Make your own free website on Tripod.com

Majlis makan malam KL/SPARK bersama pemain Perak
yob4ever 16.3.2002

Kehadiran beberapa pemain Perak mengikuti latihan Fasa 1 Piala Tiger dan Piala Asia di wisma FAM dimanafaatkan pihak Kelab KL/SPARK dengan menganjurkan satu majlis makan malam dan menjemput kesemua pemain termasuk bekas pemain Perak yang menginap di Wisma FAM kelana Jaya untuk turut serta. Memandangkan para pemain mempunyai jadual yang telah ditetapkan oleh FAM, hanya mereka  yang dapat menentukan  tarikh dan waktu bagi memenuhi permintaan KL/SPARK. Peluang untuk berkenalan lebih rapat dengan para pemain tersebut sememangnya tidak mahu dilepaskan oleh para peminat yang berada di KL & Selangor. Namun kesuntukan masa menyebabkan tidak kesemua AJK dan peminat dapat dihubungi untuk turut serta. Ada yang mengetahuinya selepas majlis tamat.
 

Majlis tersebut dihadiri oleh lebih kurang 30 peminat termasuk AJK KL/SPARK.  Ahmad Sharul Azhar, Indra Putra, Hamsani Ahmad dan Rushanizam mewakili rakan yang lain bila Khalid terpaksa menarik diri di saat akhir kerana mempunyai urusan penting di Ipoh, Penjaga gol muda TKN pula telah berjanji untuk bertemu abangnya pada malam itu dan bekas pemain Perak musim lalu Liew Kit Kong yang dimaklumkan segan untuk turut serta selepas berhijrah ke Kedah. Bagi peminat walau dimana mereka bermain jasa mereka menaikan nama Perak sebelum ini tidak akan dilupakan. Majlis tersebut yang diadakan di sebuah restoran di Kampung Dato Harun PJ, merupakan aktiviti pertama yang membabitkan para pemain dari Ipoh.


AJK KL SPARK


Peminat


Aku sampai orang dah habis makan ishh ishh....


Webmaster


Indra Putra


Rushanizam