www.yob.4ever.cc

[YOB'S FOREVER CYBER CLUB]
Laman Web Penyokong Bola Sepak Perak Darul Ridzuan
"kejor yob kejor"

Last up date: 05 August, 2001

yob4ever@hotmail.com

 Weigang Kembali Ke Jerman Malam Ini.
IPOH, 31 Julai (Bernama) -- Bekas jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang akan pulang ke negaranya malam ini selepas gagal mencapai kata sepakat dengan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dalam usaha menandatangani kontrak.
Pengarah Imigresen Perak, Ishak Mohamed berkata Weigang akan pulang ke Munich, Jerman dengan menaiki penerbangan Singapura SQ117 dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pukul 8.30 malam.Katanya, Weigang akan diiringi oleh beberapa pegawai imigresen."Pesawat dari KLIA akan singgah beberapa jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura sebelum ke Munich dan Copenhagen pada pukul 11 malam," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

-- BERNAMA