www.yob.4ever.cc

[YOB'S FOREVER CYBER CLUB]
Laman Web Penyokong Bola Sepak Perak Darul Ridzuan
"kejor yob kejor"

Last up date: 02 November, 2001

yob4ever@hotmail.com

Azrul Amri Bin Burhan
FAMP020PK

No. Lesen: FAMP020PK
No. K/p: 751101-08-6067
Tarikh Lahir: 01.11.1975


Kuantan- aksi ketika Separuh akhir kedua 2001 (selepas menjaring gol ke 2)

Imej baru Azrul

01 November 2001
Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

AZRUL Amri Burhan bukan lagi pemain yang satu ketika dulu dilabelkan sebagai pemain bermasalah.

Karektornya jelas berubah. Dia kini lebih serius dan bertanggungjawab baik di dalam, mahupun luar padang.

Ini satu perkembangan menarik bagi pemain tengah yang satu ketika dulu dianggap permata bola sepak negara dalam skuad Olimpik 1996 di bawah kendalian jurulatih Perancis, Claude Leroy.

“Fokus saya kini kepada final Sabtu ini. Saya mahu memberikan yang terbaik dan memastikan Perak mempertahankan trofi Piala Malaysia.

“Saya gembira mendapat kepercayaan jurulatih (M Karathu) semula. Saya tahu saya boleh menyumbang sesuatu dan ketika ini saya sedang berusaha mendapat rentak permainan asal,” katanya selepas sesi latihan semalam.

Reaksi Azrul jelas menunjukkan keyakinan daripada riak wajahnya yang bercahaya sejak bergelar suami kepada Marissa Adan Anas, 1 September lalu.

Secara spontan, bekas pemain Kuala Lumpur itu berkata final kali ketiga ini cukup bererti buat dirinya.

“Kali ini saya mahu hadiahkan kemenangan ini buat Marissa. Dialah sumber inspirasi dan penggalak semangat untuk bermain lebih baik lagi.

“Kehidupan saya banyak berubah dan perubahan itu dapat saya rasakan sejak berkahwin. Saya kini tahu apa itu tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan profesyen sebagai pemain profesional.

“Jadi kemenangan kali ini cukup penting,” tegasnya.

Azrul, 26, memiliki gaya semulajadi selaku perancang pintar. Boleh dikatakan dia masih tetap pemain tengah terbaik negara selepas Azizol Abu Haniffah.

Kariernya bersinar sewaktu persiapan Olimpik 1996. Malah skuad itu berpotensi besar untuk menjadi skuad pelapis kebangsaan terbaik.

Di bawah Leroy, skuad ini mendapat banyak pendedahan di luar negara, salah satunya mencatatkan hari gelap buat Azrul.

Kejohanan Jemputan Bawah 21 tahun Toulon membuka mata beberapa jurulatih kelab Perancis akan bakat yang dimiliki Azrul.

Tetapi malang menimpanya apabila terpaksa mengalami kecederaan serius selepas dibentes kasar oleh bintang Manchester United dan kapten England hari ini, David Beckham.

Proses penyembuhan memakan masa agak lama diburukkan lagi dengan masalah disiplin, Azrul terus hilang daripada fokus ramai.

Kariernya bersinar kembali apabila berhijrah ke Perak di bawah pemerhatian Karl Heinz Weigang.

Biarpun kurang konsisten, Azrul membuktikan kehadirannya membawa pulangan menguntungkan dengan kejayaan Perak menjuarai Piala Malaysia pada 1998, 2000 dan semakin hampir mempertahankankannya tahun ini.

Ditanya perubahan posisi dari tengah ke serangan diperkenalkan Karathu sewaktu menentang Pahang di separuh akhir, Azrul mengakui agak kekok sedikit tetapi tugas yang diberi perlu dilaksanakan sebaiknya.

“Lagipun saya sudah lama tidak diturunkan dan hanya berada dalam kesebelasan utama sejak kempen Piala Malaysia bermula,” katanya.

“Saya harap dapat melakukan yang terbaik nanti dan jika boleh mahu mencipta gol final,” katanya.