal.
WM: Terima kasih Hamsani atas maklumat terbaru ini.
Hamsani: Sama- sama.

Antara  bualan bersama Hamsani pada 12Jun 2.00 pm. Marilah kita bersama doakan semoga kecederaan Hamsani akan pulih seperti sediakala. Amin.
Note: Ayat diubahsuai sikit untuk sedapkan jalan cerita yang tak beraoa sedap (aku tak pandai nak mengarang)...Maaf Hamsani kalau ada fakta yang tersilap.


Hamsani ketika Perak bertemu Selangor di Shah Alam 9 Feb 2002

Rombongan KL ke Paroi N9
sham - 10.06.2002

Mampukah Perak ?
Asrul Zamani (Selayang) - 11.06.2002

Rombongan KL/SPARK ke Parai 15/6/2002.
Bayaran:
RM 24 - Ahli & RM 30 - Bukan Ahli
Bertolak: 6.00 petang
Bayaran adalah termasuk untuk tiket grand stand (RM10) sekiranya tiket berharga RM 15, bayarran tambahan RM 5 akan dibuat.
AJK untuk dihubungi:
En. Ali Rahim  016 - 364 8569  ( PJ )
En. Sahabudin 019 - 350 0492  ( PJ )
En. Sani 019 - 364 2606  ( Cheras )
En. Anuar 013 - 206 7240  ( Bangi )
En. Hisham 013-3439735 ( Kelang )

Perlawanan Premier 1 berbaki 6 perlawanan lagi. Nampaknya tinggal dua pasukan sahaja yang akan merebut takhta liga iaitu pasukan kebanggaan kiat, Perak dan musuh utama, Selangor. Kedudukan mata yang seri memberi saingan lebih sengit ke kemuncak Liga. Tapi apa pun, kembalinya Mohd Hamsani Ahmad dan semangat Mohd Khalid Jamlus untuk diturunkan serta semangat Nduka yang juga minta diturunkan tapi tidak dibenarkan oleh jurulatih adalah sangat dipuji oleh seluruh peminat bolasepak Perak. Khalid masih cedera tapi dia dijangkakan pulih selepas tiga hari ini. Apapun teruskan perjuanganmu Perak dan ambil perhatian satu persatu perlawanan….SAMBA PERAK

 

Demam  Primier 1 !!!
sham - 10.06.2002

Semakin ke penghujung liga peminat makin diresahkan dengan perkembangan prestasi di kem Perak yang dilihat semakin menurun. Sejak mendahului liga sejak Febuari lalu pencabar terdekat Selangor hanya dapat mengikuti pada jarak 3~4 mata dibelakang Perak. Keputusan selepas perlawanan ke 20 menyaksikan sang gergasi terus berjaya menyamai kedudukan mata sekali gus meletakan penetuan Juara liga semakin meluas antara kedua pasukan ini. Melepaskan 11 gol sehingga hari ini adalah rekod terbaik di Primer 1,  tetapi ketiadaan Hamsani mungkin jumlah itu dapat dikurangkan lagi. Sebagai sebuah pasukan tidak patut kita menyalahkan Tay Sin Kiat kerana Bola Sepak dimain secara bekumpulan. Cuma prestasi Hamsani boleh dikatakan lebih cemerlang dari Tay Sin Kiat. Status selaku kapten pasukan meletakan Ahmad Sharul Azhar juga begitu penting dalam mengedali jentera tengah. Ketika beliau demam dalam pertemuan denagn Pulau Pinang di Ipoh lalu menyaksikan Perak diasak bertubi-tubi, hanya jarinagn gol counter attack Perak yang berjaya menyekat Skuad Pulau Mutiara dari mendapat 3 mata. Kuala Lumpur, pasukan yang tidak dapat ditewakan dalam 4 tahun sebelum ini juga menjadi duri dalam daging apabila Perak tewas 2-0 walaupun banyak menguasai permainan ketika pertemuan di Cheras. Rekod ini terpadam bila Perak menyingkirkan Kuala Lumpur dalam kancah Piala FA musim ini.

Perjalan menjadi semakin sukar apabila beberapa tonggak utama dihimpit masalah kecederaan. Bermula dari Hamsani yang mengalami patah tangan di Perlis, diikuti oleh Jasco yang menghadapi masalah Hamstring, Rushanizam yang menjalani pembedahan dilutut selepas insiden di Medan, Nduka yang mengalami keretakan tulang dan terbaru penjaring terbanyak liga Primier 1 Khalid Jamlus dikatakan bengkak dilutut. Beliau terpaksa diturunkan dalam separuh masa kedua dalam pertemuan dengan Trengganu dan Sarawak dan sudah 2 hari tidak menjalani latihan bersama rakan yang lain dan menjadi penyelamat dalam episod ini. Cuma kita tidak tahu apakan kecederaannya akan berlarutan dalam keadaan memaksa beliau bermain. Syamsul saad terpaksa melupakan deman panasnya walaupun diberi cuti 2 hari demi membantu rakan yang lain ketika bertemua Sarawak. Kegagalan Norizam dalam sepakan penalti Sabtu lalu masih menjadi perbualan dan kedudukan Shahreez penjaga gol skuad piala Presiden yang diserap masuk masih belum diuji sepenuhnya makin bonus buat Selangor dalam membuat perkiraan terhadap Perak. Bagaimanapun prestasi K.Rajini kapten skuad Piala Presiden yang bermain cemerlang bersama skuad utama, serta beberapa rakanya yang lain tidak harus diketepikan peranan mereka dalam pasukan. Sabtu ini Perak akan bertandang ke Paroi berhadapan N9 yang tewas 2-1 kepada Selangor di Shah Alam. Satu prestasi meningkat skuad N9 yang terumbang ambing sejak awal musim yang bakal menjadi penghalang Seladang... Samba yob..

Demam  Piala Dunia !!!
sham - 08.06.2002

Seladang nyaris dibaham Bujang Senang.
Sham  - 08.06.2002

Perkembangan mutakhir di Timur Semenanjung Malaysia banyak menjejaskan kehadiran penonton ke stadium. Takkala 2 pasukan teratas meneruskan baki perlawanan merebut juara liaga yang semakin terbuka kita dikejutkan dengan kehadiran 300 penonton di Stadium Shah Alam dan 200 penonton di Kuala Trengganu. Walaupun dianggarkan 5,000 peminat setia di Stadium Ipoh pada perlawanan ke 20 menentang Sarawak,  jumlah ini sebenarnya sedikit berbanding dengan kedudukan Perak selaku pendahulu liga. Jika sebelum ini ramai peminat mempertikaikan tindakan pihak media yang menganak tirikan Bola Sepak di Malaysia dengan memberi liputan meluas bola sepak luar negara, kini jawapannya sudah diketahui, berapa ramai sebenarnya peminat setia setiap pasukan di negara kita yang sebenarnya setia atau hanya menunggu perlawanan penting untuk ke stadium. Semuga fenomenan ini berakhir selepas piala dunia dan kita tidak membandingkan Piala Dunia dan Piala Malaysia.

Baki 7 perlawanan sebelum sebelum edisi liga Premier 1 ditutup makin kekemuncaknya. Perak yang masih mengekalkan kedudukan liga sejak Febuari lalu menanti kehadiran Bujang Senang di Ipoh. Tiada keputusan lain selain menang dalam misi memburu kejuaraan pertama juara liga agak sukar sebenarnya bagi Perak jika menerima keputusan sebaliknya disamping mengharap keputusan di stadium lain untuk membantu. Ini lah yang berlaku pada perlawanan ke 20 ini. Ketika keputusan di separuh masa pertama masih kekal dengan 0-0, peminat diStadium dikejutkan dengan gol pertama Sarawak. Khalid yang dimasukan di separuh masa kedua akhirnya menjadi duri dalam daging buat Sarawak untuk mengutip mata penuh dan Selangor untuk menduduki takhta liga apabila menjaringkan gol diminit 89 yang membawa kedudukan kekal 1-1. Sementara itu Selangor mengutip mata penuh a jkklmmnmmpabila menewaskan N9 di Shah Alam dan menyamai kedudukan mata dengan Perak tetapi dibezakan dengan jaringan gol. Apa pun hanya misi Khalid merebut kasut emas yang semakin nampak cerah apabila menambah jumlahnya ke 15 gol setakat ini.

Pulau Pinang vs Perak.
sham - 30.05.2002

Penyu menangis lagi.. dalam versi FA Cup
Sham & Asrul Zamani  - 05.06.2002

Aksi perlawanan Penang Perak di Stadium batu kawan. Klik di sini
Semua photo adalah sumbangan jurukamera majalah kejor yob kejor saudara Radzmie.

Klik di sini...
Laporan: Asrul
Photo: Sham