KL menjerit .....
yo4ever 9.3.2002

... bukan kerana mereka kalah, tapi kerana masih kebal terhadap pasukan Perak. Walau di mana kedudukan Perak dan KL dalam liga primer 1 ia bukanlah ukuran sebenar kekuatan mereka ketika bertemu. Para peminat yang majoriti berbaju kuning dapat menyaksikan badi Stadium Cheras menghantui benak pemikiran peminat Perak. Ajaib, 3 peluang keemasan Perak yang dimiliki mengenai tiang gol lawan di samping kecemerlangan penjaga gol Kuala Lumpur (KL) memadamkan rekod kemenangan Perak berturut-turut sebelum ini. Perak yang turun dengan barisan pemain yang hampir sama ketika menewaskan N9 lalu berhadapan laluan sukar apabila rata-rata penyerangnya dikawal ketat oleh pertahanan KL. Peluang pertama yang dimiliki oleh Indra Putra pada separuh masa pertama mengenai tiang gol adalah petanda awal kesukaran memusnahkan benteng pertahanan KL yang disertai oleh Lai bekas pemain TKN musim lepas. Rushanizam pemain yang dipanggil untuk latihan skuad kebangsaan minggu depan juga hampir menjaringkan gol, tiang gol juga yang menjadi penghalang. Bagaimana pun KL yang sering menyerang balas mendapat gol pertama mereka melalui Mohd Farid Dewan pada minit ke 44.

Pada minit ke 64 separuh masa kedua KL sekali mendapat gol melalui Zulkifli Affendi. Melihat keadaan tersebut Perak memasukkan Robson pemain  import  terbaru dari Brazil bagi mencari gol penyelamat, malangnya corak permainan beliau di lihat mengecewakan peminat yang rata-rata sebelum ini tidak sabar melihat aksi beliau di padang. Mungkin beliau masih belum memahami corak permainan Perak sebelum ini. Harapan semoga beliau dapat menunjukkan sesuatu permainan yang lebih baik pada perlawanan akan datang nanti. Terlalu awal untuk kita menilai keupayaan sebenar beliau. Pemenang kasut emas 2001 yang dimasukkan menggantikan Saravanan selepas itu juga menghadapi masalah untuk mencari gol akibat kawalan ketat pertahanan KL ke atas setiap pemain Perak. Khalid Jamlus yang tak pernah berputus asa mencari gol hampir membawa berita gembira kepada peminat, apabila dijatuhkan dalam kotak penalti KL. Tendangan yang diambil telah menewaskan penjaga gol KL malang sekali lagi tiang gol juga yang menjadi penghalang untuk para peminat Perak menjerit kegembiraan dan KL menjerit kegembiraan.........


Robson (18)


Rushanizam (14)


Netto bersama Krew kelab peminat


Khalid (25) bersama pengawal setianya (14)