Aksi Perak vs Selangor 1 of 2
yob4ever - Padang Rengas  <05.05.2002>

Pertemuan Perak - Selangor malam semalam seperti yang telah dijangkakan begitu sengit berakhir dengan kemenangan kepada pasukan Seladang dengan knock-out 3-0. Kompirasi FAM ke atas penyerang sensasi Perak, Khalid Jamlus yang dibawa ke Jerman untuk menolong Selangor ke takhta liga musnah dengan kehebatan penyerang import baru Perak dari Nigeria, Aduka Ubgade yang menganas di Stadium Perak malam semalam. Persembahan Aduka begitu mengamamkan jurulatih sensasi Selangor, Abdul Rahman Ibrahim yang sebelum itu telah menarik nafas lega dengan ketiadaan Khalid. Pertahanan Selangor kucar-kacir walaupun diterajui oleh bekas pemain kebangsaan Malaysia dan Croatia, B.Rajinikan dan Ivica dibuat oleh Aduka dan V.Saravanan. Kemasukan penyerang sensasi Selangor, Azman Adnan dan Rusdi Suparman hanya jadi bahan ketawa sahaja oleh pertahanan Perak yang begitu mudah mengawal dua penyerang yang digeruni pada nama sahaja. Azman dan Rusdi hanya mampu berlegar sahaja di kawasan berhampiran kotak penalti pasukan Perak. Kecemerlangan penjaga Gol Perak juga mengamamkan jurulatih Selangor dan pemainnya dengan menepis sekurang-kurangnya 5 percubaan tepat yang pasti gol oleh fikiran pemain dan pengurusan Selangor. Apa yang boleh dikatakan ialah Semua jentera pasukan Perak hidup semalam dan berharap situasi ini berterusan walaupun menentang pasukan kerdil masa kini seperti K.Lumpur dan N.Sembilan. Permainan sambil lewa harus dielakkan supaya hajat menjadi juara liga tidak menjadi mimpi ngeri di hujung perjalanan. Teruskan perjuanganmu Perak dan SAMBA PERAK....
Laporan: Asrul Zamani Azizul

Klik untuk melihat aksi part 2


Sultan Perak dan Presiden PAFA  turut menyaksikan pertemuan 2 jaguh musim ini.

Percubaan pertama Aduka

No.4 dikatakan rakan kepada Jasco

Tendangan Faizal ini telah membuah gol pertama Perak

Ucapan tahniah untuk Nantha yang hasilkan gol pertama

Aduka terpinga....  sepakanya diistiharkan golke dua

Gol ke 3 Perak dari Aduka

Sara lincah menyusup masuk ke kubu Selangor

Jasco....

membuktikan jentera pertahanannya masih kebal

Aduka, akan menjadi perhatian lagi selepas ini

Faizal satu lagi kad kuning, beliau akan direhatkan selepas ini

Rajini gagal menahan asakan Seladang

Sara gagal melepasi pertahanan Selangor

Azmin terpaksa diturunkan untuk menghalang Seladang terus mengamuk.

Dari kanan, Rajini, Shahreez & Syazwan pemain dari skuad Presiden.

8-Chan Wing Hoong

Norizam mengantikan Shahrul

Pengadil yang akan mengadili perlawanan Piala Dunia nanti

Chang Kok Heng turut dipanggil masuk.

Foto : yob4ever