Perak (1) Vs Kelantan (0)
 yob4ever 19.3.2002

Hujan lebat di Ipoh reda 5 minit sebelum permainan dimulakan. Perak turun dengan kesebelasan yang hampir sama ketika menentang KL minggu lalu dikatakan lebih menguasai permainan. Kedudukan masih lagi 0-0 sehingga berita ini ditulis (9.30 malam). Bagaimanapun Robson pemain sensasi yang mejadi bualan hangat ramai peminat Perak tidak diturunkan kerana terpaksa pulang ke Brazil ekoran masalah keluarganya disana. Sementara itu game di Shah Alam diantara Selangor dan Perlis masih belum dimulakan ekoran hujan lebat disana demikian sumber yang dipetik dari Radio 3 Shah Alam. Selangor yang berada ditangga kedua di belakang Perak akan mengunakan peluang bermain ditempat sediri dalam 3 perlawanan berturut-turut untuk memintas kedudukan Perak sekaligus cuba mecari peluang berada di tahta liga primier 1.

 Keputusan terakhir di Ipoh Perak menewaskan Kelantan 1-0. Gol dijaringkan oleh oleh Khalid Jamlus pada minit ke 79 melaui tandukan. Dengan keputusan ini Perak kekal di tahta liga Primer 1.
PERAK: Mohd Hamsani Ahmad, Syamsol Saad, Ahmad Shahrul Azhar, Chan Wing Hoong, M Nagaraja, Indra Putra Mahyuddin (T Prasad), Rushanizam Mohd Idrus, K Nanthakumar, Josko Farac, V Saravanan, Khalid Jamlus
KELANTAN: Md Shahrizan Ismail, Bukhari Dereh (Akmal Ahmad Tambrani), Mohd Zaidi Mat Ali, Md Arman Zairi, Mohd Noor Derus (Mohd Admi Ismail), Mohd Saifulnizam Husain, Fatrurazi Rozi, Mohd Hardi Ahmad (Ahmad Syiham Mohamad), Woorawoot Srimaka, Sarudy Aziz, Roszmin Musa
Pengadil: S Sandrasurian

Keputusan lain:

Penang 1         KL 0
Pahang 0        Johor FC 2
Melaka 2         Sabah 0
Terengganu 4  NS Cempaka 0
N 9 0                Sarawak 0