www.yob.4ever.cc

[YOB'S FOREVER CYBER CLUB]
Laman Web Penyokong Bola Sepak Perak Darul Ridzuan
"kejor yob kejor"

Last up date: 05 August, 2001

yob4ever@hotmail.com

Perak tidak sekat Weigang pulang.

SOAL memujuk Karl Heinz Weigang tidak timbul sama sekali. Sebaliknya Persatuan Bola Sepak Perak (PFA) membiarkan jurulatih itu pulang ke Jerman, hari ini.

Pendirian PFA itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden, Datuk Jamal Nasir Rasdi yang ingin mengadakan pertemuan dengan Weigang sebelum meninggalkan negara ini, hari ini.

Weigang diarahkan pulang selewat-lewatnya hari ini oleh Jabatan Imigresen Perak kerana tidak memiliki permit kerja walaupun mengendalikan pasukan Seladang itu selama lebih tujuh bulan.

Masalah membuat permit kerja itu timbul kerana pengendali berbanga Jerman itu enggan menandatangai kontrak.

Sehingga semalam jurulatih yang mengemudi Perak muncul jaura Piala Malaysia dua kali iaitu pada 1998 dan 2000 dipercayai masih berada di Ipoh.

“Soal kedudukan Weigang dengan Perak tidak timbul langsung. Biarlah dia pulang untuk menyelesaikan masalahnya,” kata Jamal Nasir semalam.

Menurut pengurus Perak itu pertemuannya dengan Weigang adalah sekadar perjumpaan antara dua sahabat.

“Apa yang berlaku tidak mengeruhkan hubungan baik saya dengan jurulatih itu.

“Kami masih bersahabat. Jadi pertemuan dengan saya tidak boleh disalah ertikan,” katanya.

Mengenai perjalanan pasukan Perak, Jamal Nasir yang gembira dengan kejayaan Perak mengutip satu mata di Shah Alam, Sabtu lalu berharap pemain akan mengusahakan pencapaian terbaik apabila bertemu Sarawak di Stadium Negeri, malam ini.

“Jika persembahan menentang Selagor mampu diulangi peluang untuk berjaya tetap ada.

“Cuma apa yang diharapkan ialah pemain dapat meningkatkan penyudah kerana ia nyata faktor menjejas pencapaian pasukan setakat ini,” katanya.

Bagi menghadapi Sarawak malam jni, Perak akan mendapat kembali khidmat kapten, Ahmad Shahrul Azhar Soffian yang bebas dari penggantungan satu perlawanan.

Ahmad Shahrul yang tidak menyertai pasukan itu ke Selangor menyertai rakan lain pagi semalam.

Berdasarkan persembahan pasukan itu Sabtu lalu, Jamal Nasir tetap yakin Perak mampu memberi cabaran sengit kepada tuan rumah, malam ini.

Sumber: Berita Harian