Ulasan perlawanan Perak vs N9
2 Mac 2002

Pemain Perak: 23-Mohd Hamsani Ahamad (PG), 3-Chan Kok Heng (12-Roshaidi Wahab), 5-Syamsul Saad, 7-Ahamad Shahrul Azhar (K) 9-M.Nagaraja, 13-Indra Putra, 14-Rushanizam Idrus, 17-K.Nanthakumar, 19-Jasko Farac, 21-V.Saravanan dan 25-Khalid Jamlus.

Perak memulakan perlawanan dengan formasi 4-4-2 lebih menguasai permainan pada minit awal. Bagaimana pun pada minit ke 10 pemain yang berusia 34 tahun yang juga pemain terbaik Perak 2001 Chan Kok Heng terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. Bekas pemain Trengganu 2001 Roshaidi Wahab dibawa masuk mengantikan beliau.Gol pertama N9 diperolehi pada minit 15 oleh K.Rajan yang berjaya melepasi perangkap off side Perak dan melepaskan sepakan kencang menewaskan Hamsani Ahmad. Perak yang mempunyai rekod pertahan yang baik dengan hanya dibolosi 1 gol dengan Johor FC sebelumini nyaris diaibkan gol kedua N9 selepas itu apabila Rushanizam melakukan kesilapan membuat clearance  kearah Syamsul Saad tetapi dapat dipintas oleh Azmi Muhamad. Hanya kesilapan Azmi menguis bola menyipi kearah kiri pintu gol Perak melegakan peminat Perak tetapi Penjaga gol Hamsani tidak dapat menahan kemarahan beliau diatas kecuaian Rushanizam itu.

Jentera serangan Perak diketuai oleh Shahrul yang bijak mengumpan bola kearah penyerang menjadi nadi setiap gerakan jelas megucarkacirkan petahan N9. Gol pertama Perak dimiliki hasil sepakan M. Nagaraja yang ditanduk tinggi oleh Khalid Jamlus seterusnya Saravanan meluru untuk mengatasi Sufian penjagal gol N9 dan meyudahkan hanya dengan sedikit tandukan bagi mengegarkan Stadium Perak. Jelas gol tersebut membuka semangat pemain untuk terus menguasai permainan selepas itu. Pada minit ke 44 separuh masa pertama, Shahrul melakukan satu lorongan cantik kesebelah kanan untuk Saravanan yang tidak dikawal dan sekali lagi membawa bola berhadapan Sufian malang bola tersebut terkena penjaga gol. Bola  tersebut terus di kejar oleh Sara  sambil Khalid yang bersedia di pintu gol menunggu hantaran dari Saravanan menanduk rendah kearah kanan pintu gol N9 untuk gol kedua Perak. Separuh masa pertama Perak menguasai dengan 2-1 selepas 3 minit masa tambahan diberikan oleh pengadil Sukiden dari Pulau Pinang.

Separuh masa kedua Perak terus memburu gol dan pada minit ke 12 taktik satu setuhan  antara Shahrul -> Khalid -> Shahrul berjaya menewaskan Sufian yang berkerja keras untuk menolak bola keluar tetapi hanya dapat menyentuh sedikit sahaja dan mengubah kedudukan kepada 3-1 hasil jaringan pertama Ahmad Shahrul Azhar dalam Primier 1 musim 2002 ini. Jurulatih Perak Tonny Netto melompat gembira meraikan gol yang menarik tersebut. Ahmad Sharul Azhar dikeluarkan selepas itu dan digantikan dengan Faizal Zainal mungkin ini untuk merehatkankan beliau memandangkan Selasa ini Perak akan ke Perlis untuk perlawanan Piala FA. Syamsul Saad mengambil alih tugas sebagai Kapten dan Indra Putra mengemudi bahagian tengah. Selepas itu rentak permainan Perak diperlahankan dengan bertukar hantaran antara satu sama lain dan ini tidak digemari oleh peminat yang hadir. Indra yang diminit akhir mendapat peluang keemasan  dari Saravanan gagal untuk menolak tepat kearah pintu gol N9 yang ternganga apabila menolak ke kanan pintu gol N9. Indra dilihat bermain dibawah tahap sebenar pada malam ini. Dalam masa tambahan 3 minit yang diberikan Perak mendapat satu tendangan percuma dari sebelah kanan. Faizal yang mengambil sepakan tersebut menghantar tepat untuk Khalid yang dikepung oleh pemain N9. Beliau berlari sambil melompat menanduk kearah kanan pintu gol untuk gol ke 4 Perak dan gol ke 7 beliau dan terus meletakan nama beliau sebagai penjaring terbanyak Primier 1 2002 setakat ini. Tak cukup dengan itu selang seminit kemudian giliran Saravanan yang berhadapan seorang sahaja pertahanan N9 berjaya melepaskan diri dan mudah menewaskan Sufian bagi kali ke 2, seterusnya mengubab papan markah stadium dengan Perak 5 N9 1.

Selasa ini Perak akan ke Perlis untuk perlawan timbal balik Piala FA, dan bagi anda yang ingin menyertai rombongan Kelab ke Utara sila hubungi Ajk kelab Peminat untuk tempahan tempat. Pada Sabtu depan pula bagi peminat di Lembah Klang seharusnya tidak melepaskan peluang untuk ke Stadium menyaksikan perlawanan Perak dan Kuala Lumpur di Stadium Cheras. Beramai ramai kita ke Stadium dan jangan lupa memakai baju berwarna kuning. ariossss.

Sham<webmaster yob.4ever.cc>


K.Rajan melepasi perangakap untuk gol peratama N9


Rushanizam di tenangkan oleh Josko selepas beliau hampri menghadiahkan gol ke2 N9


Aksi Sara selepas gol pertama


Gol kedua Perak, mudah di tanduk oleh Khalid apabila beliau tidak dikawal.


Gol ketiga hasil gerakan 1 touch Shahrul & Khalid


Ahmad Shahrul, nadi utama Perak


...tak ketinggalan pemain yangkan dipanggil untuk latihan skuad kebangsaan minggu depan


Gol keempat juga melalui kepala Khalid


Gol kelima hasil larian solo Sara menewaskan pertahanan dan pemjaga gol N9 di minit terakhir perlawanan


Sufian, 2 gagal menhalang Saravanan melepasi beliau


Gandingan yang semakin menyerlah, bagaimana agaknya selepas Robson akan bersama mereka selepas ini?


Kelab peminat Caw KL/S'ngor, walupun jauh mereka sanggup datang, bagaimana pula anda yang tinggal disekitar Ipoh ?