Khalid kembali mengganas..
yob4ever - Klang  <12.05.2002>

"Penerbangan yang cukup panjang dan hanya dapat berehat sekejap" itulah maksud kata-kata Khalid mengenai penerbangan pulang setelah menjalani latihan di Jerman. Beliau yang tiba Di Malaysia semalam tetap disenaraikan dalam senarai pemain, walaupun saya mengagak penyenaraianya dilakukan disaat akhir. Yang nyata aksinya semakin menganas dan tidak menampakan keletihan. Corak permainan agresif Melaka malam ini telah memaksa Nduka pemain import Perak dikeluarkan setelah mengalami kecederaan akibat diasak bertubi-tubi pertahanan Melaka. Sempat bermain hanya 25 minit dan tempat beliau telah digantikan oleh Khalid. Permainan separuh masa pertama kekal dengan kedudukan 0-0 dan Melaka mengutip 2 kad kuning dalam tempuh tersebut. Menyedari gol yang dicari masih belum ditemui Perak memasukan V. Saravanan pada separuh masa kedua bagi mengantikan T.Prasad yang kali pertama beraksi di padang sejak kempen 2002 dimulakan. Ternyata gandingan 3 penyerang termasuk Indra dan Khalid menukar corak permainan, Perak mula mengasak pintu gol Melaka dan seminit selepas separuh masa kedua bermula Khalid yang dijatuhkan diluar kotak penalti merembat terus tendangan percuma tersebut dimana penjaga gol Melaka gagal menangkap kemas bola tersebut. Tidak cukup dengan 1 gol 2 minit selepas itu Sara yang mencuba bola log bagi memerangkap penjaga gol Melaka dan nyaris mengegarkan stadium Perak. Bagaimana pun bola tersebut melewati palang gol. Hasil gerakan bertubi-tubi tersebut Khalid sekali lagi menambahkan koleksi gol malam ini apabila rembatannya dalam minit ke 8 separuh masa kedua kearah kiri penjuru gol Melaka terus mengegarkan jaring lantas mengubah kedudukan kepada 2-0. Minit ke 30 pula Melaka terpaksa bermain 10 orang akibat kad kuning kedua dan  5 minit selepas itu seorang lagi pemain Melaka dikeluarkan akibat kad merah. Minit ke 39 berikutnya M.Nagaraja berpeluang meletakkan namanya sebagai penjaring gol, rembatanya yang berjaya menewaskan penjaga gol Melaka bagaimanapun berjaya disekat oleh pemain Melaka. Hatrik pertama Khalid musim ini tercatat pada minit ke 42 akibat pergelutan di depan pintu gol Melaka. 14 jaringan gol terus meletakan Khalid semakin hampir kepada buruan "kasut emas" walaupun  tidak menjaringkan gol selepas pertemuan dengan Sabah 13 April lalu dalam liga M. Buruan juara liga semakin ke penghujung. Perak dan masih diekori oleh Selangor yang menewaskan Pulau Pinang 4-0 di Shah Alam dengan jarak 5 mata. Untuk perlawanan pada 28.05.2002 Perak akan bertandang ke Batu Kawan dan untuk peminat di Utara tanah air kunjungilah Stadium Batu Kawan unutk member sokongan kepada pasukan kita. Pakailah baju berwarna kuning dan bagi mereka yang inigin mengikuti rombongan kelab samada dari Ipoh atau KL hubungi AJK unutk tempahan. Setiap perlawanan PENTING bagi Perak dalam misi merebut Piala yang belum pernah dimenangi dari dulu iaitu Piala Juara Liga.


Faizal semakin menjadi

FAM085PK T. Prasad

Jasko tanpa kelibat Achoi yang direhatkan

21 & 25 pengempur Seladang

Pemain Perak tidak berpuas hati corak permainan Melaka

FAM222PK Nduka kerap diasak

Indra tetamu "KYK" edisi Mei 2002

Buruan kasut emas Khalid semakin hampir

Indra dalam usha mencari gol Seladang

Bekas pemain Skuad Olimpik 2000

Rembatan kencang Khalid....

...gagal diselamatkan oleh adik Idris Karim

Sara

Nanthakumar

M. Nagaraja

Sara dan Naga mengepung pemian Melaka

En. Abdul Rahman (Presiden KL/SPARK) bersama Tonny Netto.

Sejak balik Jerman nie makin ganas ko yeee... mungkin itulah kata-kata Tay Sin Kiat & Hamsani kepada Khalid

Foto : yob4ever