Make your own free website on Tripod.com


www.yob.4ever.cc

[YOB'S FOREVER CYBER CLUB]
Laman Web Penyokong Bola Sepak Perak Darul Ridzuan
"kejor yob kejor"

Last up date: 07 August, 2001

yob4ever@hotmail.com

KLANG [7/8/2001]

YOB LÉBOR DI BATU KAWAN.

Gandingan Khalid Jamlus & Saravanan tak menjadi, malahan gelaran penyerang terbaik masa kini juga gagal di pamerkan. Dengan penguasaan lebih 60%, Skuad Harimau Kumbang melenyapkan kegembiraan Skuad Seladang dalam 2 perlawanan sebelum ini di tempat lawan. Malahan perebutan kasut emas Khalid Jamlus juga makin tercabar dengan saingan terdekat Rusdi Suparman dari Selangor.

Sememangnya agak sukar bagi Perak untuk memenagi perlawanan ini memandangkan graf  Pulau pinang yang sedang meningkat. Dengan kekalahan ini, maka Perak terkeluar dalam senarai pasukan untuk merebut Juara Liga musim 2001, satu lagi kejuaraan yang belum pernah di miliki oleh Perak sebelum ini.


Dengan kedudukan ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama, Perak cuba bangkit pada separuh masa kedua dengan memasukkan Azrul Amri Borhan  namun peluang terbaik yang diperolehi melalui Ahmad Shahrul Azhar gagal disudahkan walau pun berhadapan satu sama satu dengan penjaga gol Pulau pinang. 

Semoga dalam baki 4 perlawanan (3 di Ipoh & 1 di Johor) akan datang Perak dapat mempamerkan persembahan terbaik sebagai persediaan dalam Piala Malaysia 2001 (kalau layak le) disamping memperbaiki rekod kedudukan dalam senarai liga Primier 1 musim ini. Kedukan Perak dalam senarai liga juga berubah turun ke tangga
ke 6 di belakang N.9 dengan perbezaan 1 mata.
Keputusan penuh: Pulau Pinang [3] Perak [0]... 

Lain-lain keputusan:
Pahang [0] vs Trengganu [0]
Perlis [4] vs Kelantan [0]
Sarawak [0] vs N9 [4]
Johor [0] vs Melaka [2]
K.L [1] vs Selangor [1]

Laporan: yob4ever