Penyu menangis lagi...
yob4ever - Klang  <01.05.2002>

Pertemuan pertama sebelum ini di Ipoh yang memihak kepada Seladang, bakal menyaksikan aksi kali ini dijangka lebih menarik dan itulah yang berlaku. Lawan yang menumpaskan Seladang di pelawanan akhir tahun lepas bermula garang pada awal minit  permulaan. Sang Penyu terpaksa menerima hakikat lawan mereka ini terpaksa ditemui lagi dalam kancah FA pula. Kemampuan sebenar terpaksa digunakan dalam mengharungi perlawanan ini. Awal minit permainan sang Penyu yang ghairah mencari gol awal terpaksa tersentak apabila counter attack Seladang melalui K. Nanthakumar yang melorong kepada Chiefnya berjaya melepasi perangkap off side tidak mempunyai masalah untuk menewaskan penjaga gol Trengganu ketika berhadapan satu sama satu dengan beliau. Ternyata gol tersebut tidak menamatkan aksi sebenar mereka apabila aksi selepas itu ternyata lebih menarik dengan kedua dua pasukan sering melakukan serangan demi serangan. Trengganu terpaksa mengeluarkan salah seorang pemain tengah mereka yang diberitakan mengalami patah tangan setelah bertembung diudara bersama Indra Putra pemain yang baru menamatkan sessi latihan fasa kedua skuad kebangsaan di Medan. Dalam insiden lain Chang Kok Heng juga terpaksa dikeluarkan setelah mengalami kecederaan di kepala.

Separuh masa pertama kedudukan kekal 1-0. Masuk ke babak kedua ternyata tiada tanda tanda serangan kedua dua pasukan akan berakhir sedikit sebanyak mencemaskan  peminat Perak yang datang bersama 2 bas dari Ipoh, 1 dari Tapah dan 2 buah kereta dari Kuala Lumpur. Perak memasukan Norizam dalam usaha mencari gol kedua dan ternyata tidak dapat merubah kedudukan sebelum ini. Dalam 10 minit terakhir Trengganu mengandakan usaha dan Tay SIn Kiat menutup mulut pengkritiknya sebelum ini apabila berjaya menyelamatkan bola ketika berhadapan satu sama  satu dengan Wan Rohaimi.

Ulasan peminat yang kesana Tay Sin Kiat layak dimahkotakan pemain terbaik malam itu untuk Perak.Pengadil yang ditugaskan mengadili perlawanan malam ini juga dapat mengawal permainan dengan baik. Syabass pengadil malam itu. Cuma satu yang patut diambil perhatian pihak berkaitan Harga tiket Grand Stand yang dijual agak mahal. Diminta pihak berkaitan dapat mengkaji perkara ini supaya ini bukan menjadi alasan peminat untuk datang keStadium kelak.

Laporan: Sani KL/SPARK